
Perspektif Berita dan Hiburan Semasa
Kemenangan Michelle Yeoh di Anugerah Akademi Oscar ke-95, membuktikan anak Malaysia mampu terbang jauh ke Hollywood.
Alami pengalaman penontonan baharu melalui kerjasama strategik antara viu dan ASTRO yang mampu membuka lebih luas pasaran dalam bidang penyiaran dengan pelbagai rancangan terbaik seluruh Asia.
Sempena bulan Ramadan penuh keberkatan, Astro tampil meraikan Ramadan dengan pelbagai karya tontonan khususnya buat pelanggan Astro.
Bukan sahaja sebagai sebuah karya seram tempatan yang berbeza, namun Harum Malam wajar diakui sebagai sebuah filem Malaysia bertaraf antarabangsa.
Walaupun baru diumumkan dan tidak sampai 24 jam, tiket bagi menyaksikan konsert 25 Tahun Lah Ahmad habis terjual.
PLANETROX adalah pertandingan muzik di sedunia untuk mencari band-band baru terbaik dan mengeksposkan mereka kepada pihak antarabangsa yang lebih luas. Pada tahun 2011, Envol et Makadam memperluaskan ikatanya ke seluruh dunia dan membuat terobosan besar: band alternatif dari 15 negara yang berbeza akan boleh mendaftar untuk PLANETROX, ujibakat mereka dan peluang untuk membuat persembahan di music festival “Envol et Makadam” di Kota Quebec, Kanada.
PLANETROX merupakan inisiatif dari Envol et Makadam bekerjasama dengan Kota Quebec. Misi mengadakan ini secara antarabangsa adalah untuk mencari band terbaik dalam setiap negara yang menyertai dan menghadirkan mereka kepada orang orang awam di Festival Envol et Makadam setiap bulan September. Tahun ini buat pertama kali PLANETROX akan melibatkan Kanada, Amerika Syarikat, Perancis, Belgium, Inggeris, Jerman, Morocco, Ireland, Itali, Sepanyol, Jepun, China, Malaysia, Indonesia dan South Korea.
Envol et Makadam adalah festival muzik alternatif utama bandar Quebec. Terus berinovasi dan mengembangkannya untuk membolehkan artis tempatan dan antarabangsa berkesempatan untuk mengambil bahagian dalam sebuah acara yang setiap tahunnya menarik lebih dari 20.000 peminat muzik, serta banyak profesional di bidang industri muzik. Diprogramkan khusus untuk golongan muda; Bad Religion, Mastodon, Sum 41, hemat, Karkwa, The Sounds, Metric, Malajube, Raekwon dan Bloc Party adalah diantara beberapa artis terkenal yang pernah terlibat dan memberikan kesenangan kepada penonton festival di Envol et Makadam lalu.
Bagaimana cara menyertai PLANETROX? Daftarkan dan pilih lagu terbaik band kamu (lagu komposisi asli). Pendaftaran online boleh dibuat di sini. Jika terpilih, kirimkan video dan buatlah promosi supaya semua orang memilih band kamu ke pentasaksi@imsingles.net sekarang !
4 Langkah Menyertai PLANETROX MALAYSIA:
1. Setiap band yang menyertai untuk harus upload MP3 satu lagu asli mereka - dan panel juri industri antarabangsa akan memilih 10 semi-finalis dari negara masing-masing.
2. 10 semi-finalis yang terpilih di setiap negara akan upload video lagu mereka tersebut. Akan diikuti Sebuah proses voting dan 5 finalis akan dipilih oleh hasil pengundian online awam ini, dan ia akan digabungkan 50-50 dengan undian para Juri '.
3. 5 finalis di setiap kota akan tampil dalam acara final di negara mereka dan undian penonton 50/50 digabungkan dengan penilaian panel juri akan memutuskan satu band pemenang.
4. Band pemenang dari 15 negara akan dijemput untuk tampil di salah satu acara muzik terbesar di Kanada, Envol et Makadam Festival di Quebec City dari 7 - 8 September 2012.
JADUAL PLANETROX MALAYSIA 2012
1 Mac Pelancaran pendaftaran PLANETROX & pendaftaran bands
11 Mei Tarikh tutup pendaftaran band
12 Mei 10 Semi-Finalis akan diumumkan
Mei 14 - Mei 20 Penghantaran video oleh semi finalis
Mei 21 - Jun 4 Tempoh untuk pengundian online
5 Jun 5 Finalis setiap negara akan diumumkan
Jun 18 - 8 Julai Persembahan Akhir 5 band setiapnya 20 minit slot
September 7 – 8 15 band dari 15 negara PLANETROX @ Envol et Makadam Festival, Quebec City
Abdul Wahid Abdul Halim (AKA Piko)
Manager,
Indie Media Network (SA0191109-V)
1-01-02, Worldwide Business Center 2, Persiaran Akuatik, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia
www.demoplanet.tv "Your Internet TV Station"
www.pentasaksi.com.my
www.imsingles.net "Independent Music Singles Compilation Album"
T: +60355235400 M: +60175556815 BBM: 21F3C458
SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI :
Bahagian Muzik Istana Budaya
Tel : 03-40265554
Email : muzikib@gmail.com
Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong pada Rabu ini menarik minat National Geographic Channel (NatGeo) untuk merakamkannya dalam bentuk filem dokumentari dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) untuk siaran ke seluruh dunia.
Pengarah Produksi Finas, Subaidah Md. Top berkata ini kali kedua NatGeo membuat liputan seumpama itu. Kali pertama, istiadat pertabalan Yang di Pertuan Agong ke 13, Sultan Mizan Zainal Abidin dari Terengganu pada 2007. Dalam liputan kali ini, NatGeo akan menumpukan kepada keunikan dan keistimewaan pelantikan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong untuk kedua kalinya.
Subaidah berkata, belum pernah dalam sejarah negara, Sultan atau Raja yang sama dilantik semula sebagai Ketua Negara sejak sistem giliran memegang jawatan itu di kalangan sembilan Sultan dan Raja dipraktikkan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957.
Tuanku Abdul Halim, pertama kali dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong (yang kelima) pada 1970 semasa berumur 42 tahun, dan kini dilantik semula sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 14 pada usia 84. Pihak produksi akan juga merakamkan aktiviti Tuanku selepas istiadat pertabalan, serta menemubual anggota kerabat serta kenalan rapat Seri Paduka.
“Seperti yang kita sedia maklum semasa Tuanku menjadi Yang di-Pertuan Agong kelima, Perdana Menteri pada ketika itu ialah Tun Abdul Razak dan pada pertabalan kali ini pula anaknya Datuk Seri Najib Tun Razak pula yang memegang jawatan sebagai Ketua Eksekutif negara. Keunikan ini akan turut dipaparkan dalam filem dokumentari itu,” katanya.
Subaidah berkata, semasa Tuanku menjadi Yang di-Pertuan Agong kelima, negara baru saja melalui Tragedi 13 Mei 1969, dan berikutan itu negara diletakkan di bawah pentadbiran Majlis Gerakan Negara (Mageran). Mageran melahirkan beberapa dasar penting Malaysia, Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum serta menyusun semula masyarakat.
“Seri Paduka kini bakal memimpin negara dalam satu era yang sangat penting di mana kerajaan sedang berusaha keras bagi mencapai status negara maju menjelang 2020. Itu yang kita mahu kongsikan dengan dunia,” katanya.
Subaidah berkata penggambaran dokumentari ini telah bermula seawal Disember lepas lagi, semasa Istiadat Melafaz Sumpah Memegang Jawatan dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh Tuanku.
“Namun selepas istiadat pertabalan pada Rabu depan, sesi penggambaran akan lebih agresif berikutan pelbagai acara telah disusun yang perlu dihadiri baginda dalam tempoh 10 hari dan dijangkakan tempoh penggambaran akan mengambil masa sekitar tujuh ke lapan bulan,” katanya.
Beliau berkata dokumentari ini juga akan menampilkan kepada dunia Istana Negara yang baru. Subaidah berkata Finas bertanggungjawab untuk memantau keseluruhan pergerakan produksi sehingga penerbitan dokumentari siap sepenuhnya.
Mengenai bajet, beliau berkata peruntukan bagi penghasilan dokumentari kali ini ialah sekitar RM700,000, sama seperti ketika Finas dan NatGeo menerbitkan dokumentari pertama berjudul ‘Becoming A King’ mengenai pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-13, Tuanku Mizan. Dokumentari 2007 itu yang disiarkan pada 29 Ogos tahun berkenaan, berjaya menarik penonton di kira-kira 250 juta kediaman di lebih 160 negara. - AMMBOI
Perhimpunan tersebut akan dianjurkan di Dataran Merdeka seminggu sebelum perhimpunan Bersih yang dijadualkan berlaku 28 April ini diketuai oleh Jaringan Melayu Malaysia (JMM).
Presiden JMM Azwanddin Hamzah berkata, perkembangan amalan biseksual dan homoseksual adalah “pergerakan terancang” oleh sesetengah individu yang bertolak ansur terhadap agama semata-mata pegangan politik.
“Kami bukan mendiskriminasikan individu yang dilahirkan sedemikian. Namun begitu, kami menentang kumpulan yang menggalakkan gejala ini.
“Kita harus menghentikan perkara ini ... ini adalah agenda sesetengah individu yang berniat untuk menghapuskan moral masyarakat dan ajaran agama,” katanya dipetik New Sunday Times (NST) hari ini.
Azwanddin juga menolak untuk disamakan perhimpunan JMM dengan perhimpunan Bersih 28 April ini, menegaskan “bukan seperi penganjur Bersih” perhimpunan anti LGBT ini adalah “protes untuk masa depan negara.”
Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim berkata kepada NST, walaupun setiap individu berhak menyuarakan pendapat mereka, gejala LGBT adalah bertentangan dengan norma masyarakat.
“Walaupun ini adalah perhimpunan aman, kami harap suara kami ini akan didengari dan amalan sedemikian tidak boleh dimaafkan,” katanya.
Kumpulan sayap kanan dan parti politik tetap menentang amalan LGBT di negara ini. Pemimpin politik juga telah meluluskan usul untuk mendakwa mana-mana ahli politik yang mengamalkan amalan seks songsang.