Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Jumaat, 23 Mac 2012

'MEMBIKIN FILEM KOMERSIAL' DAN 'MENGHASILKAN FILEM PENUH MAKNA'! - DUA CABARAN YANG BERBEZA


Menghasilkan sesebuah filem mengikut kehendak dan citarasa penonton, sememangnya intipati yang telah lama wujud dalam produksi milik David Teo. Membikin sinema dalam konteks sebagai sebuah karya komersial, diakui membawa pulangan jutaan ringgit - walaupun ia sekadar sebuah cerita picisan, plot tunggang terbalik, lawak membabi buta sehinggalah kepada cerita seram, mahupun cinta versi MiG atau Metrowealth yang adakalanya membuatkan penonton teruja bahkan kecewa dengan sendirinya.

Beberapa judul terbitan produksi MiG / Metrowealth dibikin seperti 'menghasilkan biskut atau roti gardenia', dengan pelakon yang diikat kontraknya, krew yang sering diguna pakai sehinggalah kepada pengarah dan penulis skripnya. Bukan menyalahkan atau menuding jari tentang penghasilan 'segera' filem-filem terbitan MiG, tetapi haruslah difahami bahawa 'membikin filem di Malaysia tidaklah sekaya negara-negara barat yang lain. Tanpa penggambaran, - bagaimana krew dan tenaga produksi sehinggalah kepada para pelakon mahu cari makan?. Sebab itulah, jika kita lihat nama David Teo, antara penerbit filem paling aktif menghasilkan pelbagai genre filem setahun sehingga digelar 'Jutawan Filem'.

Kehadiran beberapa produksi lain seperti KRU Studios, Tayangan Unggul, Primeworks Studio, Grand Brilliance, Astro Shaw dan juga syarikat-syarikat kecil yang mahu menghasilkan filem, menyemarakkan lagi dunia sinema tempatan dari segi kuantiti berbanding kualiti. (ada juga penerbit yang pentingkan kualiti macam Raja Azmi dan Nandita Solomon). Walaupun dilabelkan sesetengah pengritik filem 'penerbit seperti ini ( bukan Raja Azmi dan bukan Nandita) ; tetapi penerbit filem komersial box office - merosakkan industri dengan cerita yang lari dari pendekatan sebagai sebuah 'layar filem' atau 'sinema sebenarnya', tetapi kehadiran mereka dalam industri filem masih relevan dan wajar diakui 'keperluannya'.

'Filem dalam konteks sebagai sebuah karya filem yang 'tulen', dihasilkan penuh gaya bahasa dan visualnya, kadangkala kurang difahami sehinggalah memberi impak kepada kutipan tiket di pawagam. Penonton filem di Malaysia banyak ragamnya. Ada yang meminati filem yang 'dalam maksudnya (filem yang bagus) - golongan ini tidak menggemari filem yang cetek fikirannya. Tetapi, bagi penonton tegar filem-filem komersial, pastinya tumpuan mereka terganggu apabila menonton filem tinggi bahasa dan plot naratifnya seperti ...Dalam Botol, Bunohan, dan semua filem-filem arahan arwah Yasmin Ahmad, juga karya sentuhan U-Wei Hj Shaari. Namun, sudah sampai masanya untuk kita mendidik penonton filem di Malaysia agar menonton filem yang bukan filem 'mee segera', tetapi filem yang bagus dan tinggi darjatnya. Walaupun begitu, kehadiran filem komersial, perlulah diterima kewujudannya, seiring dengan filem-filem berbajet kecil tetapi tinggi nilai martabatnya.

'Membikin karya komersial dan menghasilkan filem ada makna dan dalam maksudnya', merupakan dua cabaran yang berbeza. Cuma, bagi mereka yang benar-benar menghargai 'sinema dan filem', akan menghasilkan apa yang dinamakan sebagai 'layar filem', tetapi bagi mereka yang hanya membikin untuk hidup dengan wang dan bonus, 'maka filem komersial', akan terus menyinari sinema tempatan selagi hayat filem dikandung penonton ; selagi hayat dikandung badan ; berdiri utuh, tersenyum dan menangis melihat apa yang dinamakan sebagai 'FILEM' di bumi Malaysia.

Wallahuallam.

1 comments :

assalamualaikum wr, wb.AKI saya:IBU RAHMA dan SEKELUARGA mengucapkan banyak2
terimakasih kepada AKI SUBALA JATI atas angka togel yang di
berikan “4D” alhamdulillah ternyata itu benar2 jebol dan berkat
bantuan AKI SUBALA JATI saya bisa melunasi semua hutang2 orang tua saya yang
ada di BANK dan bukan hanya itu AKI alhamdulillah sekarang saya
sudah bisa bermodal sedikit untuk mencukupi kebutuhan keluarga saya
sehari2. itu semua berkat bantuan AKI SUBALA JATI sekali lagi makasih banyak
yah AKI… yang ingin merubah nasib seperti saya hubungi AKI SUBALA JATI di
nomor: (((—082—318—816—444_)))
dijamin 100% jebol saya sudah buktikan…sendiri….

Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!

1?Dikejar-kejar hutang

2?Selaluh kalah dalam bermain togel

3?Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel

4?Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat

5?Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..

Solusi yang tepat jangan anda putus asah….AKI SUBALA JATI akan membantu
anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
butuh angka togel 2D_3D_4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin 100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI SUBALA JATI DI NO: (((_082—318—816—444_)))
atau klik DISINI

angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/

angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/

angka GHOIB; malaysia

angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/

angka GHOIB; laos