Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Isnin, 13 Februari 2012

6 JAWATAN KOSONG DI FINAS.. KINI DI BUKA SEHINGGA 29 FEBRUARI 2012

6 Jawatan di FINAS (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia) kini dibuka. Tarikh tutup permohonan adalah pada 29 Februari 2012. Jika anda mahukan sebarang cabaran , suasana baru dan suka-suka.. sila lah apply sebab kekosongan tempat amat terhad.

JAWATAN KOSONG

  1. PENYUNTING (PASCA PRODUKSI)

    SYARAT LANTIKAN:

    1. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    2. Diploma, Sijil dalam bidang Kreatif Multimedia, Penyiaran atau bidang berkaitan;
    3. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
    4. Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang berkaitan suntingan filem/video.
    5. Fee bulanan: diantara RM1,800.00 – 2,500.00 (boleh dirunding)
    6. Bilangan kekosongan: 1 Jawatan

    DESKRIPSI TUGAS:

    1. Mempunyai kreativiti dan inovasi dalam membuat dan memastikan hasil rakaman disunting dengan baik.
    2. Mampu untuk mengendalikan peralatan suntingan dengan baik dan memastikan semua jenis penggunaan ’suite’ suntingan dikawal selia dengan sistematik dan berkesan.
    3. Melaporkan keperluan suntingan mengikut keperluan semasa.
    4. Mempunyai inisiatif untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan mampu untuk bekerja di dalam situasi yang mencabar.
  2. PENYUNTING (SINEMA MALAYSIA)

    SYARAT LANTIKAN:

    1. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    2. Diploma, Sijil dalam bidang Kreatif Multimedia, Penyiaran atau bidang berkaitan;
    3. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
    4. Fasih bertutur dan mahir menulis dalam Bahasa Melayu dan Inggeris;
    5. Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang berkaitan, serta hasil kerja telah tersiar di mana-mana majalah tempatan atau antarabangsa.
    6. Fee bulanan: diantara RM2,000.00 – 3,000.00 (boleh dirunding)
    7. Bilangan kekosongan: 1 Jawatan

    DESKRIPSI TUGAS:

    1. Fokus hanya pada Majalah Sinema Malaysia, Majalah untuk terbitan ke pasaran antarabangsa dan kandungan internet FINAS yang berkaitan.
    2. Mengumpul dan memilih gambar-gambar untuk di muat dalam Majalah Sinema Malaysia dengan inisiatif kreatif dan berkesan.
    3. Menyelaras hubungan dengan penulis tamu dari masa ke semasa.
    4. Menetapkan rekabentuk Majalah Sinema Malaysia dan isi kandungan internet yang berkaitan.
    5. Menyunting (laras bahasa, ejaan dan tema).
    6. Mengawal selia isi kandungan Majalah Sinema Malaysia dari masa ke semasa.
  3. PENULIS (SINEMA MALAYSIA)

    SYARAT LANTIKAN:

    1. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    2. Diploma, Sijil dalam bidang Kreatif Multimedia, Penyiaran atau bidang berkaitan;
    3. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
    4. Fasih bertutur dan mahir menulis dalam Bahasa Melayu dan Inggeris;
    5. Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang berkaitan serta hasil kerja telah tersiar di mana-mana majalah tempatan atau antarabangsa
    6. Fee bulanan: diantara RM2,000.00 – 3,000.00 (boleh dirunding)
    7. Bilangan kekosongan: 1 Jawatan

    DESKRIPSI TUGAS:

    1. Fokus hanya pada Majalah Sinema Malaysia dan Majalah untuk terbitan ke pasaran antarabangsa.
    2. Mengumpul dan memilih gambar-gambar untuk di muat dalam Majalah Sinema Malaysia dan isi kandungan internet yang berkaitan.
    3. Menulis artikel-artikel yang perlu dimuatkan dalam Majalah Sinema Malaysia dan membuat ulasan isu-isu tertentu mengikut keperluan semasa.
    4. Melakukan temuramah dan menyelaras usaha-usaha mendapatkan bahan berita yang berkualiti untuk dimuatkan di dalam Majalah Sinema Malaysia dan isi kandungan internet FINAS yang berkaitan.
    5. Mempunyai daya kreatif dan inisiatif dan mampu untuk menghasilkan gaya penulisan yang menarik mengikut perkembangan semasa dunia perfileman tempatan dan antarabangsa.
  4. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
  5. SYARAT LANTIKAN:

    1. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    2. Mempunyai pengalaman luas dalam pembangunan sistem dan laman web.
    3. Mempunyai kemahiran dalam bahasa pengaturcaraan seperti PHP, ASP.net, Java dan lain-lain
    4. Kreativit tinggi dan boleh bekerja secara berkumpulan.
    5. Mempunyai pengalaman dalam penggunaan sistem Open Source.
    6. Fee bulanan: diantara RM1,800.00 – 2,500.00 (boleh dirunding)
    7. Bilangan kekosongan: 1 Jawatan

    DESKRIPSI TUGAS:

    1. Membantu menjalankan kajian, perancangan, analisis dan pembangunan ke atas keperluan perkakasan dan perisian ICT baru dan tambahan.
    2. Membantu mengurus dan kawalselia anggota unit serta kontraktor pengendali sistem yang dilantik.
    3. Membantu merancang dan mentadbir internet, email dan perisian.
    4. Membantu kerja-kerja senggaraan server dan rangkaian serta menyelaras Meja Bantuan Teknikal ICT.

  6. JURUTEKNIK KOMPUTER

    SYARAT LANTIKAN:

    1. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    2. Sijil Pelajaran Malaysia serta lulus subjek elektrik atau elektronik atau teknologi maklumat, atau;
    3. Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 atau Tahap 3 dalam bidang sistem komputer, atau;
    4. Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data daripada politeknik tempatan yang diiktiraf, atau;
    5. Sijil dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) daripada politeknik tempatan yang diiktiraf, dan
    6. Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang berkaitan.
    7. Fee bulanan: diantara RM1,200.00 – 1,800.00 (mengikut kelulusan/sijil)
    8. Bilangan kekosongan: 1 Jawatan

    DESKRIPSI TUGAS:

    1. Membantu tugas-tugas pengurusan aset ICT.
    2. Menyelenggara kemudahan & perkhidmatan ICT, perisian, perkakasan dan aplikasi serta menyelesaikan masalah teknikal.
    3. Pemeriksaan dan penyelenggaraan kelengkapan ICT seperti kerosakan perkakasan utama, komponen-komponen dan aksesori ICT.
    4. Menyelesaikan segala aduan Meja Bantuan Teknikal ICT.
  7. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)

    SYARAT LANTIKAN:

    1. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    2. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
    3. Fee bulanan: diantara RM1,200.00
    4. Bilangan kekosongan: 2 Jawatan

    DESKRIPSI TUGAS:

    1. Membantu menguruskan fail-fail pejabat dan urusan surat menyurat.
    2. Mempunyai perwatakan menarik dan mampu untuk berkomunikasi dengan baik.
    3. Lain-lain tugas perkeranian.

ALAMAT DAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN

  1. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dengan menulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul surat dengan HURUF BESAR dan dialamatkan kepada :

    Ketua Pengarah
    Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
    Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang
    68000 Ampang, Selangor
    (u.p. : Unit Pengurusan Sumber Manusia)

  2. Tarikh tutup permohonan: 29 Februari 2012

CATATAN AM

  1. Hanya pemohon-pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
  2. Segala perbelanjaan bagi menghadiri temuduga jawatan ini ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.
  3. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan/maklumat selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

0 comments :