Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Rabu, 4 Januari 2012

SALURAN HD.. BUKAN FENOMENA BARU

Apabila ASTRO memperkenalkan 16 saluran HD, pelanggan ASTRO terpaksa beralih arah dari peti televisyen biasa kepada LCD, LED dan sehinggalah yang terkini 3D LED. Perubahan teknologi dari SD kepada HD bukanlah satu fenomena baru dalam dunia penyiaran, bahkan ia telah wujud sejak sekian lama di negara-negara maju yang lain. Jika dibandingkan kualiti gambarnya, HD memberikan sinematik cahaya yang amat berbeza dan tinggi nilainya berbanding gambar biasa yang lain. Apabila kualiti gambar yang dirakam menggunakan kamera video HD yang dipancarkan menerusi peti televisyen LCD dan LED, ia amat mengkagumkan apatah lagi memberikan sisi tontonan yang amat berbeza.

Filem antarabangsa seperti Avatar jika ditonton dengan menggunakan teknologi HD ; melalui siaran FOX MOVIES PREMIUM HD di Astro baru-baru ini - memberikan kepuasan yang amat tinggi dari segi gambar dan sinematografinya. Begitu juga dengan saluran-saluran berbayar HD yang lain. Ia nampak hidup seolah-olah anda berada di alam tersebut. Bayangkan!. 'Keindahan' yang diterokai pengarah sinematografi dalam sesebuah filem akan jelas kelihatan jika ditonton menerusi saluran HD yang disediakan. 'Ombak Rindu' arahan Osman Ali yang kini ditayangkan di ASTRO FIRST juga boleh ditonton dalam format HD sepenuhnya. Alangkah gembiranya rasa hati sekiranya semua saluran televisyen di Malaysia diformatkan dalam full HD sepenuhnya. Percayalah, anda pasti kagum menontonnya jika anda memiliki peti televisyen LED 52 Inci beserta Home Theater 5.1 Dolby Premium Surround.

'Astro International Fiesta HD, Astro Asia Fiesta HD & FOX Family Movies HD' antara saluran 2012 milik Astro yang disediakan secara percuma kepada pelanggan Astro Beyond sehingga 7 January 2012. Saluran HD tetap ASTRO antaranya, 'One HD, FOX Movies Premium HD, HBO Movies HD, Discovery HD World, History HD, AXN Beyond HD, Star World HD, Astro Supersport HD 2, Astro Supersport HD, ESPN HD, Astro Zhi Zhun HD, Sundance Channel HD, National Geographic HD, Lifestyle HD : Li & Food Network Asia, AXN HD & FOX HD' merupakan antara saluran HD Astro yang memberikan kepuasan tontonan yang amat mengkagumkan. Kesemua saluran tersebut menyediakan jutaan filem, muzik dan hiburan tanpa sempadan yang amat berkualti. Persoalannya, apakah rakyat Malaysia dan penonton Astro akan menjadi penonton setia ke semua saluran tersebut, memandangkan hanya segelintir saja saluran HD yang menyediakan subtitle malay, dan yang lainnya tidak menyediakan capaian kemudahan tersebut. Ini perkara yang perlu dipandang serius pihak ASTRO bagi memantapkan lagi kemudahannya. Namun, apakah mereka sanggup menyediakan sarikata bahasa melayu bagi kesemua filem yang akan ditayangkan di semua saluran HD tersebut?. Untuk maklumat anda, jika kesemua filem dalam format HD yang ingin dialihkan sarikatanya, ia perlu direnderkan semula kualiti HDnya bagi keseluruhan filem. Bukankah ia agak 'complicated'? Ya, jawapannya. Maka, pihak ASTRO perlu menyediakannya kerana pelanggan ASTRO yang melanggan ASTRO BEYOND telah membayar perkhidmatan mengikut jumlah langganan. Jadi, please take action!.. Jangan tersenyum dan hanya menayangkannya tanpa memikirkan kepuasan langganan!.

HD dan kepuasan tontonan bagi sesebuah program atau rancangan yang ditayangkan adalah milik penonton. Perkembangan sinema ke layar kaca harus diakui kewujudannya. Ia adalah satu bentuk hiburan di rumah yang menenangkan jiwa buat anda pencinta hiburan dan seni tempatan. Mungkin, Malaysia akan berubah menjadi peneraju stesen tv digital HD sepenuhnya jika ruang itu diberi dan digunakan oleh mereka yang bertanggung jawab. Justeru, gunakanlah ia sebaik mungkin. Tanpa teknologi, fikiran, minda dan cara hidup kita akan ditakuk lama, dan harus diingat jangan tenggelam dengan arus kemodenan teknologi dunia dengan mengabaikan hak yang hakiki, iaitu alam akhirat.

Tepuk dada .. Tanya selera...
Wallahuallam.

by: Amy Ikram Ismail

0 comments :