Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Sabtu, 11 Februari 2012

SECEBIS KISAH : MASA DEPAN INDUSTRI FILEM


'Menonton filem', selalunya merujuk kepada panggung wayang samada panggung kecil atau panggung besar. Sesebuah filem yang memasuki sesebuah panggung wayang atau dengan kata lebih ringkas adalah pawagam, selalunya mempunyai saingan tersendiri. Saingan ini boleh dikira melalui filem-filem box office antarabangsa yang kapasitinya mempunyai jumlah tontonan lebih 5 juta orang. Jika dibandingkan dengan filem tempatan, jumlah itu mula melangkah setapak mengikut genre yang diperkenalkan dalam sesebuah karya.


Dalam arus pemodenan negara, filem tidak lagi tertumpu tontonannya dipawagam, malahan ia boleh diakses di mana jua hanya dengan satu klik. Kewujudan teknologi komputer dan internet sememangnya satu pembaharuan dalam kehidupan manusia sejagat. Peminat filem kini tidak perlu lagi ke pawagam, malahan mereka akan menurun muat atau download filem-filem kegemaran mereka tanpa batasan di dalam sesebuah laman secara percuma. Perlakuan ini boleh dilakukan di mana jua, jika anda mempunyai sebuah komputer peribadi dengan perisian internet berkelajuan tinggi, mahupun sederhana. Namun, ia boleh berlaku juga melalui turun muat sesebuah filem terus ke telefon bimbit mahupun alat telekomunikasi digital yang lain. Harus diingat, ini bukan tindakan positif, malahan boleh mencemarkan serta menjatuhkan industri filem tempatan mahupun dunia.

'Lambakkan filem dalam format VHS, VCD dan DVD', bukanlah satu perkara baru. Ia sudah wujud sejak sekian lama, bahkan menjadi satu fenomena kepada dunia filem dan hiburan tempatan. Peminat filem selalunya akan mendapatkan sesebuah DVD atau VCD filem kegemaran mereka (walaupun ada dikalangan mereka sudah menontonnya di pawagam) ; barangkali mahu menjadikan koleksi peribadi filem kegemaran mereka. Walaubagaimanapun, jualan DVD dan VCD ketika ini tertumpu kepada filem-filem yang baru ditayangkan malahan ia boleh dimiliki secara cepat melalui agen cetak rompak yang mendapatkan filem ini terus dari pembekal tulen yang menjalankan kerja secara haram demi mengaut keuntungan dari filem-filem yang ditayangkan dipawagam.

Kewujudan stesen tv berbayar bukan persoalan kepada pengurangan jumlah penonton dipawagam. Ada dikalangan penonton yang akan ke pawagam menonton sesebuah filem kegemaran mereka. Menonton dipawagam sangat berbeza kepuasannya dari menonton di kaca tv. Tetapi, kuasa tontonan itu terletak ditangan anda, peminat filem. Jika anda menghargai karyawan filem dan mahukan kepuasan untuk membuat perbandingan dan menilai naskhah garapan mereka, maka filem akan dipilih tontonannya dipawagam. Tetapi bagi anda yang memikirkan soal bajet, masa dan perjalanan, barangkali memilih menonton melalui stesen tv berbayar melalui saluran khas yang dinamakan 'astro first'.

Astro First yang diperkenalkan ASTRO mulai 13 Januari 2011 merupakan saluran alternatif Astro untuk menarik lebih ramai peminat filem menonton filem dirumah dengan kuasa berbayar selama 48 jam tanpa henti. Dengan bayaran RM 15 ringgit satu filem, penonton filem boleh menonton dirumah tanpa perlu berbelanja lebih jika menonton dipawagam. Namun, hak keselamatan dan harga sesebuah filem tidak lagi menjadi kebanggaan warga filem kerana semua filem yang ditayangkan di saluran Astro boleh dirakam terus dan disimpan dalam hard disk melalui pakej PVR Beyond Astro bagi pelanggan Astro yang melanggan pakej PVR ini. Ini bermakna filem tersebut boleh dimuat terus dan dicetak dalam DVD cetak rompak dengan kualiti lebih hebat memandangkan Astro First mempunyai saluran HDnya tersendiri.

Andaikata filem hanya ditonton dalam format DVD, download movie, dan saluran tv dengan kuasa rakaman tanpa batasan, apakah akan berlaku pada sinema dipawagam?. Jika kita pandai mengawalnya itu tidak menjadi masalah, tetapi seandainya satu juta rakyat Malaysia menonton melalui tv tanpa ke pawagam, maka ini akan merumitkan dan berkuburlah industri sinema kita malahan akan memberikan kesan kepada perkembangan dan penghasilan sesebuah filem. Justeru, kita perlu tahu bahawa pawagam la tempat kita untuk menghargai dan menilai sesebuah filem. Tontonlah filem dipawagam.. bukan dirumah anda..

Tepuk dada tanya selera.

0 comments :