Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Selasa, 3 Januari 2012

'BICARA HATI' OSMAN ALI DI ASTRO PRIMA, MALAM INI

'Bicara Hati', drama bersiri 26 episod yang diterbitkan Tarantella Pictures akan menemui penonton di ASTRO PRIMA, setiap selasa mulai 3 Januari 2012 pukul 9.00 malam. Drama yang diadaptasikan dari novel tulisan Damya Hanna ini merupakan sebuah kisah yang merungkai erti pengorbanan, cinta dan perkahwinan antara Tengku Syahran dan Zahlia. Ia mengupas sisi kehidupan suami isteri dari sudut yang berbeza.

Bicara Hati yang diarahkan pengarah profilik Ombak Rindu dan Bukak Api, 'Osman Ali', ini membariskan Sharnaaz Ahmad, Cristina Suzanne Stockstill, Josiah Hogan, Marsha Londoh, Abby Nazri, Lash Mokhtar, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Zarina Zainuddin, Dazrin, Syahriman, Aqish dan Mislina Mustaffa ini merupakan sebuah drama yang penuh konflik dan menyentuh perasaan. Bagi anda peminat drama-drama cinta, jangan lepaskan peluang anda menonton Bicara Hati malam ini hanya di Astro Prima..




ASTRO PRIMA PROMO
BICARA HATI

p/s: nantikan kemunculannya..

0 comments :