Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Isnin, 5 Disember 2011

'Sejarah Sesuatu Yang Amat Menarik!' - Festival Filem Malaysia





"Aahhh, now it begins to make sense, don't you think? Now we know who are the villains!', - Hassan Muthalib



'Jangan ketepikan ahli'
oleh Rozdan Mazalan, Berita Harian, 11 Nov 2010

Presiden GAFIM berpeluh perjelas isu penganjuran FFM23

GARA-gara kurang berpuas hati kerana Gabungan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) terheret dengan kelemahan menganjurkan Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23), ahli gabungan itu berpakat untuk mengusulkan undi tidak percaya kepada Presidennya, Ahmad Puad Onah dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang diadakan di Auditorium P Ramlee, Wisma Radio, Angkasapuri pada Sabtu lalu.

Ini kerana ahli GAFIM mendakwa mereka tidak terbabit dalam aktiviti FFM23 kerana semua urusan pengendalian festival dilakukan oleh Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) yang juga dipimpin oleh Ahmad Puad. Itu menyebabkan Ahmad Puad didakwa membelakangkan anggota GAFIM yang mewakili gabungan 11 persatuan hiburan tanah air. Apabila FFM23 dikritik, kerana mutu penjurian & penganjurannya, nama GAFIM turut dikaitkan seolah-olah tidak mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik.


Antara yang lantang bersuara ialah Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM), Jurey Latif yang berasa kesal dengan kepimpinan GAFIM & berharap perkara itu diambil berat bagi menjaga industri perfileman. “Perkara itu tidak sepatutnya berlaku & minta kepimpinan GAFIM baik segala isu pun, selepas ini tidak mengetepikan ahlinya & juga jangan membelakangkan semua presiden yang menyokong GAFIM. ika berterusan memikirkan kepentingan bersama kita selamat, tetapi kalau hanya memikirkan satu kelompok saja, kita tidak berjaya,” katanya.

Diasak dengan pelbagai isu bertalu-talu daripada ahli gabungan dalam GAFIM, membuatkan raut wajah Ahmad Puad kelihatan resah. Bagaimanapun, beliau tetap tampil memberi penjelasan setiap persoalan yang ditimbulkan selain mengakui kesilapan yang dilakukannya. “Sebenarnya, ini tahun akhir PFM menganjurkan FFM23. Perkara ini sudah saya bangkitkan dalam mesyuarat bulanan kita, malah saya tidak mendapat sebarang bantahan pada masa itu.

“Ketika kita dipanggil oleh FINAS untuk mesyuarat pertama FFM23, saya membawa Syed Mohamed Syed Hasan (Naib Presiden GAFIM) & Ismail Ahmad (Setiausaha GAFIM). Dalam mesyuarat itu kita ada maklumkan bahawa ini adalah kali terakhir PFM terbabit dalam FFM23. “Semua presiden persatuan sudah dipanggil oleh FINAS untuk menjelaskan mengenai FFM23. Memang semua presiden ada menyatakan pendirian & sokongan mereka, tetapi tidak terbabit dalam penganjuran,” katanya.

Ahmad Puad menafikan beliau membawa ahli PFM saja dalam setiap mesyuarat atau perbincangan FFM23 sekali gus mengetepikan ahli-ahli gabungan & GAFIM.
“Dari segi jawatankuasa, tidak benarlah PFM saja terbabit. Saya membawa Syed Mohamed & Ismail ke mesyuarat FFM23. PFM hanya terbabit dalam jawatankuasa penjurian & tayangan filem. Selepas mesyuarat diadakan, hanya 2 kertas kerja kerja dihantar oleh Syed Mohamed & Ismail atas nama GAFIM, iaitu bagi sesi demonstrasi & seminar namun ditolak FINAS disebabkan kekurangan peruntukan.

“Tapi tidak bermakna mereka tidak lagi menjadi ahli jawatankuasa induk FFM23. Mereka tetap hadir sehinggalah FFM23 yang sepatutnya diadakan pada Julai ditangguhkan kepada Oktober,” katanya yang turut mengakui GAFIM agak lemah tahun ini disebabkan keuzuran dirinya. Ahmad Puad juga kesal dengan perjalanan GAFIM diketuainya tahun ini kerana kurang aktif & progresif. “Saya memohon maaf atas apa yang berlaku sehingga tidak dapat melaksanakan seperti mana aktiviti yang kita rancang tahun lepas. contohnya bagai mana ingin mengisi dana tabung GAFIM.

“Kita akan mengadakan mesyuarat semula dalam masa terdekat ini untuk melantik jawatankuasa kerja baru. Kita akan tulis surat permohonan kepada FINAS untuk memohon sebagai penganjuran FFM, bukan sahaja untuk tahun 2011 tetapi untuk selama-lamanya. “Apapun kita masih memerlukan kerjasama FINAS kerana untuk melaksanakan FFM memerlukan tenaga & khidmat nasihat mereka. Kita juga memerlukan perbelanjaan untuk melantik petugas FFM selama 8 hingga 10 bulan,” katanya lagi.

Penjelasan Ahmad Puad itu membuatkan usul undi tidak percaya yang dirancang dari awal oleh ahli GAFIM tidak diteruskan. Mesyuarat agung tahunan GAFIM ini dirasmikan Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan (KPKK), Datuk Seri Kamarudin Siaraf. Antara yang hadir ialah Presiden Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA), Khir Mohd Noor; Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Harun Salim Bachik; Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), Ahmad Ibrahim; Persatuan Penyanyi, Pemuzik & Penulis Lagu Tanah Air (PAPITA), M Daud Wahid; Persatuan Penulis Skrin Filem Malaysia (SWAM), Ismail Ahmad & Persatuan Penyiar Malaysia (PENYIAR), Keliwon Pajhar.

p/s: Mengharapkan FFM25, 2012 di anjurkan oleh FINAS sepenuhnya

1 comments :

assalamualaikum wr, wb.AKI saya:IBU RAHMA dan SEKELUARGA mengucapkan banyak2
terimakasih kepada AKI SUBALA JATI atas angka togel yang di
berikan “4D” alhamdulillah ternyata itu benar2 jebol dan berkat
bantuan AKI SUBALA JATI saya bisa melunasi semua hutang2 orang tua saya yang
ada di BANK dan bukan hanya itu AKI alhamdulillah sekarang saya
sudah bisa bermodal sedikit untuk mencukupi kebutuhan keluarga saya
sehari2. itu semua berkat bantuan AKI SUBALA JATI sekali lagi makasih banyak
yah AKI… yang ingin merubah nasib seperti saya hubungi AKI SUBALA JATI di
nomor: (((—082—318—816—444_)))
dijamin 100% jebol saya sudah buktikan…sendiri….

Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!

1?Dikejar-kejar hutang

2?Selaluh kalah dalam bermain togel

3?Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel

4?Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat

5?Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..

Solusi yang tepat jangan anda putus asah….AKI SUBALA JATI akan membantu
anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
butuh angka togel 2D_3D_4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin 100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI SUBALA JATI DI NO: (((_082—318—816—444_)))
atau klik DISINI

angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/

angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/

angka GHOIB; malaysia

angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/

angka GHOIB; laos