Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Isnin, 9 Januari 2012

ANWAR IBRAHIM - BEBAS TUDUHAN LIWAT!


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini ( 9 Januari 2012) memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, bebas dari tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Keputusan yang dibuat Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah itu mengatakan 'oleh kerana ini jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan berdasarkan keterangan Saiful. Tertuduh dibebas dan dilepaskan'. Tambahnya lagi, 'Mahkamah tidak dapat memastikan 100 % bahawa integriti sampel DNA yang dikemukakan tidak terusik'.


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tersenyum sebaik saja keputusan diumumkan Hakim Mahkamah Tinggi tersebut.

Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam twitternye menyebut, 'tidak di dunia, di Masyar pasti'. Keputusan Mahkamah diterima baik Mohd Saiful.

Harap Maklum.

p/s: Maaf, topik hari ini lari sedikit dari berita dan info dunia hiburan dan filem.. Kita layan kejap berita menarik dunia politik..

0 comments :