Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Khamis, 17 Mei 2012

'MUSTIKA HD' SALURAN HD TERBARU ASTRO MULAI 21 MEI 2012

Berita baik buat anda pelanggan setia ASTRO melalui pakej ASTRO BEYOND HD. Mulai 21 Mei 2012 ASTRO menambah satu lagi saluran khusus buat penonton rangkaian Mustika, di mana saluran tersebut akan beroperasi dalam bentuk HD sepenuhnya. MUSTIKA HD akan menemui pelanggan BEYOND HD di saluran 134 secara percuma ( hanya untuk pelanggan Pakej Mustika sahaja). Saluran tersebut akan dipertontonkan secara percuma mulai 21 Mei hingga 31 Julai 2012. Selepas itu, pelanggan Astro yang ingin mendapatkan Mustika HD, perlu melanggan pakej Mustika tersebut.

Menurut Nizam Sani, Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro dalam satu kenyataan akhbar berkata ' Astro akan menyajikan rangkaian perkhidmatan berdefinisi tinggi sepenuhnya melalui saluran premium ini dengan program terbaik tanpa tandingan yang akan ditayangkan dalam format full HD. Program yang disajikan termasuk dokumentari, konsert, program realiti, drama, telenovela, filem dan telefilem dengan mensasarkan penonton melayu selama 24 jam siaran tanpa henti.

Menariknya, semua kandungan siaran akan disertai Sarikata bagi program luar negara, kecuali bagi kandungan tempatan yang mengekalkan Bahasa Malaysia sebagai isi cerita. Masterchef Selebriti, Super Spontan, Imam Muda, Pasion Morena dan sebagainya akan dipersembahkan dalam bentuk HD khusus buat pelanggan Mustika HD di Astro Beyond HD.

Perlancaran MUSTIKA HD melalui pakej Mustika Beyond HD, melengkapkan lagi kandungan HD Astro, antaranya Fox Movies Premium HD, HBO HD, Sundance Channel HD, AXN HD, AXN Beyond HD, FX HD, KIX HD, Star World HD, One HD, Celestial Movies HD, Astro Zhi Zun HD, Life Inspired HD, Food Network Asia HD, Astro Supersport HD, Astro Supersport HD 2, EXPN HD, National Geographic HD, History Channel HD dan Discovery HD, juga Astro First HD bagi filem-filem terpilih.

Bagi anda yang berminat untuk melanggan Mustika HD atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan, sila klik 1 dan 2 atau boleh menghubungi Talian Astro di 1300 82 3838

0 comments :