Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Khamis, 5 Januari 2012

INDUSTRI FILEM BOLEH MATI


Artikel Terpilih : Berita Harian.


Ketegasan pihak berwajib diharap dapat sekat cetak rompak maya

ISU pelanggaran hak cipta atau harta intelek bukanlah perkara baru dalam dunia penerbitan di negara ini. Walaupun penguatkuasaan sudah lama dilaksanakan menerusi penggubalan pelbagai akta termasuk Akta Hak Cipta 1987, masih ramai berani secara terang-terangan melakukan kesalahan.

Bagi penggiat seni, kekecewaan mereka sudah lama disuarakan apabila karya yang dihasilkan 'dicuri' pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil untung atas angin. Era teknologi serba moden ini lebih besar cabarannya apabila semakin ramai individu bijak pandai menggunakan kaedah maya menciplak, mencuri atau mencetak rompak untuk disebarkan ke ruang lingkup lebih luas - hanya muat turun di laman sesawang.

Terkini, filem Ombak Rindu menjadi mangsa apabila boleh dimuat turun sesuka hati walau baru disiarkan di saluran Astro First selepas tayangannya di pawagam meraih kutipan pecah panggung, lebih RM10 juta. Pada hari pertama saja tontonan umum di YouTube mencecah 100,000, malah lebih menakjubkan keesokan harinya capaian di sesawang lebih lima kali ganda iaitu 500,000 hits.

Bayangkan pungutan filem arahan Osman Ali itu jika pungutan menerusi laman berkenaan dihitung sekali gus bayangkan juga kerugian ditanggung penerbitnya dek sikap tidak bertanggungjawab si pencuri terbabit. Situasi ini antara yang didedahkan namun hakikatnya di luar sana, sejak beberapa tahun lalu, isu muat turun yang menular di negara ini sudah lama disuarakan apabila karya anak tempatan termasuk lagu, drama dan filem disebarkan secara berleluasa.

Bagi Osman, penyebaran hasil keringatnya yang berleluasa ketika ia masih disiarkan di saluran Astro First membuatkannya rasa rasa terkilan terutama apabila tiada pihak cuba menangani masalah itu sejak dulu. "Kalau dulu cetak rompak, kini pengkarya berdepan pula dengan kepesatan teknologi yang turut membawa elemen negatif. Cabaran ini tidak boleh dihadapi kami secara bersendirian kerana semua pihak perlu bersatu.

"Kita sudah ada akta tetapi jika tiada penguatkuasaan serta ketegasan pihak berwajib, isu sama akan berulang kerana filem Cun dulu turut mengalami nasib sama, dimuat turun sesuka hati. "Harapan kami semoga FINAS dan persatuan yang mewakili syarikat produksi serta penggiat seni sama-sama membantu mencari penyelesaian kerana jika dibiarkan, ia boleh membunuh industri tempatan," katanya. Bagi pengarah Papa I Love You, Hashim Rejab, katanya masalah itu sudah lama wujud, malah kadang kala seakan dibiarkan tanpa sebarang resolusi sedangkan kesannya sama dengan cetak rompak.

"Paling menyedihkan apabila ditanya kenapa tiada sebarang tindakan, alasan diberikan adalah tidak ada laporan berhubung isu berkenaan padahal terang-terangan ia dimuat turun dalam laman sesawang tanpa had. "Apakah perlu laporan rasmi baru melaksanakan tindakan berkaitan undang-undang. Sebagai penggiat seni, kami juga membantu pemantauan dan berharap penguatkuasaan undang-undang berkaitan muat turun diperketatkan," katanya.

Pengusaha juga perlu bertindak

BAGI pengusaha filem berpengalaman, Datuk Yusof Haslam yang juga pemilik Skop Production, pengusaha sendiri seharusnya mencari penyelesaian kepada masalah berkenaan tanpa terlalu mengharapkan bantuan daripada orang lain.

Kata Yusof, filem KL Gangster, arahan anaknya, Syamsul, juga pernah melalui situasi sama apabila turut menjadi mangsa cetak rompak maya. Namun, katanya, ia boleh dicegah dengan memantau setiap masa laman berkenaan. "Kita tidak boleh menyalahkan Astro First kerana masalah cetak rompak bukanlah isu baru. Lagipun Astro First juga banyak membantu pengusaha filem menambahkan pendapatan, lebih-lebih lagi untuk filem yang kurang berjaya di pawagam.

"Pengusaha sendiri sebenarnya harus mencari langkah penyelesaian. Contohnya ketika filem KL Gangster ditayangkan di YouTube, saya mengarahkan pekerja di bahagian IT memantau laman terbabit. Malah mereka turut menghubungi pihak YouTube, meminta supaya muat turun filem itu ditarik balik. Dalam tempoh tiga jam, filem itu berjaya ditarik balik.

"Sebenarnya pengusaha sendiri perlu memberikan perhatian dan mengambil langkah pencegahan. Kita tidak boleh menuding jari kepada pihak lain kerana masalah cetak rompak bukanlah isu baru, sebaliknya ia sudah timbul sejak zaman saya mengarah lagi," katanya yang cukup dikenali dengan beberapa filem popular termasuk Sembilu, Gerak Khas The Movie dan Maria Mariana.

p/s: Seandainya isu cetak rompak dibiarkan menjadi barah dalam industri filem dan hiburan tempatan, kita mungkin akan kehilangan kedua-dua sektor ini.. Bayangkan anda bekerja setiap hari.. dan gaji yang anda dapat dicuri oleh orang lain.. bayangkan..

1 comments :

assalamualaikum wr, wb.AKI saya:IBU RAHMA dan SEKELUARGA mengucapkan banyak2
terimakasih kepada AKI SUBALA JATI atas angka togel yang di
berikan “4D” alhamdulillah ternyata itu benar2 jebol dan berkat
bantuan AKI SUBALA JATI saya bisa melunasi semua hutang2 orang tua saya yang
ada di BANK dan bukan hanya itu AKI alhamdulillah sekarang saya
sudah bisa bermodal sedikit untuk mencukupi kebutuhan keluarga saya
sehari2. itu semua berkat bantuan AKI SUBALA JATI sekali lagi makasih banyak
yah AKI… yang ingin merubah nasib seperti saya hubungi AKI SUBALA JATI di
nomor: (((—082—318—816—444_)))
dijamin 100% jebol saya sudah buktikan…sendiri….

Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!

1?Dikejar-kejar hutang

2?Selaluh kalah dalam bermain togel

3?Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel

4?Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat

5?Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..

Solusi yang tepat jangan anda putus asah….AKI SUBALA JATI akan membantu
anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
butuh angka togel 2D_3D_4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin 100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI SUBALA JATI DI NO: (((_082—318—816—444_)))
atau klik DISINI

angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/

angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/

angka GHOIB; malaysia

angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/

angka GHOIB; laos