Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Isnin, 21 Mei 2012

PERKAHWINAN POPULAR : SELEBRITI MALAYSIA vs JUTAWAN FACEBOOK

Jika di Malaysia, terutamanya di dalam industri hiburan dan filem tempatan, perkahwinan di anggap suatu yang agak popular dan sensasi. Selebriti Malaysia yang berkahwin tentunya mahu berkongsi cerita, majlis dan gambar perkahwinan mereka khususnya buat tatapan peminat setia tidak kira di mana mereka berada.

Perkahwinan yang bernilai jutaan ringgit seringkali menjadi idaman setiap manusia, tidak mengira status kedudukan, agama dan warna kulit. Ia seolah-olah menjadi suatu acara popular yang wajib dihebahkan demi mendapat satu azimat yang digelar populariti.

Jutawan dan pengasas utama Facebook, Mark Zukerbergh dilihat mengadakan majlis perkahwinan yang agak simple bersama pasangannya Priscilla Chan, walaupun saham facebook bernilai berbillion ringgit. Majlis yang disifatkan agak peribadi itu merupakan resepsi perkahwinan gemilang ; mendapat perhatian masyarakat di seluruh dunia.

Jika dibandingkan dengan perkahwinan popular khususnya bagi jutawan dan selebriti tempatan, 'mereka cenderung untuk melakukan suatu yang hebat dan mendapat perhatian sekaligus dilabelkan sebagai satu pembaziran'.
Allah s.w.t berfirman dalam Al-Qur'an bermaksud, '“Sesungguhnya orang-orang yang boros itulah saudara syaitan. Dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.” lni bermakna, pembaziran dalam sesuatu perkara atau perbuatan mestilah dielakkan kerana 'pembaziran mengundang kecelakaan dan musibah yang tiada penghujungnya'.

Justeru, apa yang pasti, sebagai manusia tentunya kita mahukan satu yang hebat dan diingati sampai bila-bila, tetapi tidak semestinya kita boleh membazir dan menunjuk-nunjuk kemewahan kita, walaupun ada yang mengandaikan 'majlis aku, aku punya sukalahh.. kau apa tahu'.


Tepuk dada Tanya selera..
wallahuallam.

0 comments :