Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Rabu, 7 Disember 2011

DOCUMENTARY CAMPUS , CROSSING BORDERS, SYMPOSIUM & FINAS DOCUMENTARY FESTIVAL 2011


PROGRAM PEMBANGUNAN DOKUMENTARI EROPAH ASIA – PASIFIK “CROSSING BORDERS 2011”

(BENGKEL SIRI KE-3 & SESI PEMBENTANGAN AKHIR PROJEK DOKUMENTARI 8-12 DISEMBER DI KUALA LUMPUR, MALAYSIA)

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan usaha sama Documentary Campus, (Germany), EDN – European Documentary Network, Blue In Green Production (Malaysia) dan program MEDIA Mundus Kesatuan Eropah menganjurkan satu Program Pembangunan Dokumentari Eropah Asia Pasifik “Crossing Borders 2011”.

Ia merupakan program latihan tiga-peringkat di mana ilmu pembikinan dokumentari pakar-pakar serta rangkaian industri dokumentari saling berhubung antara satu sama lain. Peringkat pertama bengkel pembangunan ini telah berlangsung pada 19 hingga 26 Julai 2011 bertempat di Kuala Lumpur.

BENGKEL 1: Pengenalan kepada Pasaran Asia 19-26 Julai di Kuala Lumpur, Malaysia

Tajuk: Penceritaan, penulisan skrip, bajet & pembiayaan, aspek-aspek undang-undang antarabangsa dan penerbitan.

Senarai tenaga pengajar:

  1. Marc Eberle, Kemboja / Jerman
  2. Pauwels Paul, Perancis
  3. Wenlan Peng, China / UK
  4. Steven Seidenberg, UK
  5. Peter Symes, UK
  6. Alison White, Singapura

Bengkel siri kedua Crossing Borders telah diadakan di Leipzig, Germany bermula 14 hingga 18 Oktober 2011 bersempena 54th International Leipzig Festival for Documentary and Animated Film (17-23 Oktober 2011). Bengkel siri kedua ini diadakan dengan memberi latihan yang lebih intensif kepada penyediaan pembentangan kertas cadangan (final pitching) kepada semua peserta. Peserta juga telah didedahkan dengan pembelajaran dan perkongsian ilmu seperti berikut:

  • a. Introduction to the European Market
  • b. On Pitching, Pre-Buys, Co-productions and Reversions
  • c. Case Study by Dr. Claudia Schreiner, MDR, Germany
    (How co-productions works)
  • d. Distribution and Marketing by Louise Rosen, USA
  • e. Pitching forums – Observe final pitching session of the Documentary Campus Masterschool.
  • f. Case Study with Rudy Buttignol, Knowledge Network, Canada
  • g. Script workshop
  • h. Screening of a top documentary film – The Champagne Spy
  • i. One to one meeting with editor Joelle Alexis, Steven & Paul Pauwels
  • j. Preview on the third workshop and the pitching forum
  • k. Crossing Borders Pitching Session

Senarai tenaga pengajar Leipzig:

  • Joelle Alexis, Editor, Israel
  • Rudy Buttignol, Canada
  • Pauwels Paul, Perancis
  • Louise Rosen, Amerika Syarikat
  • Dr. Claudia Schreiner, Jerman
  • Steven Seidenberg, UK

Bengkel sesi ketiga, bengkel persediaan terakhir bagi semua peserta dan semua peserta akan membentangkan projek dokumentari mereka di hadapan panel antarabangsa di Malaysia pada bulan Disember 2011.

BENGKEL 3 & Sesi Pembentangan Akhir

8-12 Disember di Kuala Lumpur, Malaysia

Bengkel 3: 8-10 Disember (JW Marriott Hotel, Kuala Lumpur)

Tajuk: Latihan pembentangan projek & Sesi pembentangan akhir projek

Senarai tenaga pengajar Bengkel ketiga, Kuala Lumpur:

  • • Lucinda Broadbent, UK
  • • Chaowei Chang, Hong Kong
  • • Steven Seidenberg, UK

SENARAI PROJEK YANG TERPILIH UNTUK PROGRAM “CROSSING BORDERS 2011”

EROPAH

Around The World – In 80 Orgasms Emma George & Andrew Brown, De Facto Films Ltd., UK
Mumbai Slum Diary Andre Hörmann, Telekult Film- und Medienproduktion, Germany
Eco Valley Anna-Karin Grönroos, Finland
Confessions of a Humanitarian Pioneer Thomas Johnson & Isi Harder, Mway Films, France
Wild Shawn Convey, Bosnia

MALAYSIA

Cinema of Terror Dain Iskandar Said, Yayan Wiludiharto & Nandita Solomon, Apparat Sdn Bhd
The Invisible Justin Ong & Aminda Faradilla Omar, Dos Fellas Sdn Bhd
Beauty Queen Confessions Lina Teoh, Running Water Sdn Bhd
Asian Scissorhands Tang Siang Ching, Image Farm Productions Sdn Bhd
Swimming With Dragons Chew Han Tah, Jet TV Sdn Bhd

AUSTRALIA

Wife and Baggage to Follow Angela Buckingham & Yvonne Collins, Marina Films

CHINA

Where to Go From My Bordertown Haipei Li

INDIA

The Veiled Issue Soniya Kirpalani, Sprocket Science Films

JAPAN / GERMANY

Beyond The Wave Kyoko Miyake & Gregor Streiber, Inselfilm Produktion

SOUTH KOREA

Mr Tylor’s House Lee Mi-Jin, Bassim Media



FESTIVAL DOKUMENTARI FINAS, FORUM & PERSIDANGAN

“The 1st FINAS DOCUMENTARY CAMPUS Conference”
The Business of International Documentary Production

10-12 Disember 2011, KLCC Convention Centre

Bersempena dengan Sesi Akhir “Crossing Borders 2011”

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan usaha sama Documentary Campus, (Germany), menganjurkan bengkel dan perbincangan bersama mereka yang berpengalaman luas dalam bidang penerbitan dokumentari antarabangsa.

Dalam tempoh dua setengah hari akan diadakan perbincangan, pertukaran pengetahuan dan rangkaian kerjasama penerbitan, pasaran meluas, teknologi 3D, sinematografi dasar laut, kajian kes, bajet dan perjanjian penerbitan. Simposium ini menggabungkan kepakaran yang tiada tolok bandingan dalam kalangan Documentary Campus yang termashyur di arena antarabangsa.

Panel Documentary Campus akan membantu anda meluaskan rangkaian. Mereka akan menawarkan bimbingan yang kukuh terhadap topik yang berkaitan dalam suasana yang mesra.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai perbincangan dengan kumpulan profesional dalam bidang penerbitan, siaran, pengedaran dan teknikal.

Para Pembentang:
Chris Haws, former Senior Vice President of Discovery Networks International, USA, and advisor on documentary & media development to various governments and global organizations
Marian Williams, former Vice President of Discovery Networks EMEA (Europe, Middle East & Africa)
Susan McKinnon, Executive Director of Documentary Australia Foundation and award-winning documentary filmmaker
Simon Willock, International Consultant & Producer and Distribution & Rights’ Management Expert, UK
Ruth Berry, Producer/Director for Terra Mater, Austria, and Science and Natural History specialist

Keterangan lanjut sila layari:
www.finas.gov.my, www.documentary-campus.com and www.edn.dk




Tempat: Conference Hall 3, Level 3, Kuala Lumpur Convention Centre

HARI PERTAMA
SABTU, 10 DISEMBER
Conference Hall 3, Level 3, Kuala Lumpur Convention Centre

PAGI:
09:00 – 09:20
Ucapan Alu-aluan & Pembukaan
Naguib Razak, Director General, FINAS, Kuala Lumpur
Ruth Berry, Concept Creator/Producer, Documentary Campus, Munich
Chris Haws, International Media Consultant, US

09:20 – 10:30
GO GLOBAL
Why Co-Produce Internationally?

Simon Willock, Managing Director, Swift, UK
Andrew Buchanan, Freelance Producer/Consultant, UK
Susan MacKinnon, Documentary Australia Foundation, Australia

10:45 – 12:00
CASE STUDY: THE NEANDERTHALS’ DARK SECRET
A Science Film with a Difference
Ruth Berry, Producer/Director, for Terra Mater, Austria
Bernhard Popovic, DOP, Austria

12:00 – 13:00
VISIONS OF DISCOVERY
Discovery Channel Demystified
Vikram Channa, Discovery Asia/Pacific, Singapore
Marian Williams, Independent Broadcast Consultant, UK

PETANG:
14:15 - 15:30
LOCAL PRODUCTION: GLOBAL AGENDA
Regional Experts in Asia discuss delivering content for a Global Audience
Vikram Channa, Discovery Asia/Pacific, Singapore
Tony Chow, International Media Consultant, Singapore
Simon Enderby, Scubazoo, Malaysia

15:30 - 16:45
THE BOTTOM LINE
International Budget Workshop
Susan MacKinnon, Documentary Australia Foundation, Australia

17:00 – 18:00
FROM THE OPEN OCEAN TO THE DEEPEST JUNGLE!
Diving into another World of Production
Simon Enderby, Scubazoo, Malaysia

HARI KEDUA
AHAD, 11 DISEMBER
Plenary Theatre, Level 3, Kuala Lumpur Convention Centre

PAGI:
9:00 – 13:00
Crossing Borders Final Pitching Session (Hari 1)
For Invited Industry Guests only.

PETANG:
14:15 - 15:30


THE PITCH
A Practical Guide to the ‘One on One’ Pitch
Andrew Buchanan, Freelance Producer/Consultant, UK
Jocelyn Little, Managing Director, Beach House Pictures, Singapore

15:30 – 16:45
A GOOD STORY WELL TOLD
It is the golden rule, but is it always the case?
Carmel Travers, Producer/Partner Essential Media, Australia
Ruth Berry, Producer Director, Germany
Simon Willock, Managing Director, SWIFT, UK

17:00 – 18:15
TO MARKET TO MARKET
Words of Wisdom from Market Veterans
Marian Williams, Independent Broadcast Consultant, UK
Jocelyn Little, Managing Director, Beach House Pictures, Singapore
Chris Haws, International Media Consultant, US

HARI KETIGA
ISNIN 12 DISEMBER
Plenary Theatre, Level 3, Kuala Lumpur Convention Centre

PAGI:
9:00 – 13:00
Crossing Borders Final Pitching Session (Day 2)
For Invited Industry Guests only.

PETANG:
14:15 – 15:30
CASE STUDY: THE FUTURE IS WILD
Education, Documentary and How It Combines
Jo Adams, Managing Director, The Future is Wild UK
Andrew Buchanan, Freelance Producer/Consultant, UK

15:30 – 16:45
TO SIGN OR NOT TO SIGN
The ‘How To’ of International Agreements
A hypothetical where our experts pull example international contracts apart so you can read
Marian Williams, Independent Broadcast Consultant, UK
Andrew Buchanan, Freelance Producer/Consultant, UK
Simon Willock, Managing Director, SWIFT, UK
17:00 – 18:15

SCIENCE IS GOLDEN
A Showcase of the Highly Popular and Ever-growing Documentary Genre of Science Docs
Chris Haws, International Media Consultant, US

18:15 – 18:30
Sesi Soal jawab dan Penutup

18:30 PROGRAM BERAKHIR

SESI AKHIR CROSSING BORDERS 2011
Program Pembangunan Dokumentari Eropah, Asia – Pasifik

Tarikh: 11 & 12 Disember 2011

Tempat:
Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
Kuala Lumpur City Centre
Jalan Ampang
50088 Kuala Lumpur
www.klccconventioncentre.com

Sertai kami dalam Sesi Akhir Crossing Borders Program Pembangunan Dokumentari Eropah dan Asia-Pasifik 2011.

Saksikan 15 Pembentangan Projek Terbaharu Dokumentari yang dibawa dari Australia, China, Eropah, India, Jepun, Malaysia dan Korea Selatan yang meliputi pelbagai genre dokumentari.

Semua projek telah melalui program Crossing Borders 2011, di mana mereka telah mengikuti Program Pembangunan Penerbitan Dokumentari peringkat antarabangsa.

Pakar Penilai termasuk:
Rudy Buttignol, Knowledge Network, Canada
Flora Gregory, Al Jazeera English, UK
Margje de Koning, IKON, The Netherlands
Vikram Channa, Discovery Networks Asia-Pacific, Singapore
Chaowei Chang, Chief Producer, SUNTV (HK), China
Albert Cheung, RTHK, China

Khusus kepada penglibat industri yang dijemput sahaja
Sila hubungi Encik Rizal (+603-41041308 @ rizfinas@gmail.com ) atau Cik Fiza (+603-41041302) jika berminat untuk menghadiri sesi tersebut.

p/s: Bersama-sama kita memeriahkan program di atas ini ye. Oh ya.. semua delegasi yang datang ni aku yang jemput tau diorang kt airport! hehehe

0 comments :