Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Khamis, 31 Mei 2012

'GELAP, KOTOR DAN JIJIK' - SEKSUAL DALAM JIWA TAIKO

Bermula dengan tajuk asal, 'Bara Jiwa', kemudian ditukar menjadi 'Jiwa Taiko', gara-gara insiden yang berlaku ke atas salah seorang pelakon lagak ngerinya, Raffie Hussin, Osman Ali kembali menggegarkan Sinema Malaysia menerusi 'Jiwa Taiko', sebuah karya penuh aksi yang mendebarkan. Filem yang diterbitkan Nuansa Films bersama Ismail Holding, akan menemui penonton tempatan seluruh Malaysia bermula 14 Jun 2012. Dibarisi Remy Ishak, Diana Danielle, Bront Palarae, Nadiya Nissa, Fizz Fairuz, Mislina Mustaffa, Siti Chubby, Soffi Jikan dan ramai lagi ini merupakan sebuah filem wajib tonton dan tidak mengecewakan.

Cerita dan Lakon Layar

'JIWA TAIKO' sebuah cerita yang agak simple, mudah difahami dan sarat dengan isu kemanusiaan yang berlatarbelakangkan kota metropolitan, Kuala Lumpur. Sisi gelap segelintir masyarakat digambarkan begitu 'jijik' dengan kerakusan hidup berpaksikan 'nafsu liar, gaya seks yang keterlaluan dan undang-undang negara diketepikan' ; menyaksikan tiada langsung elemen kepolisian digunakan dalam filem ini. Bayangkan aksi huru hara dalam monorail, adegan pukul memukul, rogol dan bunuh ; dibiarkan berleluasa sekaligus menafikan undang-undang dan keselamatan negara. Osman Ali mungkin mempunyai alasan kukuh, kenapa menidakkan imej polis dalam filem ini. Jika ada, mungkin nampak klise dan ia harus difahami oleh semua penonton bahawa JIWA TAIKO adalah cebisan kisah tentang dunia gelap, kotor dan jijik segelintir warganya. Jika terselit imej dan perwatakkan polis sebagai tunjang cerita, sedikit sebanyak menampakkan JIWA TAIKO sealiran filem Skop Production seperti Gerak Khas. Namun, tidak sama sekali.

Dari segi penceritaan dan lakon layar, JIWA TAIKO agak loose dari segi kandungan dan intipati watak dan perwatakannya. Persoalan tentang 'kenapa watak Firman (Remy Ishak) dipenjarakan dan ia keluar bertemu kembali rakan-rakannya - setelah undang-undang dicabuli?. Adakah ia hanya samseng? atau ketua TAIKO terbesar dan apa pula kaitan diri Firman dengan Pinto?. Pinto (Bront Palarae) diibaratkan pemusnah kepada isi cerita (penyebab kerosakan, kematian dan huru-hara). Kenapa Pinto menyintai Lara ( Nadiya Nissa) setelah kehormatan Lara dicabulinya? - sedangkan Lara amat membenci Pinto setelah Pinto merogolnya?. Persoalan-persoalan ini ditinggalkan begitu sahaja oleh Osman Ali dalam JIWA TAIKO ini, sekaligus menampakkan kerapuhan dari sudut penceritaan walaupun JIWA TAIKO menghidangkan perilaku seksual yang amat hebat dalam pembikinan babaknya.

Lakonan dan Seks

Lakonan para pelakon dalam JIWA TAIKO membuktikan keberkesanan visual yang dilayarkan kepada penonton dan mereka faham akan jalur cerita yang cuba disampaikan. Firman ditangan Remy Ishak agak biasa dan ia seperti karektor dalam Anak Halal, arahan Osman Ali juga. Lara diperhalusi oleh Nadiya Nissa (pelakon yang berbakat besar), Kak Pora ditangani pelakon berkaliber dalam semua wataknya, Mislina Mustaffa, Trisha -Diana Danielle ( menampakkan kematangan walaupun tumpuan lebih kepada keghairahan imej seks) dan Pinto ; antara watak yang diminati ramai penonton ( semasa Tayangan Preview filem ini pada 30 Mei 2012 di Cathay Damansara). Bayangkan Pinto yang jahat digeruni penonton, cuba menghairahkan segelintir dari mata hadirin dengan imej dan babak seks yang pastinya mengundang kontroversi dalam sinema tempatan.

Osman Ali antara pengarah filem yang berani memaparkan, mengetengahkan dan menjanakan imej dan babak seks kepada khalayak penonton. Bukak Api, Malaikat Di Jendela, Puaka Tebing Biru, Anak Halal, Cun dan Ombak Rindu, antara karya sentuhannya yang tidak lekang dibibir penonton filem apabila menghidangkan menu yang menimbulkan keghairahan sesetengah penonton. 'Jiwa Taiko', yang diluluskan tayangannya oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).. -Klasifikasi 18 tahun ke atas- ingat LPF tu bukan FINAS!. Banyak yang dok keliru tahap gaban.. menyaksikan banyak adegan seks antara Pinto-Lara, dan Firman-Trisya. Ketika ditemui media, Osman Ali berharap 'isu seksual dan adegan atas katil antara Bront Palarae dan Nadiya Nissa' tidak menjadi isu kerana JIWA TAIKO bukannya filem tentang seks tetapi ia tentang persahabatan antara watak Lara, Trisya, Firman, Pinto dan Freez. Percayalah, penonton filem yang gemar adegan melampau tanpa batasan, pasti akan menonton JIWA TAIKO kerana filem ini banyak memaparkan keseksian tubuh badan Bront Palarae di layar besar. Ingat jangan kerana adegan seks ini korang nak tonton, tengok juga plot cerita dan perkembangan wataknya.

Teknikal dan Format

Dibikin dalam format 16mm filem, JIWA TAIKO menampilkan kualiti gambar yang agak low, kabur, dan kotor. Penggunaan format filem seperti ini, kebanyakkannya digunakan oleh pembikin filem-filem pendek, termasuk aku ; ketika membikin naskhah COMOLOT yang menimbulkan kontroversi suatu ketika. 'Kabur, kotor dan jijik' adalah lambang kekuatan JIWA TAIKO, antara naskhah Osman Ali yang boleh diperkatakan antara 'naskhah berani Osman ketika ini'. Oleh sebab itulah, Osman memilih penggunaan film 16mm sebagai raw kepada kualiti gambar dan isi ceritanya. Kualiti seperti ini barangkali tidak digemari khususnya penonton tegar filem-filem cinta, komedi dan komersial, tetapi bagi mereka yang belajar tentang 'filem' pasti akan mengimbas kembali memori mereka ketika menggunakan format 16mm ini.

Justeru, JIWA TAIKO arahan Osman Ali akan menemui penonton tempatan seluruh Malaysia bermula 14 JUN 2012. Penonton filem dan peminat karya-karya Osman Ali, JIWA TAIKO pastinya akan menjadi milik anda dan tentunya ia bukan karya komersial yang lain. Bagi saya, ia tidak mengecewakan dan ia boleh ditonton berulang kali.


trailer ekslusif
'Genggam Bara Sampai Mati..' - JIWA TAIKO, 14 Jun 2012. Malaysia.

0 comments :