Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Isnin, 2 April 2012

BILA FILEM MALAYSIA NAK JUAL DALAM 'BLU RAY'?

Sekadar Coretan

Baru-baru ini aku singgah jap Speedy Video, Mid Valley, Kuala Lumpur. Tujuannya mahu beli DVD filem BUNOHAN. BUNOHAN filem yang aku suka sebab sinematografi, jalan cerita dan plotnya cukup mengkagumkan. Dalam dok pusing-pusing satu Speedy Video ni ( nak cari lah kalau ada DVD yang berkenan dihati), aku terpandang dari celah-celah lipatan DVD filem luar negara, terselit satu filem dari Malaysia bertajuk ICE KACANG PUPPY LOVE. Menariknya, filem tersebut dijual dalam format BLU RAY dengan harga sekitar RM 69.90 je.

Persoalan yang bermain difikiran aku ketika ini ialah 'bila pulak filem kita (malay film) nak jual dalam format BLU RAY?. Mungkin Relationship Status kot ; sebab filem ni TGV tayang dalam format BLU RAY. May be one day, aku harap sangat filem tempatan kita yang shoot guna red cam or full HD, keluarkanlah dalam format BLU RAY.

Andaikata BUNOHAN ada dalam BLU RAY.. aku sanggup beli walaupun harganya mahal. Mungkin produser filem kita boleh memikirkan perkara ini selain menjual dalam format VCD dan DVD.

Tepuk dada Tanya selera..

0 comments :