Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Sabtu, 19 Mei 2012

IRSHAD MANJI MENGHINA ISLAM?




Mungkin dikalangan anda tertanya-tanya, siapakah Irshad Manji yang kini menjadi antara topik terhangat diperkatakan!. Irshad Manji, penulis kelahiran dari Kanada yang mencetuskan kontroversi dengan pelbagai isu termasuk LGBT dan seks songsang.

Terkini, sebuah buku hasil nukilan Irshad Manji bertajuk 'Allah Liberty and Love' yang diterjemahkan ke dalam bahasa melayu iaitu 'Allah Kebebasan dan Cinta', mengundang kontroversi apabila pihak Jakim melabelkan buku tersebut sebagai menghina islam.

'Allah Liberty and Love' yang diterbitkan oleh ZI Publication mungkin akan diharamkan penerbitannya kerana keseluruhan kandungan yang terdapat dalam buku tersebut diragui kesahihan fakta dan isi ceritanya.

Menurut Datuk Othman Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dalam satu kenyataan akhbar berkata 'pihak Jakim akan meneliti dahulu kandungan buku tersebut sebelum memohon Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengharamkannya.

Pengharaman tersebut menjadi perbualan panas segelintir masyarakat apabila terdapat desakan dari pihak tertentu yang mahukan buku tulisan Irshad Manji itu diharamkan dari berada di pasaran tempatan.

Irshad Manji yang sebelum ini ditemui media semasa perlancaran 'Allah Kebebasan dan Cinta' Versi Bahasa Melayu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur, menyifatkan 'larangan pengharaman buku tersebut perlu dari KDN bukannya Jakim', sekaligus membuktikan hasil karyanya tidak menyimpang dari landasan yang sepatutnya.
Akibat dari kontroversi dan isu yang di politikkan, aktiviti berkaitan dan membabitkan Irshad Manji di Monash University dan Borders The Garden, Kuala Lumpur dibatalkan dengan alasan keselamatan. Sebelum ini, buku bertajuk The Trouble With Islam Today : A Muslim's Call For Reform In Her Faith diharamkan di Malaysia selepas 8 tahun berada di pasaran tempatan.

amy's said: komen saya tentang buku nie?. no komen!. sebab saya belum membaca buku ini. Insya allah akan saya cari buku ini sebelum ia diharamkan!. sabor je lah.

0 comments :