Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Ahad, 8 April 2012

KUMPULAN ANTI 'LGBT' ANJUR PERHIMPUNAN TOLAK 'GAYA HIDUP SONGSANG' - 21 APRIL 2012

Artikel Terpilih dari THE MALAYSIAN INSIDER.


Kumpulan anti lesbian, gay, biseksual transeksual (LGBT) akan menganjurkan perhimpunan 21 April ini sebagai protes menentang amalan seks ‘songsang’.

Perhimpunan tersebut akan dianjurkan di Dataran Merdeka seminggu sebelum perhimpunan Bersih yang dijadualkan berlaku 28 April ini diketuai oleh Jaringan Melayu Malaysia (JMM).

Presiden JMM Azwanddin Hamzah berkata, perkembangan amalan biseksual dan homoseksual adalah “pergerakan terancang” oleh sesetengah individu yang bertolak ansur terhadap agama semata-mata pegangan politik.

“Kami bukan mendiskriminasikan individu yang dilahirkan sedemikian. Namun begitu, kami menentang kumpulan yang menggalakkan gejala ini.

“Kita harus menghentikan perkara ini ... ini adalah agenda sesetengah individu yang berniat untuk menghapuskan moral masyarakat dan ajaran agama,” katanya dipetik New Sunday Times (NST) hari ini.

Azwanddin juga menolak untuk disamakan perhimpunan JMM dengan perhimpunan Bersih 28 April ini, menegaskan “bukan seperi penganjur Bersih” perhimpunan anti LGBT ini adalah “protes untuk masa depan negara.”

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim berkata kepada NST, walaupun setiap individu berhak menyuarakan pendapat mereka, gejala LGBT adalah bertentangan dengan norma masyarakat.

“Walaupun ini adalah perhimpunan aman, kami harap suara kami ini akan didengari dan amalan sedemikian tidak boleh dimaafkan,” katanya.

Kumpulan sayap kanan dan parti politik tetap menentang amalan LGBT di negara ini. Pemimpin politik juga telah meluluskan usul untuk mendakwa mana-mana ahli politik yang mengamalkan amalan seks songsang.


##Kumpulan anti lesbian, gay, biseksual transeksual (LGBT) akan menganjurkan perhimpunan 21 April ini sebagai protes menentang amalan seks ‘songsang’.##