Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Khamis, 5 April 2012

EKSLUSIF : DIALOG KHAS BERSAMA DAIN SAID ; PENGARAH BUNOHAN

Satu dialog atau bicara khas mengenai filem BUNOHAN arahan Dain Said akan di adakan pada Sabtu, 7 April 2012 pukul 10.00 pagi. Di adakan di Rumah Pena, Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur, Bicara BUNOHAN yang diberi nama 'DIALOG ORANG MUDA : BUNOHAN' mengalu-alukan kedatangan semua rakan media, blogger, wartawan, penggiat filem dan peminat industri untuk sama-sama berkongsi pendapat, idea dan citarasa.

BUNOHAN yang diterbitkan Nandita Solomon ini memenangi beberapa anugerah di Netpac Award, Taipei Golden Horse Film Festival 2011. Filem yang mendapat kritikan hebat dikalangan pengkritik dan warga filem merupakan filem Malaysia yang ditayangkan semasa pembukaan di Festival Toronto International Film Festival 2011 (World Premiere), Official Selection Sao Paolo International Film Festival 2011, Official Selection Asian Film Festival 2012, Official Selection Palm Spring Film Festival 2012, dan Official Selection di Rotterdam International Film Festival 2012.


BUNOHAN yang diterajui Pekin Ibrahim, Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Wan Hanafi Su, Tengku Azura, dan ramai lagi ini boleh didapati dalam bentuk BLU RAY, DVD dan VCD di pasaran.

Semoga terhibur.
Jangan lupa datang..

p/s: masih mencari BLU RAY BUNOHAN. Harap ketemu ya..

3 comments :

gempak2...bukan senang nak masuk tayangan international

takyah lah guna perkataan "beberapa" anugerah. dia baru menang satu kat taipei tu. tahniah! moga tambah murah rezeki.

anugerah itu satu rezeki. ada beberapa org dlm industri filem yang tak puas hati dengan BUNOHAN okay. so.. moga akan bertambah lagi filem berkualiti seperti ini di masa akan datang. bukan senang filem seperti ini masuk ke beberapa festival gergasi macam tue.

Oh ya, hari sabtu ni saya tak dapat joint BUNOHAN TALK tue sebab saya berada di luar KL.. nun jauh di utara ada urusan kerja yang perlu diselesaikan..