Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Selasa, 22 November 2011

Kak Mi dah hantar Surat Pada Tan Sri Muhyiddin Yassin

Dituduh sebagai pencemar dan tidak menghormati majlis, Raja Kontroversi Malaysia yang juga penerbit filem sensasi, Raja Azmi atau dipanggil Kak Mi, telah menghantar surat permohonan maaf pada Tan Sri Muhyiddin Yassin. Surat yang dihantar sendiri Kak Mi di Pejabat Timbalan Perdana Menteri melalui pembantu TPM, Salina Dahalan semalam merupakan surat permohonan maaf Kak Mi pada TPM. Menurut Kak Mi dalam satu kenyataan akhbar, 'Kak Mi hantar surat pada TPM sebab Kak Mi nk mohon maaf. Kak Mi bukan tak hormat majlis, tapi Kak MI jelaskan kenapa Kak Mi berbuat demikian, sebab Kak Mi tak puas hati yang Presiden Gafim merangkap Pengarah FFM24 boleh menang Festival Filem Malaysia bagi kategori Pengarah Harapan dan Cerita Asal Terbaik melalui filem Libas.', Tambahnya lagi 'Kak MI sudah berurusan dengan peguam Kak Mi untuk mengambil tindakan undang-undang dalam perkara ini'. Jelasnya lagi, Kak Mi mengharapkan FFM25 tahun hadapan 2012 akan diambil oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) agar tidak berlaku 'kepentingan peribadi' atau 'conflict of interest'.

Apa yang Kak Mi harapkan adalah tahun hadapan, semua juri perlu dirombak!. Dan ini tidak bermakna Kak Mi serik dengan Festival Filem Malaysia. Di sini dilampirkan kenyataan dari surat Kak Mi pada Tan Sri Muhyiddin Yassin.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

SURAT KAK MI PADA TPM
(salinan asal dari emel Kak Mi)


No Rujukan : PJAS/2011/1 ( 01 )

Tarikh : 21 November 2011



YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin

Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Pejabat Timbalan Perdana Menteri,

Aras 4, Blok Barat,

Bangunan Perdana Putra,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62502 PUTRAJAYA

Tel: 603 8888 1950

Faks: 603 8888 0035



Yang Amat Berhormat Tan Sri,


MEMOHON MAAF DI ATAS INSIDEN YANG MENCEMARKAN MAJLIS PELANCARAN FESTIVAL FILEM MALAYSIA (FFM-24) DI TAMAN TASIK TITIWANGSA PADA 16 NOVEMBER 2011


Dengan segala hormat dan takzimnya saya ingin merujuk YAB Tan Sri berhubung kepada perkara seperti di atas.


2. Adalah dimaklumkan bahawa Gabungan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) dengan kerjasama FINAS telah menganjurkan Majlis Pelancaran Festival Filem Malaysia yang ke-24 di Panggung Aniversary, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur pada 16 November 2011 yang turut dihadiri dan dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.


3. Dukacita dimaklumkan juga, satu insiden yang tidak diingini telah berlaku di majlis tersebut dan telah mencemarkan majlis serta menjadi isu utama di dada akhbar. Insiden yang telah berlaku adalah mengenai pertikaian saya tentang kemenangan Encik Jurey Latiff sebagai Pengarah Harapan (yang juga merupakan Presiden dan Penganjur FFM24) semasa majlis sedang berlangsung.


4. Sehubungan itu, saya Raja Azmi binti Raja Sulaiman yang merupakan seorang Penerbit Filem dengan rendah hati ingin memohon maaf kepada YAB Tan Sri kerana telah mencemarkan majlis tersebut dengan tindakan saya di luar kawalan dan tindakan saya meninggalkan majlis yang masih berlangsung pada malam itu. Semoga perkara seperti tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang dan tidak lagi diperbesar-besarkan oleh mana-mana pihak.

5. Perhatian dan keperihatinan YAB Tan Sri berhubung dengan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.



Sekian.




BUDI BAHASA BUDAYA KITA”

1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”




Yang Benar,




(RAJA AZMI BINTI RAJA SULAIMAN)

Penerbit Filem

Pengedar JAS Sdn. Bhd.


petikan ini tidak memerlukan tandatangan kerana ia disiarkan dalam blog.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

0 comments :