Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Jumaat, 24 Februari 2012

FESTIVAL 'OMBAK RINDU' GAMATKAN PANGGUNG COLLESIUM, KUALA LUMPUR 25 FEBRUARI 2012

Bahagian Promosi, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), akan mengadakan Festival OMBAK RINDU pada 25 Februari 2012 di Panggung Collesium, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Filem terbitan Astro Shaw yang diarahkan Osman Ali itu akan ditayangkan secara PERCUMA bermula pukul 12.00 tengahari hingga 2.30 petang. Sesi bertemu peminat akan diadakan selepas tayangan.

Sebarang maklumat dan info berkaitan, sila hubungi Bahagian Promosi FINAS di 03 4104 1346 / 1349.


p/s: Ada yang tanya pada saya.. kenapa tak tayang filem baru?. Filem baru kita tak boleh tayangkan selagi filem itu sedang ditayangkan dipawagam tempatan yang memerlukan bayaran tiket untuk menontonnya. Jadi OMBAK RINDU dipilih sebagai sesi bertemu peminat. Jadi datang aje jangan banyak cakap!.. hehhee

0 comments :