Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Sabtu, 31 Disember 2011

42 FILEM TEMPATAN SEPANJANG 2011.. HANYA 3 PILIHAN TERBAIK SINEMA MALAYSIA

Sinema Malaysia pada 2011 menunjukkan aras perkembangan positif dari segi kutipan tiket filem-filem yang ditayangkan di pawagam. Bermula dengan RM 8 juta hingga melonjak naik kepada RM 11 juta membuktikan filem Malaysia diterima baik penonton tempatan. Walaupun filem tersebut mengutip pulangan yang amat tinggi dalam sejarah perfileman tanah air, ini bukan bermakna filem tersebut boleh dianggap 'sebuah filem atau karya yang amat baik' dari segi naskhahnya. 'Songlap', karya pasangan suami isteri, Effendy dan Fariza Azlina hanya berjaya memperolehi RM 2.02 juta (setakat ini) merupakan antara naskhah yang boleh dianggap sebagai sebuah filem. Susunan bahasa filem dan visual serta kekuatan plot penceritaan dalam 'Songlap' terletak pada cerita Ad dan Am, merupakan pasangan adik-beradik. Ia mengupas persoalan tentang isu pemerdagangan manusia yang boleh dianggap agak taboo dalam masyarakat di Malaysia.
... dalam botol karya Raja Azmi yang diarahkan Khir Rahman hanya mampu mengutip kutipan sebanyak RM 1 juta ringgit. Ini tidak termasuk jualan di Astro First kerana ...dalam botol mendapat bidaan yang amat tinggi dari segi jualannya. Walaupun kurang diterima baik penonton komersial, karya yang mengetengahkan isu homoseksual dan cinta sejenis ini boleh dianggap sebagai sebuah 'filem' yang benar-benar tahu tentang plot penceritaan, bahasa filem dan visual serta kupasan isi penceritaannya. Filem yang mencetuskan kontroversi yang mengundang pelbagai polimek ini, kini dalam proses penjualan hak cipta atas karya kepada penerbit filem antarabangsa.
'CUN', karya dan arahan Osman Ali merupakan sebuah 'filem' yang boleh dianggap amat baik garapannya berbanding filem-filemnya sebelum ini. Walaupun hanya mampu mengutip pulangan RM 1.10 juta ringgit, CUN boleh dikatakan karya yang amat baik dari filem Ombak Rindu. Jika dibandingkan antara kedua-duanya Ombak Rindu boleh dianggap sebuah telemovie yang meruntun perasaan penonton, berbanding Cun yang agak simple, tetapi padat isi ceritanya.

'Songlap, ...dalam botol dan Cun', antara 3 naskhah cerita yang boleh dianggap sebagai sebuah 'filem'. Karya yang bagus adalah sebuah cerita yang boleh membuatkan kita berfikir dan mengkajinya. Hanya 3 sahaja karya yang layak dipanggil sebagai 'sebuah filem'.

Antara statistik kutipan penuh 42 buah filem sepanjang 2011 adalah seperti berikut:-

TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2011

BILJUDUL FILEMGENREKOS PRODUKSIMULA TAYANGKUTIPAN KASAR (RM)BILANGAN PAWAGAM
1.
Khurafat
SERAM1.50 juta13.01.20118.08 juta66
2.
HAQ
AKSI2.50juta27.01.20110.80 juta50
3.
Sini Ada Hantu
SERAM / MISTERI / NGERI1.20 juta10.02.20111.30 juta40
4.
Kembar Siang
KOMEDI1.64 juta24.02.20111.21 juta59
5.
Hikayat Merong Mahawangsa
SEJARAH / AKSI / PEPERANGAN6.82 juta10.03.20116.50 juta67
6.
Ratu The Movie
PENGEMBARAAN1.34 juta17.03.20110.20 juta53
7.
...Dalam Botol
DRAMA0.88 juta24.03.20110.57 juta50
8..
Cun
KOMEDI / KELUARGA / CINTA1.00 juta31.03.20111.10 juta41
9..
Di Larang Masuk
SERAM1.10 juta07.04.20110.75 juta50
10.
Senjakala

SERAM1.51 juta14.04.20111.10 juta63
11.
Penunggu Istana

SERAM0.60 juta21.04.20110.89 juta39
12.
Seru
SERAM / MISTERI / NGERI1.42 juta28.04.20110.87 juta46
13.
Momok Jangan Panggil Aku
SERAM2.00 juta05.05.20110.55 juta53
14.
Kongsi
AKSI1.82 juta12.05.20118.09 juta87
15.
Nur Kasih The Movie
DRAMA2.83 juta19.05.20114.93 juta61
16.
Karak
NGERI1.14 juta26.05.20114.28 juta68
17.
Toyol Nakal
KOMEDI1.21 juta02.06.20110.19 juta38
18.
KL Gangster
AKSI1.51 juta09.06.201111.74 juta71
19.
3 2 1 Cinta
CINTA / KOMEDI1.50 juta16.06.20110.98 juta61
20.
Rasuk
NGERI1.50 juta23.06.20111.03 juta64
21.
Sekali Lagi
CINTA1.50 juta30.06.20112.04 juta60
22.
Tolong Awek Aku Pontianak
SERAM / KOMEDI1.22 juta07.07.20110.76 juta51
23.
Flat 3A
SERAM1.82 juta14.07.20111.44 juta62
24.
Senario The Movie Ops Pocot
KOMEDI1.50 juta21.07.20111.06 juta60
25.
Karipap-Karipap Cinta
KOMEDI1.91 juta31.08.20110.28 juta74
26.
Hantu Bonceng
SERAM / KOMEDI1.51 juta31.08.20118.53 juta68
27.
Raya Tak Jadi
KOMEDI / KELUARGA1.06 juta15.09.20113.64 juta70
28.
Bini-Biniku Gangster
AKSI / KOMEDI1.82 juta22.09.20114.71 juta65
29.
Libas
AKSI / KOMEDI1.88 juta29.09.20110.93 juta66
30.
Al Hijab
SERAM1.62 juta06.10.20112.24 juta65
31.
Klipx 3GP
SERAM / MISTERI1.02 juta13.10.20111.14 juta57
32.
Sumpahan Puaka
SERAM / KELUARGA / MISTERI0.46 juta20.10.20110.31 juta42
33.
Apa Tengok-Tengok
AKSI / KOMEDI / MUZIK1.40 juta27.10.20110.19 juta45
34.
Alamak Toyol
SERAM / KOMEDI1.82 juta03.11.20113.47 juta60
35.
Abuya
DRAMA1.20 juta10.11.20110.22 juta57
36.
Aku Bukan Tomboy
KOMEDI / DRAMA1.51 juta17.11.20112.55 juta72
37.
Misteri Jalan Lama
AKSI / PENGGEMBARAAN / FANTASI / MISTERI / FIKSYEN1.71 juta24.11.20111.33 juta65
38.
Ombak Rindu
DRAMA / CINTA1.56 juta01.12.201110.79 juta *73
39.
Datin Ghairah
KOMEDI / CINTA1.20 juta08.12.20110.36 juta *47
40.
Songlap
AKSI / DRAMA1.17 juta15.12.20112.02 juta *76
41.
Suatu Malam Kubur Berasap
SERAM / KOMEDI1.81 juta22.12.20111.70 juta *61
42.
Papa I Love You
KOMEDI / DRAMA1.50 juta29.12.201151

*Kutipan terkini sehingga 30 Disember 2011


P/S: Mengharapkan akan ada lagi karya yang boleh dianggap sebagai sebuah FILEM untuk tahun 2012. Selamat tahun baru 2012 kepada semua pembaca blog ini.

0 comments :