Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Jumaat, 16 Mac 2012

PENULIS TAK CUKUP ILMU, KEPALA SEMAK, LAGI SAKIT KEPALA!

by Hassan Abd. Muthalib


To all those aspiring to join the entertainment industry as film reviewers or - God forbid! - as film critics, this piece below is a good example (or should it be 'a bad example") of how NOT to write a film review. I will not analyse its semantics and style of writing as it's really, really bad! (By the way, I'm not talking here of the writer's 'criticism' of BUNOHAN). The writer keeps contradicting himself with his own writing and - why oh why - is he so apologetic?! A writer just writes! So obviously, he's not a real writer.


Read Robert M Thoules' book, Straight & Crooked Thinking to understand how crooked thinking (& writing) is used to manipulate issues. There is more to this than meets the eye, folks. Something smells rotten in the state of .....! And in this case, as you may have noted of the signification of shadows in BUNOHAN, there appears to be some kind of a hidden hand in this latest endeavour. And it's not necessarily only from someone in the industry. It may even be higher up......


-------------------------------


BUNOHAN MENYUMBANG 'SEMAK' & 'SAKIT KEPALA'
Ulasan: NIEZAM ABDULLAH (
niezam@thestar.com.my)

FILEM: BUNOHAN

BERLATARBELAKANGKAN tepian pantai & perkampungan yang indah & sudut sinemagrafi yang menarik, Bunohan berjaya diangkat oleh pengarah Dain Said sebagai sebuah filem yang menarik untuk diperkatakan.

Kebanyakan pihak memuji keupayaan pengarah muda ini mencernakan kekuatannya dalam menghasilkan sebuah karya yang dilihat luar biasa selepas sesi pra tontonnya pada 29 Feb lalu. Bunohan hebat diperkatakan apabila ia menerima anugerah NETPAC di Filem Festival Taipei Golden Horse 2011. Dan dek kerana itulah filem ini menjadi taruhan serta di jaja daripada mulut ke mulut sehingga menyebabkan orang ramai menunggu kemunculannya bagi menilai sejauh manakah luar biasanya karya terbaru Dain Said ini.

Bunohan yang mengambil nama sebuah perkampungan di Tumpat, Kelantan berkisar tentang hubungan 3 beradik iaitu Ilham (Faizal Hussein), Adil (Zahiril Adzim) & Bakar (Pekin) yang berhadapan dengan krisis kekeluargaan.

Membunuh

Ia dapat dilihat apabila Ilham diupah membunuh adiknya iaitu Adil, seorang peninju tomoi yang sering kali menyandang juara dalam perlawanan di Selatan Thailand sementara Bakar pula seorang yang tamak apabila mahu membolot tanah pusaka. Bapa kepada anak-anak tersebut ialah seorang Tok Dalang wayang kulit tegar iaitu Pok Eng (Wan Hanafi Su) digambarkan sebagai seorang lelaki yang berdahi licin apabila berkahwin lebih daripada satu.

Kerana kecewa dengan perkara itu, isterinya Mek Yah (Tengku Azura) membawa diri meninggalkan anak-anak dengan menjadi buaya putih, mitos kepercayaan orang-orang dahulu. Ilham akhirnya sanggup mati dibunuh oleh Deng kerana dia tidak tergamak untuk “mengambil nyawa” adiknya sendiri seperti mana yang diinginkan. Lakonan Faizal Hussein & Bront Palarae sememangnya hebat. Malah Adil yang sudah 27 tahun meminggirkan keluarga termasuk ayahnya dipertemukan selepas isu tuntutan tanah daripada Bakar yang mahu melaksanakan projek di tanah yang hendak diwariskan kepada Adil itu. Karakter yang dibawa dalam setiap watak tidak kiralah kecil ataupun besar adalah sesuatu yang luar biasa.

Kehebatan filem ini ternyata daripada sudut nilai lakonnya. Kesan yang diberikan oleh Faizal Hussein dalam filem ini memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Begitu juga dengan pelakon lain yang mampu membawa watak mereka tanpa sebarang masalah walaupun keseluruhan filem ini menggunakan loghat negeri Kelantan. Namun di sebalik kehebatan yang ditonjolkan serta aksi lakon yang ditampilkan, Bunohansebenarnya bukanlah sebuah filem yang terlalu luar biasa.

Maaf... mungkin komen ini sedikit menyimpang daripada kebanyakan ulasan yang dilakukan oleh media lain tetapi hakikat terhadap “kecuaian” dalam filem ini harus diterima dengan positif.
Ia hanya hebat daripada sudut sinematografi, keupayaan para pelakon serta tema yang diangkat. Itu sahaja.

Sakit kepala

Tetapi secara keseluruhannya filem ini hanyalah sebuah filem “sakit kepala” kerana ia cuba memaksa penonton untuk mengkaji makna tersirat di sebalik kata-kata, gerak geri serta raut wajah para pelakonnya. Secara jujurnya, Bunohan bukan sebuah filem kegemaran masyarakat Malaysia yang malas untuk berfikir perkara di sebalik atau makna tersirat itu. Dan dek kerana itu, ia tidak mampu untuk membuatkan penonton mahu menontonnya untuk kali kedua.

Sinematografi dalam Bunohan adalah antara yang terbaik. Jika ada pun disebabkan mereka terpaksa berbuat demikian kerana ingin memahami apa sebenarnya yang hendak disampaikan dalam filem ini. Bunohan adalah sebuah filem seni yang berat & dilihat hanya bersesuaian untuk mereka yang mempunyai ilmu perfileman seperti pelajar-pelajar filem ataupun mereka yang benar–benar cintakan karya seperti ini sahaja. Ini kerana terlalu banyak subplot yang hendak dikembangkan oleh Dain Said sehingga membuatkan penonton tertanya-tanya apakah yang ingin disampaikan oleh pengarah itu?

Semak

Watak Mek Yah tidak digambarkan dengan jelas yang menunjukkan wanita itu adalah buaya jadian sementara apakah kepentingan Ilham yang keterlaluan dilihat menggali kubur daripada matlamat utamanya untuk mencari Adil. Kepentingan buaya & saka yang dibangkitkan sebenarnya tidak menyumbang terhadap kekuatan Bunohan pun sebaliknya kewujudan watak itu hanya mendatangkan “semak” terhadap filem ini. Apakah sesebuah “art movie” memerlukan seseorang pengarah itu menghasilkan karya yang membebankan pemikiran penonton?

Filem Jogho arahan U-Wei yang ditayangkan pada tahun 1999 adalah salah satu contoh filem seni yang amat baik daripada segi tema & perkembangan plot yang ditampilkan. Pekin Ibrahim juga berjaya menunjukkan kemampuannya dalamBunohan. Jogho memenangi 5 anugerah menerusi Festival Filem Malaysia Ke 11 termasuk Filem Terbaik & Pelakon Lelaki Terbaik (Khalid Salleh) yang juga berkisar mengenai kehidupan masyarakat di Kelantan & Selatan Thailand.

Kisah kehidupan mengenai perlawanan laga lembu yang turut membabitkan adegan pembunuhan itu berjaya digarap dengan sempurna tanpa banyak masalah untuk penonton memikirkannya. Tapi sayang, hasrat Dain Said untuk melakukan kelainan dalam konteks pemikiran “zaman teknologi” pada hari ini tidak seratus peratus mencapai matlamatnya tetapi usaha itu berjaya daripada kekuatan lain.

Kita berhak untuk bersetuju atau tidak dengan apa yang kita lihat atau lakukan tetapi hak saya terhadap filem ini telah saya perjelaskan. Sama ada anda boleh menerimanya atau tidak, pergilah menonton & buatlah penilaian sendiri kerana cara itu adalah rumusan terbaik untuk pandangan anda.


1 comments :

assalamualaikum wr, wb.AKI saya:IBU RAHMA dan SEKELUARGA mengucapkan banyak2
terimakasih kepada AKI SUBALA JATI atas angka togel yang di
berikan “4D” alhamdulillah ternyata itu benar2 jebol dan berkat
bantuan AKI SUBALA JATI saya bisa melunasi semua hutang2 orang tua saya yang
ada di BANK dan bukan hanya itu AKI alhamdulillah sekarang saya
sudah bisa bermodal sedikit untuk mencukupi kebutuhan keluarga saya
sehari2. itu semua berkat bantuan AKI SUBALA JATI sekali lagi makasih banyak
yah AKI… yang ingin merubah nasib seperti saya hubungi AKI SUBALA JATI di
nomor: (((—082—318—816—444_)))
dijamin 100% jebol saya sudah buktikan…sendiri….

Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!

1?Dikejar-kejar hutang

2?Selaluh kalah dalam bermain togel

3?Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel

4?Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat

5?Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..

Solusi yang tepat jangan anda putus asah….AKI SUBALA JATI akan membantu
anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
butuh angka togel 2D_3D_4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin 100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI SUBALA JATI DI NO: (((_082—318—816—444_)))
atau klik DISINI

angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/

angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/

angka GHOIB; malaysia

angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/

angka GHOIB; laos