Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


MICHELLE YEOH RANGKUL PELAKON WANITA TERBAIK DI OSCARS 95

Kemenangan Michelle Yeoh di Anugerah Akademi Oscar ke-95, membuktikan anak Malaysia mampu terbang jauh ke Hollywood.

VIU DAN ASTRO JALIN KERJASAMA STRATEGIK?

Alami pengalaman penontonan baharu melalui kerjasama strategik antara viu dan ASTRO yang mampu membuka lebih luas pasaran dalam bidang penyiaran dengan pelbagai rancangan terbaik seluruh Asia.

ASTRO RAIKAN RAMADAN DENGAN SAJIAN PELBAGAI RANCANGAN DAN PROGRAM MENARIK

Sempena bulan Ramadan penuh keberkatan, Astro tampil meraikan Ramadan dengan pelbagai karya tontonan khususnya buat pelanggan Astro.

ANTARA MITOS DAN FANTASI. HARUM MALAM SETARAF FILEM SERAM HOLLYWOOD?

Bukan sahaja sebagai sebuah karya seram tempatan yang berbeza, namun Harum Malam wajar diakui sebagai sebuah filem Malaysia bertaraf antarabangsa.

KONSERT 25 TAHUN LAH AHMAD HABIS TERJUAL

Walaupun baru diumumkan dan tidak sampai 24 jam, tiket bagi menyaksikan konsert 25 Tahun Lah Ahmad habis terjual.

Khamis, 31 Mei 2012

'GELAP, KOTOR DAN JIJIK' - SEKSUAL DALAM JIWA TAIKO

Bermula dengan tajuk asal, 'Bara Jiwa', kemudian ditukar menjadi 'Jiwa Taiko', gara-gara insiden yang berlaku ke atas salah seorang pelakon lagak ngerinya, Raffie Hussin, Osman Ali kembali menggegarkan Sinema Malaysia menerusi 'Jiwa Taiko', sebuah karya penuh aksi yang mendebarkan. Filem yang diterbitkan Nuansa Films bersama Ismail Holding, akan menemui penonton tempatan seluruh Malaysia bermula 14 Jun 2012. Dibarisi Remy Ishak, Diana Danielle, Bront Palarae, Nadiya Nissa, Fizz Fairuz, Mislina Mustaffa, Siti Chubby, Soffi Jikan dan ramai lagi ini merupakan sebuah filem wajib tonton dan tidak mengecewakan.

Cerita dan Lakon Layar

'JIWA TAIKO' sebuah cerita yang agak simple, mudah difahami dan sarat dengan isu kemanusiaan yang berlatarbelakangkan kota metropolitan, Kuala Lumpur. Sisi gelap segelintir masyarakat digambarkan begitu 'jijik' dengan kerakusan hidup berpaksikan 'nafsu liar, gaya seks yang keterlaluan dan undang-undang negara diketepikan' ; menyaksikan tiada langsung elemen kepolisian digunakan dalam filem ini. Bayangkan aksi huru hara dalam monorail, adegan pukul memukul, rogol dan bunuh ; dibiarkan berleluasa sekaligus menafikan undang-undang dan keselamatan negara. Osman Ali mungkin mempunyai alasan kukuh, kenapa menidakkan imej polis dalam filem ini. Jika ada, mungkin nampak klise dan ia harus difahami oleh semua penonton bahawa JIWA TAIKO adalah cebisan kisah tentang dunia gelap, kotor dan jijik segelintir warganya. Jika terselit imej dan perwatakkan polis sebagai tunjang cerita, sedikit sebanyak menampakkan JIWA TAIKO sealiran filem Skop Production seperti Gerak Khas. Namun, tidak sama sekali.

Dari segi penceritaan dan lakon layar, JIWA TAIKO agak loose dari segi kandungan dan intipati watak dan perwatakannya. Persoalan tentang 'kenapa watak Firman (Remy Ishak) dipenjarakan dan ia keluar bertemu kembali rakan-rakannya - setelah undang-undang dicabuli?. Adakah ia hanya samseng? atau ketua TAIKO terbesar dan apa pula kaitan diri Firman dengan Pinto?. Pinto (Bront Palarae) diibaratkan pemusnah kepada isi cerita (penyebab kerosakan, kematian dan huru-hara). Kenapa Pinto menyintai Lara ( Nadiya Nissa) setelah kehormatan Lara dicabulinya? - sedangkan Lara amat membenci Pinto setelah Pinto merogolnya?. Persoalan-persoalan ini ditinggalkan begitu sahaja oleh Osman Ali dalam JIWA TAIKO ini, sekaligus menampakkan kerapuhan dari sudut penceritaan walaupun JIWA TAIKO menghidangkan perilaku seksual yang amat hebat dalam pembikinan babaknya.

Lakonan dan Seks

Lakonan para pelakon dalam JIWA TAIKO membuktikan keberkesanan visual yang dilayarkan kepada penonton dan mereka faham akan jalur cerita yang cuba disampaikan. Firman ditangan Remy Ishak agak biasa dan ia seperti karektor dalam Anak Halal, arahan Osman Ali juga. Lara diperhalusi oleh Nadiya Nissa (pelakon yang berbakat besar), Kak Pora ditangani pelakon berkaliber dalam semua wataknya, Mislina Mustaffa, Trisha -Diana Danielle ( menampakkan kematangan walaupun tumpuan lebih kepada keghairahan imej seks) dan Pinto ; antara watak yang diminati ramai penonton ( semasa Tayangan Preview filem ini pada 30 Mei 2012 di Cathay Damansara). Bayangkan Pinto yang jahat digeruni penonton, cuba menghairahkan segelintir dari mata hadirin dengan imej dan babak seks yang pastinya mengundang kontroversi dalam sinema tempatan.

Osman Ali antara pengarah filem yang berani memaparkan, mengetengahkan dan menjanakan imej dan babak seks kepada khalayak penonton. Bukak Api, Malaikat Di Jendela, Puaka Tebing Biru, Anak Halal, Cun dan Ombak Rindu, antara karya sentuhannya yang tidak lekang dibibir penonton filem apabila menghidangkan menu yang menimbulkan keghairahan sesetengah penonton. 'Jiwa Taiko', yang diluluskan tayangannya oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).. -Klasifikasi 18 tahun ke atas- ingat LPF tu bukan FINAS!. Banyak yang dok keliru tahap gaban.. menyaksikan banyak adegan seks antara Pinto-Lara, dan Firman-Trisya. Ketika ditemui media, Osman Ali berharap 'isu seksual dan adegan atas katil antara Bront Palarae dan Nadiya Nissa' tidak menjadi isu kerana JIWA TAIKO bukannya filem tentang seks tetapi ia tentang persahabatan antara watak Lara, Trisya, Firman, Pinto dan Freez. Percayalah, penonton filem yang gemar adegan melampau tanpa batasan, pasti akan menonton JIWA TAIKO kerana filem ini banyak memaparkan keseksian tubuh badan Bront Palarae di layar besar. Ingat jangan kerana adegan seks ini korang nak tonton, tengok juga plot cerita dan perkembangan wataknya.

Teknikal dan Format

Dibikin dalam format 16mm filem, JIWA TAIKO menampilkan kualiti gambar yang agak low, kabur, dan kotor. Penggunaan format filem seperti ini, kebanyakkannya digunakan oleh pembikin filem-filem pendek, termasuk aku ; ketika membikin naskhah COMOLOT yang menimbulkan kontroversi suatu ketika. 'Kabur, kotor dan jijik' adalah lambang kekuatan JIWA TAIKO, antara naskhah Osman Ali yang boleh diperkatakan antara 'naskhah berani Osman ketika ini'. Oleh sebab itulah, Osman memilih penggunaan film 16mm sebagai raw kepada kualiti gambar dan isi ceritanya. Kualiti seperti ini barangkali tidak digemari khususnya penonton tegar filem-filem cinta, komedi dan komersial, tetapi bagi mereka yang belajar tentang 'filem' pasti akan mengimbas kembali memori mereka ketika menggunakan format 16mm ini.

Justeru, JIWA TAIKO arahan Osman Ali akan menemui penonton tempatan seluruh Malaysia bermula 14 JUN 2012. Penonton filem dan peminat karya-karya Osman Ali, JIWA TAIKO pastinya akan menjadi milik anda dan tentunya ia bukan karya komersial yang lain. Bagi saya, ia tidak mengecewakan dan ia boleh ditonton berulang kali.


trailer ekslusif
'Genggam Bara Sampai Mati..' - JIWA TAIKO, 14 Jun 2012. Malaysia.

Rabu, 30 Mei 2012

ROBERT PATTINSON BERBOGEL DALAM 'COSMOPOLIS?'

Pelakon kacak kegilaan ramai wanita, Robert Pattinson membuat pengakuan ekslusif dalam satu sidang media bahawa beliau menolak adegan 'bogel' dalam filem terbaru lakonannya 'Cosmopolis'.

Filem yang telah ditayangkan di Festival Filem Cannes 2012 baru-baru ini menyaksikan banyak adegan seks dan ganas, merupakan sebuah karya yang diadaptasikan dari sebuah novel dengan tajuk yang sama tulisan Don DeLillo.

Ketika ditemui media antarabangsa di Cannes Film Festival 2012, Robert cuba tidak 'berbogel' dalam filem tersebut walaupun ada scene yang memerlukan dia bermesra dengan pelakon wanita Juliette Binoche.

Walaupun tindakannya mendapat bantahan daripada David Cronenbergh yang merupakan sutradara filem tersebut, tetapi akhirnya pendirian Robert diterima dan dihormati David sebelum penggambaran bermula.

'Cosmopolis' yang belum dipastikan tayangannya di pawagam Malaysia merupakan sebuah kisah tentang Eric Packer ( Robert Pattinson) seorang 'Finance Golden Boy'. Pelbagai konflik dan insiden terjadi sehingga menjerumuskan Eric ke dalam situasi yang agak genting di bandar New York.

trailer film

amy's said: menunggu 'Cosmopolis' masuk ke pawagam Malaysia..

Selasa, 29 Mei 2012

AZWAN ANNUAR DAN AHMAD IDHAM GEGARKAN 4 NEGARA DALAM GERIMIS MENGUNDANG!- DI BIOSKOP 31 MEI 2012

**Terus terang untuk dibicarakan bahawa tanpa naskhah tulisan AZWAN ANNUAR ini, GERIMIS MENGUNDANG pasti takkan dapat direalisasikan. Dilayarkan dalam bentuk sinema oleh sutradara kacak, AHMAD IDHAM, GERIMIS MENGUNDANG sebuah naskhah wajib tonton 31 MEI 2012**

Sebuah kisah cinta tragis, gabungan pelakon dari negara serumpun, iaitu KAMAL ADLI (MALAYSIA) juga OLIVIA LUBIS JENSEN (INDONESIA), bakal ditayangkan serentak di empat buah negara, iaitu MALAYSIA, INDONESIA, SINGAPURA dan BRUNEI bermula pada 31 MEI 2012.

(Filem GERIMIS MENGUNDANG ini mengisahkan kehidupan ZAMANI (KAMAL ADLI), seorang juruterbang helikopter yang selalu berada dipersimpangan dilema kehidupannya, apabila Zamani bertemu MIKHA (OLIVIA JENSEN), seorang gadis jelita sehingga berjaya menawan hatinya.) Namun, perjalanan kisah cinta mereka menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan, di dalam persoalan BENARKAH CINTA HINGGA KE PENGHUJUNGNYA, merupakan kisah cinta mereka.

Bagi OLIVIA LUBIS JENSEN, pengalaman terlibat dalam pengambaran Filem GERIMIS MENGUNDANG merupakan perkara yang tidak dapat dilupakannya. Katanya, " Pemandangan dan lokasi yang cukup indah, merupakan perkara yang tidak dapat saya lupakan, apabila terlibat dalam pengambaran ini, " tambahnya lagi, "

Selain itu, semua yang terlibat (tenaga kerja dan pengurusan) cukup akrab, sehinggakan saya amat merindui saat bersama mereka". Pemegang watak ZAMANI, KAMAL ADLI cukup teruja bila diminta memegang watak utama dalam filem GERIMIS MENGUNDANG ini berkata, "Sepanjang penglibatan dalam bidang perfileman, GERIMIS MENGUNDANG memberikan satu dimensi baru dalam watak yang pernah saya bawa. Watak sebagai seorang juruterbang helikopter, cukup memberikan cabaran dari segi persediaan, selain untuk merealisasikan watak itu di set penggambaran.

Pengarah, AHMAD IDHAM AHMAD NADZRI, pula berkata, “Filem GERIMIS MENGUNDANG mendefinasikan semula nilai persahabatan negara serumpun yang cukup erat dan rapat semenjak dulu, melalui bidang keseniaan terutamanya perfileman.” Disebabkan itu juga, saya cukup berbangga dapat mengarahkan dua bintang hebat, OLIVIA JENSEN dan KAMAL ADLI dalam sebuah filem serumpun, iaitu GERIMIS MENGUNDANG yang akan ditayangkan pada 31 MEI 2012 ini.

Perkara yang sama juga diakui oleh DATUK MD. AFENDI HJ HAMDAN, dari ERAMA CREATIVE, selaku penerbit filem GERIMIS MENGUNDANG. Jelas DATUK AFENDI, "Medium perfileman adalah satu cara paling mudah dalam menyatukan hati penonton, tanpa mengira sempadan geografi kerana filem ini adalah bahasa universal yang difahami oleh sesiapa sahaja. Hasilnya, kesepakatan dan perpaduan dapat dipupuk buat negara serumpun, seperti kita di nusantara".

Selain itu versi lagu GERIMIS MENGUNDANG juga diberi nafas baru untuk filem ini yang menggabungkan dua penyanyi serantau iaitu Brenda Anura dari Malaysia dan BUDI DOREMI daripada Indonesia.

SINOPSIS FILEM

Zamani seorang Juruterbang yang berkhidmat di Sabah Air, Kota Kinabalu telah bertemu dengan seorang gadis berasal dari Kota Jakarta, Mikha, yang juga anak kepada Pak Harjo, Wakil Kedutaan Besar Republik Indonesia di sini.

Pertemuan yang tidak sengaja dengan keadaan salah faham di antara Mikha dan Zamani, telah membibitkan rasa kasih sayang.

Pak Harjo telah tewas dalam kecelakaan ketika dalam perjalanan untuk lawatan kerja di Tamparuli, Sabah. Dengan kekosongan hati Mikha, dia akhirnya menerima Zamani sebagai penganti kekosongan itu. Namun, ianya tidak lama apabila Doni, tunangan Mikha sejak kecil, telah bertemu mereka di Kota Kinabalu. Pertemuan itu telah menyebabkan Zamani patah hati.

Apa yang terjadi kepada perhubungan Zamani dan Mikha? Bagaimana pula Doni yang telah menjadi tunangan sejak mereka kecil. Dan mampukah Mikha mendapatkan cintanya semula dari Zamani.

BENARKAH CINTA HINGGA KE PENGHUJUNGNYA?

Filem ini akan di tayangkan serentak 31 Mei 2012 di 4 buah negara, Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Filem ini dibintangi Kamal Adli, Olivia Jensen (pelakon Indonesia Filem Cinta 2 Hati bersama Afghan), turut dibintangi Felix Agus, Henny Yuliani, Denny Martin, Dhitra Marfie, Ag. Karim Kadir, Dg. Hasnah Ibrahim.


amy's said: Ulasan dan review 'Gerimis Mengundang', akan menyusul kemudian. Nantikan okay. Oh ya.. filem ini akan ditayangkan di seluruh Malaysia dan Indonesia pada 31 Mei 2012. Tonton di pawagam bukan di rumah anda. Nantikan ulasan dan review tentang filem ini ye..

Skrip filem ini ditulis oleh Azwan Annuar.

**Siaran Media ini dikuasakan oleh e-rama media**

Isnin, 28 Mei 2012

FRENCH FILM FESTIVAL 2012 HIMPUNKAN 7 FILEM TERBAIK..

**French Film Festival kini berlangsung di GSC bermula 24 Mei hingga 7 Jun 2012. **

Peminat sinema dunia khususnya pencinta filem yang meminati filem-filem Perancis, Alliance Francaise dengan kerjasama Kedutaan Perancis di Malaysia, kini menganjurkan Festival Filem Perancis 2012 (French Film Festival 2012).

Memilih Golden Screen Cinemas (GSC) sebagai platform untuk menayangkan 7 filem terbaik dalam sinema dunia, French Film Festival menyajikan pilihan terbaik buat penggemar filem yang berkualiti.

Ditayangkan dalam format Digital 2D dan 35MM bagi filem-filem terpilih, French Film Festival 2012 menghidangkan 7 karya filem terbaik antaranya, 'The Artist, Intouchables, Romantic Anonymous, Service Entrance, Father of My Children, Korkoro, dan A Cat in Paris'.

Bagi anda ingin menonton dan mendapatkan tiket bagi filem-filem ini, bolehlah mengunjungi pawagam GSC Pavillion, GSC Mid Valley, GSC 1 Utama dan GSC Gurney Plaza, Penang, atau boleh klik di sini.

THE ARTIST

THE INTOUCHABLES

ROMANTIC ANONYMOUS

SERVICE ENTRANCE

FATHER OF MY CHILDREN

KORKORO

A CAT IN PARIS

amy's said: semua filem yang ditayangkan memang hebat.. rugi korang tak tengok ooowh..

Ahad, 27 Mei 2012

'3 CERITA SATU FILEM - YOU BELIEVE IN GHOST? - by M. SUBASH

Peminat filem tempatan mesti terlepas pandang akan tajuk filem ini. Ditangani pengarah berkaliber menerusi naskhah 'Pensil' pada tahun 2008, 'You Believe In Ghost' arahan M.Subash Abdullah merupakan filem keempat yang diterbitkan M.Suurya ; rakan kongsi dan penerbit bersama. Menemui penonton tempatan seluruh Malaysia mulai 17 Mei 2012 ( masih ditayangkan), 'You Believe In Ghost', merupakan filem tempatan berbahasa Cina sepenuhnya.

Cerita

Merungkai tentang kepercayaan karut dan alam mistik, 'You Believe In Ghost', merupakan sebuah filem komedi seram yang mengandungi 3 cerita. Setiap cerita bergerak secara mendatar dan bercampur aduk antara satu sama lain. Ini adakalanya mengelirukan penonton dan mereka akan tertanya-tanya 'apa, kenapa, mengapa dan siapa?'. Elemen seperti ini banyak dilakukan dalam karya eksperimental khususnya dalam pembikinan filem pendek. M.Subash selaku pengarah, nyata banyak mewujudkan rasa dan imej seperti ini. Lihat sahajalah filem-filem arahannya sebelum ini, seperti Pensil, Jomlah C.I.U.M dan Syirik. Namun, setiap penonton yang ingin menonton filem-filem arahan M.Subash, perlu teliti menilai setiap babak dan shot yang dipersembahkan, kerana setiap karya filem sentuhannya amat berbeza dengan pengarah-pengarah filem yang lain.

Berbalik kepada unsur cerita dan plot, 'You Believe In Ghost', sebenarnya merungkai 3 cerita dalam satu filem. Cerita pertama mengenai 'kehilangan dan kerinduan seorang ibu terhadap anak lelakinya yang khabarnya hilang ; mungkin dibunuh atau disorokkan hantu'?. Si Ibu digambarkan asyik berjalan dan mencari di manakah anak lelakinya. Cerita Kedua memaparkan tentang 3 hantu yang muncul waktu siang yang menganggu seorang lelaki. Untuk menghalau hantu tersebut, lelaki tersebut terpaksa 'minum dan kencing' atas hantu-hantu tersebut!. Adakah ini satu sindiran tajam M.Subash dalam dunia politik misalnya?. Manakala Cerita Ketiga pula mengenai kasih sayang sebuah keluarga terhadap anaknya. Dalam cerita ini, si bapa asyik terbayangkan anak lelakinya pulang (anak lelaki sudah lama mati) dan hidup seperti manusia biasa, begitu juga ibunya yang amat merindui kisah silam mereka. Ketiga-tiga cerita ini dicantumkan sedikit demi sedikit dalam satu filem ; ia berpecah antara satu sama lain yang akhirnya mewujudkan rasa 'kerinduan, kasih sayang dan kepercayaan'. Filem ini agak simple iaitu tentang 'keluarga dan kepercayaan'.

Lakonan dan Sinematografi

Dari aspek lakonan, memang tidak usah dipertikaikan lagi. Barisan pelakon yang membintangi 'You Believe In Ghost', rata-ratanya terdiri dari mereka yang pernah terlibat dalam pembikinan filem dan drama tempatan berbahasa cina. M.Subash selaku sutradaranya bijak mewujudkan rasa dan feel filem ini. Elemen seram walaupun dilihat agak biasa tapi ada unsur komedi ( seram komedi genre filem ini) membuktikan karya terbaru M.Subash ini nyata berbeza dengan filem-filem yang pernah diarahkannya sebelum ini. Bayangkan pengarah bukan berbangsa cina mengarahkan filem berbahasa cina (mandarin) sepenuhnya. Syabas M.Subash anda sudah buktikan kebolehan anda dalam sinema Malaysia.

Penataan Cahaya, Sinematografi dan rakaman visual dalam 'You Believe In Ghost', sangat cantik dan tidak mengecewakan. Elemen low dark digunakan sepenuhnya dalam filem ini, sekaligus mewujudkan rasa seram, takut dan suram khususnya pada sesetengah babak. Ini juga dapat mengambarkan 'kematian pada karektor, watak dan perwatakkannya'. Cuma, apa yang merimaskan saya ialah penggunaan muzik pada babak 'kehilangan, sedih dan rindu'. Muzik yang dimainkan seolah-olah pernah didengar dalam filem-filem tempatan yang lain. Syamsul Yusof pun guna muzik skor nie.. ( muzik library). Tak percaya, sila amati penggunaan skor muzik dalam filem ini. Anda pasti tahu muzik yang mana sebab ia berulang kali. Maafkan saya. Saya lebih menyukai penggunaan muzik skor yang original atau di composed baru. Tetapi, kredit harus diberi pada M.Subash kerana filem ini langsung tidak mempunyai lagu tema yang komersial sepertimana filem-filem arus perdana yang lain. Great and super beb!.

Keseluruhan filem

Jika ditanya pada saya, apakah wajar dan perlu filem ini ditonton? Jawab saya, YES!!. Filem ini tidak mengecewakan. Peminat filem yang menggemari naskhah seperti Yasmin Ahmad, tentu akan menyukai filem ini kerana apa yang dipaparkan khususnya (garapan, plot cerita, lakon layar dan color of film) ada sedikit sebanyak dipengaruhi oleh pengarah lagenda itu. 'You Believe In Ghost', merungkai tentang kepercayaan anda terhadap hantu. Adakah anda percaya HANTU itu wujud dimuka bumi Allah s.w.t?. Nak tahu jawapan dan kisah dari apa yang diterjemahkan M.Subash.. jom kita serbu ke pawagam sekarang.. Jangan lupa tonton filem ini dipawagam...

hanya dipawagam.. bukan dirumah anda..
yang ada kat rumah adalah HANTU..
YOU BELIEVE IN GHOST ( ****) MESTI TONTON
a film by M.SUBASH ABDULLAH

trailer

amy's said: Wajib Tonton 2012 Bulan Mei..


Sabtu, 26 Mei 2012

'VIDEO KLIP ATAU FILEM? - AKU ADA KAU ADA.

Peminat genre muzikal ala-ala klip video pasti akan menyukai filem ini. Dibarisi Yana Shamsuddin, Shaheizy Sam, Kamal Adli, Angah Raja Lawak, Fendi Seman dan ramai lagi, 'Aku Ada Kau Ada', merupakan sebuah filem muzikal romantik komedi arahan Rahila Ali. Diterbitkan Pencil Pictures yang diedarkan oleh MiG Films, 'Aku Ada Kau Ada', menemui penonton tempatan seluruh Malaysia bermula 24 Mei 2012. - kini dipawagam.

Cerita

Mengambil pendekatan ala muzikal K-Pop dan antarabangsa, 'Aku Ada Kau Ada', merupakan sebuah kisah tentang cinta dan persahabatan antara Tina (Yana Shamsuddin), Nordin Ahmad ( Shaheizy Sam) dan Aziz Sattar (Kamal Adli). Pergolakan dan dendam antara Tina- Nordin semasa kecil mengundang tragedi berpanjangan, yang akhirnya mewujudkan satu ikatan dinamakan 'cinta'. Jika dilihat dari sudut penceritaannya, tiada apa yang menarik untuk diperkatakan menerusi 'Aku Ada Kau Ada'. Cuma, filem ini diiringi muzik ala-ala klip video pada sesetengah babak sehingga ia boleh dilabelkan sebagai 'Filem Klip Video'. Bukan mempersoalkan kredibiliti Rahila Ali selaku sutradaranya, namun filem ini wajar bercerita kepada khalayak secara mendalam, 'kenapa, apa dan mengapa' watak-watak yang dimainkan sinonim dengan Korea sebagai destinasi utama dalam aspek penceritaan.

Latar tempat dan Lakonan

Pemilihan Korea sebagai latar cerita dalam filem ini menampakkan 'Aku Ada Kau Ada' berbeza dengan filem-filem tempatan yang lain. Sekiranya jalan cerita filem ini ada kaitan dengan watak dan perwatakkannya, misalnya, 'Tina gadis Korea yang sombong, pernah dizalimi keluarga Nordin Ahmad - sebab itu Tina benci akan Nordin. Apabila Tina terpandang Nordin, perasaan bencinya meluap-luap sehingga dia tahu bahawa Nordin adalah pelajar Malaysia yang belajar di Korea', - Ini anggapan saya sahaja dan tiada kaitan dengan plot filem ini. Jika 'Aku Ada Kau Ada', hanya menggunakan Korea semata-mata 'ingin mencantikkan filem dan latar ceritanya, tanpa ada plot kuat yang membantu isi perjalanannya', ia suatu pembaziran, kerana filem ini tidak terganggu sedikitpun dengan elemen Korea dalam pembikinannya. Walhal di Malaysia, banyak lokasi menarik boleh digantikan dengan Korea. Maafkan saya.

Aspek lakonan dalam filem ini berjaya mempengaruhi mood penonton untuk terus duduk menghayati keseluruhan naskhahnya. Cuma ada part yang agak tipikal dan klise dalam pembikinannya. Namun, apa yang menarik dalam 'Aku Ada Kau Ada' adalah lagu-lagu yang menghiasi pada setiap babak dan scene. Kelunakan suara Yana menyampaikan lagu bertajuk 'Halus Berbisa' membuktikan bukan sekadar berlakon, menyanyi juga menjadi tarikan baru buat pelakon cantik, Yana Shamsuddin. Antara lagu lain yang turut dinyanyikan Yana bersama Kamal Adli, Shaheizy Sam dan beberapa pelakon lain ialah 'Begini Caranya, Baby Crazy, dan Mari Menari'.

Keseluruhan Filem

"Aku Ada Kau Ada', memang sebuah filem yang memiliki shot dan sinematografi yang agak cantik. Dalam banyak-banyak scene, aku lebih suka akan part video klip yang menampilkan Yana dan Shaheizy Sam. Pembikinannya seolah-olah anda menonton sebuah filem Korea ( ye lah dah shoot kat sana, mesti la ada elemen tue). Cuma, apa yang dapat aku simpulkan pada filem ini ialah ' Aku Ada Kau Ada, sebuah filem muzikal klip video' yang sweet, comel dan seksi.. Tak percaya? Pergi lah tengok sendiri ye.


Halus Berbisa by Yana
(my favourite song)

amy's said: Kalau anda peminat filem muzikal.. anda pasti suka filem ini. Kalau tak suka.. tak ape.. tak paksapun.. sabor je lah..

Jumaat, 25 Mei 2012

MUZIKAL SUDIRMAN DALAM HOORE HOORE


Cuba mengambil intipati dan teknik penceritaan sepertimana filem-filem muzikal luar negara seperti Glee dan High School Musical, 'Hoore Hoore', terbitan Real Films dan Astro Shaw merupakan naskhah sentuhan Saw Teong Hin yang cukup menghiburkan. Ditayangkan serentak seluruh Malaysia bermula 24 Mei 2012, Hoore Hoore bukanlah sebuah kisah tentang Allahyarham Sudirman Hj Arshad, tetapi ceritanya lebih menjurus kepada aspek kekeluargaan, impian dan kasih sayang menerusi watak seorang budak perempuan bertubuh gempal bernama Nurul Aiman, lakonan pelakon baru Farah Nazirah.

Cerita

Mengambil latar cerita di sebuah kolej yang di sesuaikan dengan persekitaran sebuah kampung, Hoore Hoore bergerak secara laju menjadi sebuah karya muzikal apabila filem ini dibuka dengan watak Johari (Akim) dan Aiman ( Farah) berdansa menyanyikan lagu Sudirman. Setiap babak seringkali menampilkan petikan lagu Sudirman yang dinyanyikan semula oleh setiap pelakon yang membintanginya. Walaupun agak pelik dan janggal, tetapi bagi saya ia agak menghiburkan dan ada ketika ia sangat menyentuh perasaan. Cuma, apa yang menjadi pelik apabila scene 'pemergian Ibu Aiman (lakonan Adibah Noor) dan bapa Aiman (lakonan Harun Salim Bachik) untuk menunaikan Umrah, ia dimasukkan lagu Sudirman (pelakon menyanyikannya). Bukankah ia sesuatu yang pelik dan janggal dalam pembikinan sesuatu babak dalam sesebuah filem?. Saya gemar sekiranya hanya dimasukkan instrumen muzik Sudirman sahaja, bukannya lagu yang dinyanyikan oleh para pelakonnya. Barangkali Saw Teong Hin, mahu menjadikan semua babak dalam Hoore Hoore sebagai sebuah karya muzikal 100%.



Lakonan

Hoore Hoore banyak menampilkan muka-muka baru dalam dunia lakonan. Kemunculan Akim (Bintang Akademi Fantasia) sebagai teraju utama filem ini, disamping Farah Nazirah yang memegang watak Nurul Aiman ; seorang budak perempuan bertubuh gempal, nyata tidak mengecewakan khalayak memandangkan sisi lakonan mereka begitu mencuit hati dan menyentuh perasaan. Cuma, apa yang menjadi persoalan saya ialah pada sesetengah babak dimunculkan watak Afi Yamin atau Afi Faris seorang lelaki lembut ( watak yang sangat cool dan menggeletek hati ; mewakili golongan 'adik-adik' diluar sana'). Perhatikan scene di mana Akim membuka baju dan dibelakangnya terdapat Afi - mengurutnya. Apakah ini satu simbolik pada hubungan rasa dan suka akan karektor Afi ( memegang watak Azadan) pada watak Johari lakonan Akim?. Sekiranya skrip filem ini yang ditulis oleh Shariman Wahap merungkai sisi gelap Akim dan Afi secara sinis, pasti ada sesuatu pada karya Hoore Hoore ini. Bukan mengatakan ia perlu, tetapi sebagai konflik rasa pada struktur act ke 3 dalam pembikinan sesebuah karya filem!. Namun beberapa pelakon senior seperti Adibah Noor, Fauziah Nawi, Shahronizam Noor, Harun Salim Bachik, dan Aznil Hj Nawawi banyak membantu keseluruhan filem ini - sebagai perisa yang menyedapkan rasa. Tidak lupa juga kemunculan pelakon berbibir seksi, Kilafairy yang memegang watak Rita, sangat signifikan dan sesuai dengan watak dan situasinya. Good job Hoore Hoore!.

Keseluruhan Filem

Hoore Hoore yang skripnya ditulis oleh Shariman Wahap (layak digelar lakon layar) dan diadaptasikan ke dalam wayang gambar oleh Saw Teong Hin, merupakan naskhah filem yang 'tidak mengecewakan, menghiburkan dan wajib ditonton oleh semua peminat wayang gambar di Malaysia'. Jika ingin dibandingkan dengan pesaingnya, 'Aku Ada Kau Ada', saya lebih tertarik dan menyukai Hoore Hoore kerana ia sebuah filem Muzikal Lagu Sudirman bukannya sebuah filem kisah Sudirman. - itu yang korang kena faham!. Justeru, karya Saw Teong Hin Kali ini sangat enjoy, best dan menghiburkan!.


Adakah anda sudah menontonnya?
Tonton dipawagam, bukan di rumah anda..
Jika menonton di pawagam layak digelar menonton FILEM. kalau menonton di rumah - layak digelar menonton CEREKARAMA!. Tak gitu.?.

Tepuk dada tanya selera.


amy's said: HOORE HOORE filem yang amy suka dan suggest untuk korang tengok! Peminat lagu-lagu Sudirman, pasti anda akan suka akan filem ini. Ingat ia bukan kisah Sudirman.. tetapi ia tentang lagu-lagu Sudirman!.. enjoy!!

Khamis, 24 Mei 2012

RAJA AZMI DAN RICHIE RACHMAN DI BILIK 7 MALAM INI

'Bakal menceritakan detik kecemasan ketika ditangkap berkhalwat dengan Roslin Hashim sehingga menimbulkan fitnah dan syak wasangka', penerbit filem dan Raja Kontroversi, Raja Azmi, tampil membuat pengakuan ekslusif dalam Bilik 7 malam ini.

Dihoskan Diva Karangkraf Malaysia, Richie Rachman, Bilik 7 malam ini ( 24 Mei 2012 pukul 9.00 malam) akan merungkai sisi kehidupan Raja Azmi dari pelbagai sudut. Penerbit filem kontroversi itu sememangnya sinonim dengan cerita penuh sensasi, panas dan mendebarkan.

Ketika ditemui baru-baru ini, Raja Azmi menyifatkan 'Bilik 7 antara program hiburan yang membuka peluang terbaik buat selebriti Malaysia untuk berkongsi cerita sebenar'. Antara paparan menarik yang akan diperkatakan Raja Azmi malam ini ialah mengenai 'ketidak telusan FFM 24 yang menobatkan Jurey Latif sebagai Pengarah Harapan sedangkan Jurey merupakan Presiden FFM 24'.

Bilik 7 yang diterbitkan Engku Azmin Engku Zaini merupakan program hiburan sensasi yang cuma menampilkan selebriti yang pernah mencetuskan kontroversi dan polimek dalam dunia hiburan dan filem tempatan.

Bagi anda yang ingin mengetahui cerita sebenar mengenai apa yang terjadi kepada selebriti pujaan anda, apa kata jangan lupa bersama Bilik 7 setiap Khamis 9.00 malam di NTV7. 'Sensasi, Kontroversi dan Panas' antara isu kegemaran rakyat Malaysia!. Tak percaya?. Tepuk dada Tanya Selera.

amy's said: Saksikan juga LIVE CHAT RAJA AZMI sempena program BILIK 7, dengan menekan gambar atas sekali isu ini.

Rabu, 23 Mei 2012

'BERSIH ATAU KOTOR?' - VIDEO EKSLUSIF

'Bersih atau Kotor?'.. Apa yang mereka cari?. Kata mereka, 'ia mahukan pilihanraya bersih dan adil!'. Kalau bersih, pastinya ia tidak akan menjadi seperti ini. Siapa yang mulakan dulu?. Apa yang mereka perjuangkan?. Mahu sebuah negara adil ,bersih dan bebas?. Anda mungkin tahu jawapannya

Jom kita saksikan apa yang terjadi dalam BERSIH 3.0 yang akan tercatat dalam buku Sejarah Malaysia.. seterusnya akan dikaji generasi akan datang. Jom..

MALAY CLIP BERSIH 3.0

ENGLISH CLIP BERSIH 3.0

amy's said: saya pencinta keamanan..

Selasa, 22 Mei 2012

GAY DAN LESBIAN JUGA CIPTAAN TUHAN : IRSHAD MANJI

Segmen : Isu Panas
by: admin

Penulis dan Aktivis Kontroversi, Irshad Manji ketika ditemui media menjelaskan bahawa 'golongan homoseksual termasuk gay dan lesbian tidak wajar di diskriminasikan dengan alasan mereka tidak normal sedangkan golongan itu juga manusia ciptaan tuhan'.

Pandangan tajam Irshad mengundang polimek dalam dunia politik di Malaysia apabila aktivis yang dikatakan menyokong aktiviti LGBT itu disifatkan manusia amat berbahaya dan boleh mengundang persepsi berbeza dari segi agama dan hak asasi manusia.

Sebelum ini, penulis wanita itu mencetuskan perbalahan dan pandangan tipikal beberapa masyarakat apabila melahirkan naskhah tulisannya menerusi buku 'Allah Liberty and Love' sehingga pihak Jakim mahu mengharamkan penerbitannya dengan alasan 'menghina agama islam'.

Ketika menjawab persoalan tentang kontroversi yang diciptanya, Irshad Manji menjelaskan bahawa 'beliau tidak akan memohon maaf kepada mana-mana pihak berhubung pelbagai isu yang timbul membabitkan dirinya kerana berbeza pendapat, tetapi yang berhak untuk dipohon ampun adalah Tuhan Yang Maha Esa'.

'Islam tidak menolak dan membenci golongan 'gay dan lesbian', kerana mereka juga manusia seperti kita, cuma yang membezakannya adalah nafsu yang mereka miliki', jelas Irshad Manji penuh serius.

Selain dari isu yang membabitkan elemen homoseks, Irshad Manji juga dilabelkan individu yang menyokong perkahwinan campur berlainan agama (tanpa menukar agama asal seseorang tersebut).

Mengulas perkara itu, Irshad mempunyai pendiriannya tersendiri iaitu 'perkahwinan sedemikian dapat menghentikan golongan muda islam ( yang berkahwin dengan bukan islam) meninggalkan agama islam semata-mata kerana cinta'.

Pandangan Irshad dikira menyimpang dari landasan islam di Malaysia dan pihak Jakim wajar menangani isu yang boleh memudaratkan kefahaman masyarakat tentang islam dan cara hidup yang dipratikkan masyarakat sepenuhnya.

Video

amy's said: Menunggu ulasan dan pandangan Jakim berkenaan isu Irshad Manji ini..

Isnin, 21 Mei 2012

PERKAHWINAN POPULAR : SELEBRITI MALAYSIA vs JUTAWAN FACEBOOK

Jika di Malaysia, terutamanya di dalam industri hiburan dan filem tempatan, perkahwinan di anggap suatu yang agak popular dan sensasi. Selebriti Malaysia yang berkahwin tentunya mahu berkongsi cerita, majlis dan gambar perkahwinan mereka khususnya buat tatapan peminat setia tidak kira di mana mereka berada.

Perkahwinan yang bernilai jutaan ringgit seringkali menjadi idaman setiap manusia, tidak mengira status kedudukan, agama dan warna kulit. Ia seolah-olah menjadi suatu acara popular yang wajib dihebahkan demi mendapat satu azimat yang digelar populariti.

Jutawan dan pengasas utama Facebook, Mark Zukerbergh dilihat mengadakan majlis perkahwinan yang agak simple bersama pasangannya Priscilla Chan, walaupun saham facebook bernilai berbillion ringgit. Majlis yang disifatkan agak peribadi itu merupakan resepsi perkahwinan gemilang ; mendapat perhatian masyarakat di seluruh dunia.

Jika dibandingkan dengan perkahwinan popular khususnya bagi jutawan dan selebriti tempatan, 'mereka cenderung untuk melakukan suatu yang hebat dan mendapat perhatian sekaligus dilabelkan sebagai satu pembaziran'.
Allah s.w.t berfirman dalam Al-Qur'an bermaksud, '“Sesungguhnya orang-orang yang boros itulah saudara syaitan. Dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.” lni bermakna, pembaziran dalam sesuatu perkara atau perbuatan mestilah dielakkan kerana 'pembaziran mengundang kecelakaan dan musibah yang tiada penghujungnya'.

Justeru, apa yang pasti, sebagai manusia tentunya kita mahukan satu yang hebat dan diingati sampai bila-bila, tetapi tidak semestinya kita boleh membazir dan menunjuk-nunjuk kemewahan kita, walaupun ada yang mengandaikan 'majlis aku, aku punya sukalahh.. kau apa tahu'.


Tepuk dada Tanya selera..
wallahuallam.

Ahad, 20 Mei 2012

AKSI PANAS 'HANEZ SURAYA' DAN 'RANDY PANGALILA' BAKAL DIPERTONTONKAN!


oleh Admin

Berita yang kami akan paparkan hari ini cukup panas dan sensasi. Ia bukan cerita sebarangan, tetapi ia rakaman penuh kontroversi yang bakal dipertontonkan dan tentunya menemui jutaan penonton seluruh Malaysia, tidak lama lagi.

Randy Pangalila, bintang sinentron popular Indonesia yang digilai ramai peminat seluruh Malaysia khabarnya telah melakukan aksi 'agak mesra' dengan seorang pelakon wanita baru, Hanez Suraya. Peminat dunia hiburan dan filem tempatan mungkin tertanya-tanya siapakah Hanez Suraya?. Jom kita selidiki siapakah artis wanita ini.

Filem Bicara Hati yang dihasilkan pada tahun 2004 diarahkan Datin Hajah Rosnani Jamil lakonan Fazura, merupakan detik permulaan kerjaya Hanez Suraya sebagai anak seni. Kemudian, kariernya berkembang dalam dunia drama dan telemovie, antaranya Bunga April, Ariana Mikhail, Suri (akan datang) dan Dalam Hati Ada Taman (akan datang).

Kemesraan antara Randy Pangalila dan Hanez Suraya tidak perlu dipertikaikan lagi. Pelbagai aksi panas dan kontroversi antara mereka berdua kini menjadi perbualan panas dan bakal diupload masuk trailernya tidak lama lagi.
Pelakon wanita yang seringkali memegang watak Jahat dalam drama dan telemovie tempatan ini tentunya akan menjadi perbualan panas penonton dan peminat drama di Malaysia, apabila aksinya mencium Randy Pangalila akan ditayangkan tidak lama lagi.

Aksi kemesraan Hanez Suraya dan Randy Pangalila sebenarnya adalah rakaman dalam sebuah drama bersiri bertajuk 'Dalam Hati Ada Taman'. Peminat bintang sinentron itu, diharapkan tidak terkejut kerana kemesraan mereka adalah lakonan semata-mata.

'Dalam Hati Ada Taman' yang kini menjalani penggambaran di Malaysia dan Paris merupakan drama bersiri 13 episod arahan Michael Ang. Drama yang bakal menemui penonton Malaysia tidak lama lagi juga menampilkan Elfira Loy sebagai bintang sensasi.

Ketika ditemui media, Hanez Suraya berharap agar aksi cium antara dirinya dengan Randy Pangalila tidak menjadi satu isu yang akan diperbesar-besarkan, kerana ia dibuat menggunakan teknik lakonan dan gerak kerja kamera. Hanez berharap agar peminat Randy tidak memarahinya kerana babak tersebut. Tambahnya lagi ia dibuat untuk memenuhi watak dan tuntutan skrip.

amy's said: Nantikan berita menarik dan terkini mengenai drama 'DALAM HATI ADA TAMAN' akan datang.

Sabtu, 19 Mei 2012

IRSHAD MANJI MENGHINA ISLAM?




Mungkin dikalangan anda tertanya-tanya, siapakah Irshad Manji yang kini menjadi antara topik terhangat diperkatakan!. Irshad Manji, penulis kelahiran dari Kanada yang mencetuskan kontroversi dengan pelbagai isu termasuk LGBT dan seks songsang.

Terkini, sebuah buku hasil nukilan Irshad Manji bertajuk 'Allah Liberty and Love' yang diterjemahkan ke dalam bahasa melayu iaitu 'Allah Kebebasan dan Cinta', mengundang kontroversi apabila pihak Jakim melabelkan buku tersebut sebagai menghina islam.

'Allah Liberty and Love' yang diterbitkan oleh ZI Publication mungkin akan diharamkan penerbitannya kerana keseluruhan kandungan yang terdapat dalam buku tersebut diragui kesahihan fakta dan isi ceritanya.

Menurut Datuk Othman Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dalam satu kenyataan akhbar berkata 'pihak Jakim akan meneliti dahulu kandungan buku tersebut sebelum memohon Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengharamkannya.

Pengharaman tersebut menjadi perbualan panas segelintir masyarakat apabila terdapat desakan dari pihak tertentu yang mahukan buku tulisan Irshad Manji itu diharamkan dari berada di pasaran tempatan.

Irshad Manji yang sebelum ini ditemui media semasa perlancaran 'Allah Kebebasan dan Cinta' Versi Bahasa Melayu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur, menyifatkan 'larangan pengharaman buku tersebut perlu dari KDN bukannya Jakim', sekaligus membuktikan hasil karyanya tidak menyimpang dari landasan yang sepatutnya.
Akibat dari kontroversi dan isu yang di politikkan, aktiviti berkaitan dan membabitkan Irshad Manji di Monash University dan Borders The Garden, Kuala Lumpur dibatalkan dengan alasan keselamatan. Sebelum ini, buku bertajuk The Trouble With Islam Today : A Muslim's Call For Reform In Her Faith diharamkan di Malaysia selepas 8 tahun berada di pasaran tempatan.

amy's said: komen saya tentang buku nie?. no komen!. sebab saya belum membaca buku ini. Insya allah akan saya cari buku ini sebelum ia diharamkan!. sabor je lah.

Jumaat, 18 Mei 2012

KONSERT LADY GAGA DI INDONESIA DAN FILIPINA DI BATALKAN?

Bintang Antarabangsa yang menjadi kegilaan ramai peminat di seluruh negara, Lady Gaga atau nama sebenarnya Stefani Joanne Angelina Germanotta, yang merancang untuk mengadakan konsert jelajahnya ke seluruh negara termasuk Filipina dan Indonesia, dibatalkan kerajaan Filipina dan Indonesia dengan alasan mencemar budaya.

Konsert yang sepatutnya diadakan minggu hadapan di Filipina dan Jakarta, Indonesia pada 3 Jun 2012 ditarik balik permit konsertnya. Menurut jurucakap polis Indonesia, Saud Usman Nasution
dalam satu kenyataan akhbar berkata ' kami tidak akan mengeluarkan permit untuk konsert Lady Gaga di Jakarta dan ia akan dibatalkan'.



Pembatalan konsert tersebut yang dicadangkan akan diadakan di Stadium Bung Karno, Jakarta, Indonesia membuktikan kerajaan Indonesia begitu komited dalam menapis sebarang persembahan luar negara agar tidak bertentangan dengan hukum syarak dan undang-undang negara.

Sementara di Filipina pula, Biblemode Youth Philipines, yang diketuai Ben Abante iaitu sebuah organisasi remaja Filipina menentang keras penganjuran konsert Lady Gaga di Filipina kerana penyanyi pop itu dikatakan menghina Nabi Isa a.s menerusi lagu Judas yang dihasilkan pada tahun 2011 melalui album Born This Way.

Menurut Ben Abante dalam satu kenyataan tunjuk perasaan, mengatakan 'sekiranya konsert Lady Gaga diteruskan di Manila, Filipina dan penyanyi itu menyanyikan lagu Judas, mereka akan mengambil tindakan undang-undang kerana Judas menghina Nabi Isa a.s menerusi liriknya'.

'Penyanyi wanita kontroversi itu boleh didenda jika melanggar tatasusila agama dan bangsa di Manila, sekiranya Lady Gaga berhasrat meneruskan konsert jelajahnya itu', tegas Jose Atienza, Datuk Bandar Manila ketika satu sidang akhbar dibuat baru-baru ini.

'Judas' by Lady Gaga



'Lady Gaga' yang dianggap berkelakuan pelik, lucah, seksi dan kontroversi masih tetap mahu meneruskan konsert Jelajahnya. Pihak kami cuba mendapatkan info terkini dan menarik. Nantikan berita selanjutnya selepas ini.

amy's said: kami menunggu respond dari peminat tegar Lady Gaga di Malaysia, Reko Hafiq berhubung pembatalan konsert Lady Gaga di Indonesia memandangkan Reko telah membeli tiket ini.. sabor jer lah