Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Sabtu, 19 November 2011

'Saya Tak Kan Datang Malam Gemilang Perdana, FFM24, 2011 esok! - Raja Azmi


Penerbit filem kontroversi ... Dalam Botol, Raja Azmi Raja Sulaiman dalam satu kenyataan akhbar hari ini menyebut, beliau tidak akan menghadiri Malam Gemilang Perdana Festival Filem Malaysia ke-24, 2011, Ahad 20hb November 2011. Alasan kukuh Raja Azmi mengatakan 'FFM24 adalah festival filem yang akan menghancurkan industri filem tempatan, jadi buat apa saya datang memberi sokongan!', luah Raja Azmi tanda penuh kekesalan.

Raja Azmi yang dihubungi baru-baru ini, berpendirian tegas bahawa FFM24 adalah satu festival filem syok sendiri dan mempunyai agenda-agenda tertentu. Antara paparan menarik mengenai Raja Azmi disiarkan Harian Metro hari ini..

........................................................................................

Petikan Ringkas dari Harian Metro - 19 November 2011

“Saya tidak marah langsung malam itu sebaliknya apa yang berlaku, perasaan saya kecewa dan terkilan. Saya akui tindakan saya tidak menghormati majlis, tapi jika itulah keputusan yang ada, majlis itu tidak perlu saya hormati kerana ia akan hanya menghancurkan industri perfileman saja.

“Logiknya, seorang cikgu mengajar anak murid dan turut menduduki peperiksaan yang sama, kemudian mendapat tangga teratas dalam kelas.

“Ia satu perumpamaan yang cukup kelakar kerana Jurey selaku penganjur dan dia mengambil sijil kemenangan yang ditandatangani sendiri.


“Peraduan dianjurkan sesebuah organisasi sendiri pun tidak layak disertai oleh pekerja dan individu dalaman.

“Mana mungkin ia berlaku jika barisan juri profesional mengikut garis panduan undang-undang yang betul.

“Saya berani kerana benar dan setiap perlakuan yang dilakukan berdasarkan fakta dan undang-undang. Apa yang boleh saya katakan, kemenangan Jurey malam itu memang menyalahi undang-undang dan melanggar empat jenis kesalahan yang mendorong kepada jenayah.

“Bayangkan, kemenangannya sebagai pengarah dalam anugerah anjurannya sendiri sebenarnya melanggar etika kerja, penyalahgunaan kuasa dan pengaruh, percanggahan peranan, ‘conflict of interest’ serta menceroboh hak orang lain.

“Sepatutnya jika Jurey benar-benar bijak dan faham akan undang-undang, dia akan bangun mengumumkan penarikan dirinya sebagai calon atau meletak jawatannya terlebih dulu ketika filem itu dan dirinya diumumkan tersenarai pada peringkat akhir pada pengumuman Top 5 pada 8 November lalu.

“Saya dan calon yang lain akan lebih hormat dengan tindakan sebegitu kerana menghormati penganjuran anugerah. Walaupun filem Libas layak bertanding dan memenuhi kriteria penyertaan, ia tetap menyalahi undang-undang apabila presiden penganjuran sendiri yang bertanding dan menang,” katanya yang merujuk kepada badan guaman peribadinya.

Mendengar setiap inci senario yang berlaku dalam FFM24 seperti mana yang diterangkan Raja Azmi malam kelmarin siap dengan fakta undang-undang yang jelas, penerbit yang sebelum ini pernah menerbitkan filem Cinta 100 Ela dan Black Widow Wajah Ayu yakin dan percaya dengan tindakan yang dilakukannya.

“Usah lekas memandang negatif pada saya. Memang saya lantang dan bersikap terus terang kerana saya tidak mahu terus diperbodohkan begini.

“Saya bercakap atas landasan fakta dan bukti kesahihan undang-undang. Jelas semua pertikaian yang saya lakukan punya penjelasan dari aspek undang-undang.

“Saya tidak gentar dan bimbang untuk terus mempertahankan apa yang betul. Saya tidak mahu bersekongkol dengan sesuatu yang menyalahi undang-undang seperti ini. “Apa yang penting, semua penggiat seni perlu tahu hak masing-masing dan perundangan yang sentiasa menjaga kepentingan kita.

“Apa yang berlaku memang satu kesalahan yang punya unsur jenayah. Sepatutnya kemenangan Jurey ditarik semula atau dibatalkan kerana sebagai penganjur, dia tidak layak bertanding kerana akan mengundang spekulasi lain yang akhirnya akan bocor kepada cerita negatif,” katanya bersungguh.

Raja Azmi turut menegaskan, tindakannya bersuara dan bangkit menegakkan kebenaran bukanlah kerana terlalu mengharap kemenangan atau tidak berpuas hati apabila pengarah filemnya, ...Dalam Botol, Khir Rahman kalah.

“Kenapa mesti saya marah kerana tewas sedangkan filem saya belum lagi bertanding. ...Dalam Botol akan bertanding malam esok dan saya tidak punya alasan yang kuat untuk mempertahankan perkara itu,” katanya.


Dalam hal ini, Raja Azmi mempersoalkan kreadibiliti juri yang disifatkannya tidak mempunyai profil lengkap dan kuat untuk menilai sesebuah karya. Turut dipersoalkan, kemenangan Taiyuddin Bakar untuk Pelakon Harapan Lelaki Terbaik melalui filem Hantu Bonceng.

Baginya, kategori harapan untuk mereka yang pertama kali muncul di layar lebar atau dalam erti kata lain pendatang baru, bukannya pelakon yang sudah banyak kali muncul dalam filem dengan watak kecil seperti Lu Pikirlah Sendiri de Movie dan Mokhsin.

“Jika barisan juri celik dan bijak, mereka akan sedar Taiyuddin tidak layak untuk kategori pelakon harapan sebaliknya patut disenaraikan bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

“Untuk acara kemuncak FFM24 Ahad ini (esok), saya tidak akan hadir kerana tidak mahu terus menyokong majlis yang penuh agenda dan kepentingan peribadi.

“Barisan juri adalah tunjang utama FFM. Jika juri hancur, musnah jugalah festival filem itu. Sekarang jelas, apa yang dikatakan itu sudah berlaku dan jika tiada pihak yang bangkit menyedarkannya, ia akan terus melekat menjadi virus yang akhirnya menghancurkan keseluruhan maruah industri perfileman tanah air,” katanya.

1 comments :

assalamualaikum wr, wb.AKI saya:IBU RAHMA dan SEKELUARGA mengucapkan banyak2
terimakasih kepada AKI SUBALA JATI atas angka togel yang di
berikan “4D” alhamdulillah ternyata itu benar2 jebol dan berkat
bantuan AKI SUBALA JATI saya bisa melunasi semua hutang2 orang tua saya yang
ada di BANK dan bukan hanya itu AKI alhamdulillah sekarang saya
sudah bisa bermodal sedikit untuk mencukupi kebutuhan keluarga saya
sehari2. itu semua berkat bantuan AKI SUBALA JATI sekali lagi makasih banyak
yah AKI… yang ingin merubah nasib seperti saya hubungi AKI SUBALA JATI di
nomor: (((—082—318—816—444_)))
dijamin 100% jebol saya sudah buktikan…sendiri….

Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!

1?Dikejar-kejar hutang

2?Selaluh kalah dalam bermain togel

3?Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel

4?Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat

5?Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..

Solusi yang tepat jangan anda putus asah….AKI SUBALA JATI akan membantu
anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
butuh angka togel 2D_3D_4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin 100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI SUBALA JATI DI NO: (((_082—318—816—444_)))
atau klik DISINI

angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/

angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/

angka GHOIB; malaysia

angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/

angka GHOIB; laos