Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Ahad, 8 Januari 2012

KEBAKARAN BERHAMPIRAN STESEN PETRONAS, HULU KELANG





oleh: Admin.


8 Januari 2012..

Kesesakan luar biasa dari MRR2 Hulu Kelang, bermula pukul 4.30 petang tadi, berpunca dari kebakaran yang berlaku di Kg Sri Inai, Hulu Kelang, Selangor. Kebakaran yang mengejutkan warga Hulu Kelang tadi mengakibatkan 20 rumah hangus dijilat api. Apa yang mengejutkan kami ialah, kebakaran tersebut berhampiran stesen minyak Petronas, Hulu Kelang, Selangor. Sebagai langkah keselamatan, pihak pengurusan Petronas meminta semua pelanggan, pengguna dan kakitangan stesen minyak tersebut mengosongkan premis tersebut agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Punca kejadian adalah litar pintas. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Harap maklum.

Berita dan gambar berkaitan, klik sini

2 comments :

kita lalu tpt ni semalam... mmg mengerikan lihat api menjulang tinggi dgn asap hitam semua... takziah untuk semua mereka...

saya pun lalu kat sini semalam,,,ngeri tengok api menjulang tinggi,,,