Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Isnin, 26 Mac 2012

'DEMOKRASI' DALAM FREEDOMFILMFEST 2012 - PANGGILAN AKHIR!

Sebagai sebuah badan sosial bukan kerajaan yang memperjuangkan hak asasi manusia, Pusat Komunikasi Masyarakat Malaysia (KOMAS) mengambil iniasitif terbaru dalam menganjurkan sebuah festival khas iaitu 'FREEDOMFILMFEST 2012'. Bertemakan DEMOKRASI dalam setiap acuan persembahan samada dalam bentuk Video Dokumentari, Dokudrama, Animasi dan Grafik , FREEDOMFILMFEST 2012 mengalu-alukan penyertaan terbuka rakyat Malaysia sebelum 1 APRIL 2012. Pelbagai hadiah lumayan dan menarik menanti anda.


Apakah pendirian anda mengenai DEMOKRASI?

FREEDOMFILMFEST, sebuah festival filem hak manusia tahunan kini terbuka untuk menerima kertas-kertas cadangan untuk filem berdasarkan tema"DEMOKRASI: Siapa Boss?".

Adakah prinsip-prinisip demokrasi betul-betul dipraktikkan dalam kehidupan kita?

Bagaimanakah rakyat boleh dibawa berunding dalam proses membuat keputusan?

Adakah pemimpin kita cukup telus dan bertanggungjawab?

Butir-butir pertandingan dan borang penyertaan panduan menulis kertas cadangan disertakan di sini.

Hantarkan kertas cadangan filem anda ke freedomfilmfest@komas.org. Selain daripada berpeluang memenangi RM6000 dan bantuan teknikal untuk memproduksi filem, anda berkesempatan untuk membuat KOMEN ANDA tentang negara kami dan menyumbang kepada diskusi yang lebih mendalam tentang demokrasi dan hak asasi manusia di Malaysia.


Butir-butir pertandingan:

KELAYAKAN
 Rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas (jika berusia kurang dari 18 tahun, penyertaan mesti dihantar di bawah seorang penjaga)

FORMAT VIDEO 
Dokumentari/ Dokudrama/ Animasi/ Grafik

TEMPOH MASA VIDEO
 20 minit.

BAHASA
 Sebarang bahasa pertuturan di Malaysia diiringi sarikata Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris.

TEMA / ISI KANDUNGAN
 Demokrasi di Malaysia

TARIKH TUTUP
 1 April, 2012.

Sebarang maklumat berkaitan, sila klik 5 laman berikut.

FREEDOMFILMFEST 2012 , FACEBOOK FFF2012, PUSAT KOMAS, KOMAS ORG, TWITTER




p/s: Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

0 comments :