Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Jumaat, 25 Mei 2012

MUZIKAL SUDIRMAN DALAM HOORE HOORE


Cuba mengambil intipati dan teknik penceritaan sepertimana filem-filem muzikal luar negara seperti Glee dan High School Musical, 'Hoore Hoore', terbitan Real Films dan Astro Shaw merupakan naskhah sentuhan Saw Teong Hin yang cukup menghiburkan. Ditayangkan serentak seluruh Malaysia bermula 24 Mei 2012, Hoore Hoore bukanlah sebuah kisah tentang Allahyarham Sudirman Hj Arshad, tetapi ceritanya lebih menjurus kepada aspek kekeluargaan, impian dan kasih sayang menerusi watak seorang budak perempuan bertubuh gempal bernama Nurul Aiman, lakonan pelakon baru Farah Nazirah.

Cerita

Mengambil latar cerita di sebuah kolej yang di sesuaikan dengan persekitaran sebuah kampung, Hoore Hoore bergerak secara laju menjadi sebuah karya muzikal apabila filem ini dibuka dengan watak Johari (Akim) dan Aiman ( Farah) berdansa menyanyikan lagu Sudirman. Setiap babak seringkali menampilkan petikan lagu Sudirman yang dinyanyikan semula oleh setiap pelakon yang membintanginya. Walaupun agak pelik dan janggal, tetapi bagi saya ia agak menghiburkan dan ada ketika ia sangat menyentuh perasaan. Cuma, apa yang menjadi pelik apabila scene 'pemergian Ibu Aiman (lakonan Adibah Noor) dan bapa Aiman (lakonan Harun Salim Bachik) untuk menunaikan Umrah, ia dimasukkan lagu Sudirman (pelakon menyanyikannya). Bukankah ia sesuatu yang pelik dan janggal dalam pembikinan sesuatu babak dalam sesebuah filem?. Saya gemar sekiranya hanya dimasukkan instrumen muzik Sudirman sahaja, bukannya lagu yang dinyanyikan oleh para pelakonnya. Barangkali Saw Teong Hin, mahu menjadikan semua babak dalam Hoore Hoore sebagai sebuah karya muzikal 100%.



Lakonan

Hoore Hoore banyak menampilkan muka-muka baru dalam dunia lakonan. Kemunculan Akim (Bintang Akademi Fantasia) sebagai teraju utama filem ini, disamping Farah Nazirah yang memegang watak Nurul Aiman ; seorang budak perempuan bertubuh gempal, nyata tidak mengecewakan khalayak memandangkan sisi lakonan mereka begitu mencuit hati dan menyentuh perasaan. Cuma, apa yang menjadi persoalan saya ialah pada sesetengah babak dimunculkan watak Afi Yamin atau Afi Faris seorang lelaki lembut ( watak yang sangat cool dan menggeletek hati ; mewakili golongan 'adik-adik' diluar sana'). Perhatikan scene di mana Akim membuka baju dan dibelakangnya terdapat Afi - mengurutnya. Apakah ini satu simbolik pada hubungan rasa dan suka akan karektor Afi ( memegang watak Azadan) pada watak Johari lakonan Akim?. Sekiranya skrip filem ini yang ditulis oleh Shariman Wahap merungkai sisi gelap Akim dan Afi secara sinis, pasti ada sesuatu pada karya Hoore Hoore ini. Bukan mengatakan ia perlu, tetapi sebagai konflik rasa pada struktur act ke 3 dalam pembikinan sesebuah karya filem!. Namun beberapa pelakon senior seperti Adibah Noor, Fauziah Nawi, Shahronizam Noor, Harun Salim Bachik, dan Aznil Hj Nawawi banyak membantu keseluruhan filem ini - sebagai perisa yang menyedapkan rasa. Tidak lupa juga kemunculan pelakon berbibir seksi, Kilafairy yang memegang watak Rita, sangat signifikan dan sesuai dengan watak dan situasinya. Good job Hoore Hoore!.

Keseluruhan Filem

Hoore Hoore yang skripnya ditulis oleh Shariman Wahap (layak digelar lakon layar) dan diadaptasikan ke dalam wayang gambar oleh Saw Teong Hin, merupakan naskhah filem yang 'tidak mengecewakan, menghiburkan dan wajib ditonton oleh semua peminat wayang gambar di Malaysia'. Jika ingin dibandingkan dengan pesaingnya, 'Aku Ada Kau Ada', saya lebih tertarik dan menyukai Hoore Hoore kerana ia sebuah filem Muzikal Lagu Sudirman bukannya sebuah filem kisah Sudirman. - itu yang korang kena faham!. Justeru, karya Saw Teong Hin Kali ini sangat enjoy, best dan menghiburkan!.


Adakah anda sudah menontonnya?
Tonton dipawagam, bukan di rumah anda..
Jika menonton di pawagam layak digelar menonton FILEM. kalau menonton di rumah - layak digelar menonton CEREKARAMA!. Tak gitu.?.

Tepuk dada tanya selera.


amy's said: HOORE HOORE filem yang amy suka dan suggest untuk korang tengok! Peminat lagu-lagu Sudirman, pasti anda akan suka akan filem ini. Ingat ia bukan kisah Sudirman.. tetapi ia tentang lagu-lagu Sudirman!.. enjoy!!

1 comments :

nak p tengok rini hujan lak.huhu sedih....mcm best ja