Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


BELAGU BUKTI KEMAMPUAN SENI DAYANG

Persembahan Dayang diiringi Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) membuktikan kemampuan Dayang membawakan seleksi lagu klasik melayu tampak elegan dan mewah.

NABIL AHMAD, DOUGLAS LIM, DR J.RAM TAMPIL DALAM FAMILY FUED MALAYSIA BERMULA 27 MAC INI

Alami pengalaman penontonan baharu melalui Family Feud Malaysia di Astro yang diadaptasikan dari sebuah program tv terkenal luar negara.

ASTRO RAIKAN RAMADAN DENGAN SAJIAN PELBAGAI RANCANGAN DAN PROGRAM MENARIK

Sempena bulan Ramadan penuh keberkatan, Astro tampil meraikan Ramadan dengan pelbagai karya tontonan khususnya buat pelanggan Astro.

ANTARA MITOS DAN FANTASI. HARUM MALAM SETARAF FILEM SERAM HOLLYWOOD?

Bukan sahaja sebagai sebuah karya seram tempatan yang berbeza, namun Harum Malam wajar diakui sebagai sebuah filem Malaysia bertaraf antarabangsa.

VIU DAN ASTRO JALIN KERJASAMA STRATEGIK?

Alami pengalaman penontonan baharu melalui kerjasama strategik antara viu dan ASTRO yang mampu membuka lebih luas pasaran dalam bidang penyiaran dengan pelbagai rancangan terbaik seluruh Asia.

Sabtu, 30 Jun 2012

PINDAAN BARU AKTA HAK CIPTA.. BERI NAFAS BARU.


SABAN hari, industri hiburan tanah air kini semakin berkembang dan membangun pesat. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran bakat baru yang memeriahkan lagi industri.

Namun, jika dilihat secara teliti, industri ini sebenarnya masih lagi bergelut dengan pelbagai masalah dalaman yang ada kalanya memberi kesan terhadap karya dan kehidupan anak seni itu sendiri.

Isu hak cipta dan kutipan royalti bukanlah lagi perkara baru yang sering disuarakan kebanyakan penggiat seni bagi menuntut hak mereka, malah ia telah dibangkitkan sejak lebih sedekad lagi.

Pelbagai inisiatif telah dilakukan supaya hak dan perlindungan sebagai anak seni dapat berfungsi dengan sepenuhnya bagi memastikan nasib mereka terus terbela.

Akhirnya usaha tersebut membuahkan hasil apabila pembentangan Akta Hak Cipta 1987 (Pindaan 2010) oleh pihak kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang mengambil kira semua suara karyawan tanah air telah diluluskan di Parlimen, Disember tahun lalu.
Kesinambungan daripada usaha itu, karyawan tempatan sekali lagi dikumpulkan pada Isnin lalu bertujuan memastikan peruntukan pindaan Akta Hak Cipta dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Pada majlis tersebut, tiga peruntukan baru iaitu Sistem Pemberitahuan Sukarela Hak Cipta, Pendaftaran Badan-Badan Perlesenan dan Penambahbaikan fungsi Tribunal Hak Cipta serta penambahbaikan telah disatukan ke dalam akta tersebut bagi memantapkan lagi hak golongan karyawan ini.

Dirasmikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama timbalannya, Datuk Tan Lian Hoe, majlis ini turut dihadiri Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Saripuddin Kasim.

Disaksikan lebih 300 karyawan, majlis ini mencipta sejarah tersendiri dalam industri hiburan. Ikuti temu bual Zass bersama Ismail Sabri mengenai tiga peruntukan baru yang dijangka memantapkan lagi industri hiburan tanah air.

Sejauh mana perlaksanaan pindaan Akta Hak Cipta 1987 sejak diluluskan Disember lalu?

ISMAIL: Pindaan Akta Hak Cipta 1987 telah diluluskan di Parlimen ternyata membuktikan pihak kerajaan memandang serius terhadap kesulitan yang dialami oleh para karyawan selain menjaga kepentingan industri kreatif. Walaupun pindaan akta telah diluluskan, jawatankuasa khas dan ahli yang terdiri daripada golongan artis sendiri telah bersetuju untuk mengadakan peraturan dan peruntukan dalam akta tersebut.

Perhimpunan kali ini juga bertujuan untuk memperjelaskan lebih mendalam terhadap tiga peruntukan yang telah termaktub pada akta ini kepada golongan penggiat seni supaya lebih memahami hak dan tanggungjawab yang perlu dilakukan untuk memelihara karya mereka.

Boleh Datuk jelaskan mengenai tiga peruntukan baru termaktub dalam akta ini dan apakah fungsinya?

ISMAIL: Tiga peruntukan ini sangat penting dan ada fungsinya yang tersendiri bagi membantu membela nasib karyawan. Peruntukan pertama adalah Sistem Pemberitahuan Secara Sukarela Hak Cipta di mana ia adalah satu mekanisme pendaftaran karya hak cipta yang merupakan pengkalan data bagi menyenaraikan karya-karya hak cipta yang telah didaftarkan dan boleh dijadikan sumber rujukan. Sistem ini sudah pasti memberi manfaat yang besar kepada semua terutamanya penggiat seni, pemilik karya-karya termasuklah pelaku (Performer).

Sementara peruntukan kedua, Pendaftaran Badan Perlesenan seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 27, akta Hak Cipta 1987 membolehkan kerajaan mengawal aktiviti dan pengurusan badan-badan perlesenan supaya dapat menjalankan peranan masing-masing dengan lebih telus dan bertanggungjawab. Badan ini juga diberikan platform untuk merujuk sebarang isu berkaitan hak cipta kepada Tribunal Hak Cipta.

Selain itu, akta ini juga turut meminda peruntukan bagi Tribunal Hak Cipta bagi memperluaskan fungsi Tribunal Hak Cipta untuk mendengar dan membuat keputusan berkaitan pembayaran royalti selain berperanan sebagai memantau badan-badan perlesenan karya-karya hak cipta supaya lebih telus dan bertanggungjawab dalam memastikan kutipan dan agihan royalti dilaksanakan dengan lebih efisien.

Sejauh mana Datuk yakin semua peruntukan baru ini dapat membela nasib karyawan seni?

ISMAIL : Saya percaya apa yang terhasil adalah untuk manfaat industri kreatif khususnya dalam pengurusan karya-karya hak cipta melalui dokumentasi yang lebih sistematik setanding dengan negara-negara maju lain.

Bagaimanapun kesedaran daripada golongan karyawan itu sendiri perlu ada supaya mereka lebih memandang serius terhadap hak mereka di mana sebelum ini saya dapati ramai di kalangan penggiat seni tempatan ini sendiri tidak tahu kelebihan dan kemudahan yang mereka ada.

Jika dilihat secara teliti, peruntukan yang diperjelaskan agak menyebelahi kepada karyawan industri muzik, bagaimana pula dengan mereka yang terlibat dengan industri lakonan?

ISMAIL : Pihak kerajaan berjanji akan terus melindungi karyawan dan tidak mengambil ringan terhadap masalah yang menimpa golongan ini lebih-lebih lagi berkaitan isu royalti.

Selepas ini, pihak kementerian akan terus memperhalusi peruntukan dalam pindaan ini dengan lebih teliti supaya ia meliputi pelbagai aspek seterusnya lebih ramai penggiat seni boleh dilindungi. Kalau ada peruntukan yang perlu ditambah, kita akan pertimbangkannya.

Harapan Datuk terhadap perlaksanaan pindaan akta ini?

ISMAIL : Adalah menjadi harapan saya supaya penggiat seni tempatan dan pemilik karya mengambil peluang yang ada untuk mendaftarkan karya masing-masing supaya hak mereka akan terus terbela. Jika peluang ini dimanfaatkan sepenuhnya, saya percaya mungkin tidak akan ada lagi golongan karyawan akan diperkotak-katikkan selepas ini.
amy's said: Moga Pindaan kepada perubahan Akta ini sedikit sebanyak ia dapat memudahkan golongan karyawan seni di Malaysia dalam soal Hak Cipta dan Royalti.. Okay

**Artikel di atas ini dipetik dari Sinar Harian 28 Jun 2012 merupakan Artikel Terpilih untuk dikongsi pembaca blog ini**

Jumaat, 29 Jun 2012

PELAKON DAN PELAWAK OSMAN KERING MENINGGAL DUNIA


Industri hiburan dan filem tempatan dikejutkan lagi dengan pemergian seorang pelakon, pelawak dan bintang seni, Osman Kassim atau Osman Kering (58), yang meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras, Kuala Lumpur kira-kira pukul 3.45 petang tadi. Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Che Norhayati Che Omar (48) dan tujuh orang anak berusia antara 10 hingga 28 tahun.

Allahyarham yang membintangi kira-kira 21 buah filem, antaranya Si Jantung, Adik, XX-Ray, Ringgit Kassorga, Cinta Rosevilla, XX-Ray 2, Superstar, Raja Melewar, Soal Hati, dan banyak lagi, termasuk filem terakhir lakonannya, Kantoi (2012) arahan Mat London, dikejarkan ke hospital sebelum ini akibat batuk berdarah.

Jenazah telah disembahyangkan di Masjid Al-Najihin, Taman Tasik Permaisuri Cheras, Kuala Lumpur dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Tandang, selepas solat maghrib. Kami dengan ini mengucapkan salam takziah buat keluarga Allahyarham, semoga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.

AL FATIHAH

Khamis, 28 Jun 2012

'PENULIS SKRIP TEMPATAN TIDAK KREATIF,' - TUAN HJ BURHANUDDIN

Baru-baru ini Amy menghadiri satu seminar berkenaan 'Dokumentari dan Animasi', yang dianjurkan Asia Pacific Broadcasting Union (ABU) di Dewan Cendekiawan IPPTAR. Program yang dihadiri ramai penerbit televisyen dan dokumentari tempatan itu merupakan seminar yang mendapat kerjasama penuh dari Radio Televisyen Malaysia (RTM) melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK).

Program yang dikendalikan ABU itu mengundang beberapa pakar dalam dunia penerbitan dokumentari dari Jepun dan Korea bertujuan berkongsi pemikiran, idea dan ilmu khususnya buat pembikin dokumentari dan program tempatan. Selain dokumentari, Animasi juga menjadi taruhan ABU, yang cukup menarik untuk diterjemahkan.

Workhop ABU diteruskan lagi dengan penerangan eksklusif dari Tuan Hj. Burhanuddin Md Radzi, Managing Director of Les'Copaque Production Sdn Bhd. Kemunculannya amat dinanti-nantikan peserta worksop bagi mendengar 'pengalaman berharganya', dalam dunia penerbitan program animasi melalui 'Upin dan Ipin', sehingga mendapat perhatian masyarakat luar ; sekaligus menjadi antara animasi tempatan yang cukup popular di Malaysia, Indonesia dan Singapura.


Apa yang tidak sedap didengar ialah kandungan ceramahnya sedikit sebanyak menyentuh elemen 'negatif' terhadap industri filem dan hiburan tempatan. Menurutnya lagi, 'semua filem dan drama tempatan yang dihasilkan oleh mana-mana produser di Malaysia dilabelkan sebagai 'sampah'. Beliau juga menuding jari kepada semua penulis skrip di Malaysia yang dianggap tidak 'kreatif' dalam menterjemahkan isi cerita dan plot kandungannya.

Dengan merujuk kepada karya terbitannya sendiri, 'Upin dan Ipin' sebagai yang terbaik, Tuan Hj Burhanuddin berharap agar industri animasi tempatan dapat pergi jauh dan dikenali di negara luar, memandangkan kita kekurangan karya yang mantap untuk dibawa ke peringkat antarabangsa. Selain Upin dan Ipin, animasi Puteri terbitan syarikatnya, Les'Copaque Production Sdn Bhd dalam rangka jadual untuk dipasarkan.

p/s: Tuan Hj Burhanuddin juga merangka pelan untuk membina Taman Tema Upin dan Ipin agar ia setanding dengan Universal Studio dan Walt Disney. Moga berjaya wokay!

Rabu, 27 Jun 2012

RAJA AZMI DAN JALANI SIDEK SAH BERCERAI TALAK SATU!


Setelah 28 tahun melayari bahtera perkahwinan sebagai suami isteri, penerbit filem kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman (53) dan Jalani Sidek (49) bekas Jaguh Badminton Negara, hari ini 27 Jun 2012 bukan lagi sebagai suami isteri. Pasangan sensasi yang sering kali mencetuskan polimek itu, bercerai talak satu dihadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin. Penceraian secara mengejut itu dibuat atas persefahaman masing-masing, mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor, No 2, 2003 kira-kira pukul 3.25 petang.

Ketika ditemui media sebentar tadi, Raja Azmi menyifatkan penceraiannya dengan Jalani Sidek dibuat dengan kata sepakat, dengan alasan mereka tidak serasi lagi, dan bukannya disebabkan orang ketiga. Penjelasan Raja Azmi itu menyangkal beberapa pandangan sebelum ini yang mengatakan ia berpunca dari seorang wanita bergelar Datin. Walaupun dilihat agak sedih dengan keputusannya yang dibuat, Raja Azmi berharap agar tidak timbul spekulasi negatif membabitkan Jalani Sidek lagi.


Sementara itu, menurut Jalani Sidek, 'beliau menceraikan Raja Azmi bukan sebab mereka tidak bahagia tetapi dia (Jalani) mahu bersikap adil terhadap Raja Azmi yang seringkali menjadi tohmahan masyarakat atas beberapa perkara yang tidak masuk akal. 'Biarlah saya berkorban untuk melepaskannya pergi demi kebaikan bersama. Walaupun kami bukan suami isteri lagi, tetapi kami tetap akan berkawan demi anak-anak', kata Jalani mengakhiri pertemuannya sebentar tadi.

Pasangan itu yang hadir ditemani anak perempuannya, Puteri Suaida (23) bersetuju menyelesaikan pembahagian harta sepencarian bersama di luar mahkamah. Raja Azmi dan Jalani Sidek yang bernikah pada 23 Disember 1984 dikurniakan 3 orang anak termasuk Puteri Suaida iaitu Puteri Suraya (27) dan Megat Deli (18), disamping dikurniakan seorang cucu iaitu Muhammad Akid Mohd Shadan, anak Puteri Suraya dengan Shadan Hashim, pengarah filem.

Raja Azmi yang sebelum ini menerbitkan 4 buah filem iaitu Black Widow Wajah Ayu (1994), Cinta 200 Ela (2002), Haru Biru (2007), dan ... Dalam Botol (2011), khabarnya akan menerbitkan sebuah filem lagi untuk tayangan 2013 iaitu filem Anak Ikan, yang dijangka pengambarannya hujung tahun ini. 'Anak Ikan' yang bakal diarahkan 3 orang pengarah, merupakan sebuah filem yang mempunyai 3 cerita berbeza dalam sebuah naskhah.

Raja Azmi yang bercerai pada hari ini, 27 Jun 2012 merupakan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-53. Amy mengucapkan semoga Raja Azmi panjang umur dan bahagia selalu.

Amin..
Paparan Ekslusif Raja Azmi dan Jalani Sidek



Selasa, 26 Jun 2012

HAEL HUSAINI vs RANDY PANGALILA - MEMANG TAK TERFIKIR


Kalau disebut nama 'Hael Husaini', barangkali anda kurang mengenalinya. Bagi peminat setia program realiti mentor yang disiarkan di TV3, namanya cukup dikenali memandangkan beliau merupakan anak didik kepada mentor Jacyln Victor. Mempunyai tone suara yang agak sedap didengar, Hael Husaini antara penyanyi remaja yang baru mengeluarkan single terkininya yang kini telah diputarkan di beberapa stesen radio tempatan.

'Tak Terfikir' , antara single terbaru Hael Husaini - merupakan antara lagu terbaru yang diciptakan olehnya sendiri. Walaupun dikatakan mempunyai wajah seiras pelakon popular dari Indonesia, Randy Pangalila , Hael Husaini antara nama baru dalam dunia muzik yang boleh dikatakan cukup berbakat dan bakal menggegarkan industri muzik tempatan.

Antara gambar menarik Hael Husaini:-





antara 2 lagu yang menjadi pilihan amy:-


amy's said: Kalau dah popular nanti jangan sombong atau kekwat ye.. Oh ya, album penuh nanti jangan lupa khabar-khabarkan..

Isnin, 25 Jun 2012

FILEM 'LEMAN' UNGGULI FILEM TERBAIK DI FESTIVAL FILEM DAN VIDEO PELAJAR MALAYSIA 9, 2012!

'Leman', yang diarahkan Ahmad Hafiz Rashid dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, dinobatkan sebagai Filem Pendek Terbaik di Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia (FFVPM9), 2012. Filem yang diterbitkan oleh Mohamad Syazwan Shuhaimi ini memenangi 4 kategori utama iaitu Skrip Terbaik, Pengarah Terbaik, Filem Terbaik Keseluruhan dan Filem Pendek Terbaik.

Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia kali ke-9 yang diadakan di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM Shah Alam pada 21 hingga 23 Jun 2012, ini merupakan festival filem yang dianjurkan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Bertemakan 'Anjakan Ke Arah Transformasi', FFVPM 9 dilihat sebagai satu pemangkin ke arah perubahan positif dalam penghasilan karya yang lebih kreatif dan inovatif.

Ditunjangi Prof. Madya Abdul Razak Mohaideen, FFVPM 9 menerima hampir 300 penyertaan dari pelbagai universiti tempatan dan swasta. Sebagai tuan rumah kepada penganjuran festival filem yang dikira cukup berprestij, FFVPM 9 dihadiri ramai selebriti dan penggiat filem tempatan. Dihoskan Farid Kamil dan Neelofa, FFVPM 9 antara festival filem yang akan melahirkan ramai penggiat dan pembikin filem muda yang mampu menggoncang industri filem tempatan satu hari nanti..


Antara pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan adalah:-

FILEM PENDEK TERBAIK
Leman - Universiti Teknologi Mara (UiTM)

FILEM DOKUMENTARI TERBAIK
Travelling Wheels - Universiti Tunku Abdul Rahman
(UTAR)

FILEM EKSPERIMENTAL TERBAIK
White head - Segi College

FILEM ANIMASI TERBAIK
Time - Universiti Teknologi Mara (UiTM)

FILEM IKLAN TERBAIK (TVC)
Takaful - Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka

FILEM HEBAHAN KHIDMAT AWAM (PSA)
Stay Fit - Kuala Lumpur Metropolitan University (KLMU)

VIDEO KLIP TERBAIK
Superman - Kuala Lumpur Metropolitan University (KLMU)

PENATAAN BUNYI TERBAIK
Orang Gaji Baru - Fakulti Filem, Teater & Animasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM)

GRAFIK TERBAIK
Tangled - Universiti Sains Malaysia (USM)

MUZIK TERBAIK
Paranoia - Fakulti Filem, Teater & Animasi , Universiti Teknologi Mara (UiTM)

SUNTINGAN TERBAIK
Kotak - Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (Aswara)

SINEMATOGRAFI TERBAIK
Paranoia - Universiti Teknologi Mara (UiTM)

PENATAAN SENI TERBAIK
Seri Panggung - Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (Aswara)

SKRIP TERBAIK
Filem Leman - Universiti Teknologi Mara (UiTM)

PENGARAH TERBAIK
Ahmad Hafiz Rashid - Filem Leman - Universiti Teknologi Mara (UiTM)

ANUGERAH KHAS JURI 1
Pari-Pari Ingin Terbang - Universiti Teknologi Mara (UiTM)

ANUGERAH KHAS JURI 2
Daughter Of A Gun - Segi Colloge ( mengangkat nilai noir )

FILEM PENDEK TERBAIK KESELURUHAN
Leman - Universiti Teknologi Mara (UiTM)

ANUGERAH KHAS FFVPM 9
Dato' M.Nasir

MALAYSIA BOOK OF RECORDS
Prof. Madya Abdul Razak Mohaideen
**mengarah paling banyak filem oleh seorang ahli akademik**

MALAYSIA BOOK OF RECORD
Abdul Rahman Hanafiah
**Orang pertama menyalin semula dialog 40 buah filem Seniman Agung P.Ramlee**

amy's said: Juri FFVPM 9 kali ini ialah Datin Paduka Shuhaimi Baba, Amir Muhammad, Saniboey, Ajami Hashim, Adam Salleh & Ahmad Ibrahim ( Mat London). Tahniah u all. nak DVD la..

Ahad, 24 Jun 2012

'TANDA PUTERA'.. FILEM BIOGRAFI TUN ABDUL RAZAK?

Sejujurnya untuk diperkatakan bahawa TANDA PUTERA arahan Shuhaimi Baba merupakan sebuah filem biografi tentang Tun Abdul Razak. Filem ke-9 yang diterbitkan Pesona Pictures dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) ini merupakan sebuah kisah yang mengangkat perjuangan Tun Abdul Razak semasa menjadi Perdana Menteri kedua.

TANDA PUTERA yang membariskan Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai, Che'Kem dan ramai lagi ini akan menemui penonton tempatan seluruh Malaysia bermula September 2012. Menariknya, filem ini juga menceritakan detik kecemasan negara pada tanggal 13 Mei 1969 dan kisah persahabatan antara Tun Abdul Razak (Rusdi Ramli) dan Tun Dr Ismail (Zizan Nin). Filem yang menyentuh perasaan ini wajib ditonton apabila ditayangkan kelak.


Treatment Jalan Cerita

Filem ini mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan Timbalannya Tun Dr Ismail yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi memulihkan keadaan Negara ekoran daripada peristiwa hitam 13 Mei 1969.

Tun Razak terpaksa menyimpan rahsia tentang penyakit leukemia yang dihidapinya kerana tidak mahu keluarga tertekan dan bimbangkan keselamatan Negara. Mereka berdua berkongsi doktor. Bilik bacaan di rumah Tun Dr Ismail menjadi klinik rahsia bagi rawatan mereka oleh Dr Macpherson, tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga Tun Dr Ismail sendiri.

Mereka memiliki aura yang kuat. Kecekalan dan keazaman mereka telah menangkap imaginasi pelajar seperti Zarah, tenaga pengajar Kara, dan anak muda Zaman. Razak dan Ismail mencorakkan warna hidup warga muda seperti pelajar dan tenaga pengajar di institusi pendidikan tinggi ketika itu serta mereka yang bertugas di pejabat.

Apabila mengetahui penyakitnya akan membawa maut dalam masa dua tahun, Tun Razak bersyukur yang rakan baiknya Tun Dr Ismail, orang kepercayaannya dan seorang yang terkenal jujur dan berintegriti, akan dapat meneruskan rancangan mereka bagi pembangunan negara. Razak juga yakin Ismail akan mengotakan janji untuk menjaga keluarganya nanti. Tetapi apabila terjadi perkara yang tidak disangka-sangka, Tun Razak mendapat kejutan besar yang hampir memudaratkan lagi kesihatannya.

Dia mula mengejar masa untuk melaksanakan berbagai-bagai perancangan bagi menjamin kestabilan serta masa depan Negara. Dia terpaksa menghadapi berbagai ancaman daripada pihak komunis yang mensasarkan pembunuhan pemimpin tinggi Polis. Bermula dengan pembunuhan Ketua Polis Negara diikuti pembunuhan Ketua Polis Perak, keadaan makin meruncing.

Razak mengambil langkah berani - membina hubungan diplomatik dengan Republik China bagi melemahkan pengaruh komunis tempatan walau dia dikecam kuasa barat dan negara sekutu. Dalam waktu yang singkat, Razak membawa rakyat miskin seperti keluarga Zarah dan Zaman, keluar dari perangkap kemiskinan tegar. Razak telah menanam semangat baru dalam diri Zaman, Zarah dan rakan-rakan mereka.

Namun perjuangan Razak berakhir disebuah klinik di London ketika rakan-rakannya di Malaysia berusaha memenuhi permintaannya untuk berjumpa anak bongsunya Nazir buat kali terakhir dan rakyat mengejar masa untuk menyediakan klinik udara bagi membawanya pulang ketanah air tercinta.

amy's said: Masih menantikan Trailer rasmi filem ini, walaupun saya sudah menonton keseluruhan filem ini. Memang terbaik dan penuh kontroversi!.

Sabtu, 23 Jun 2012

DATO' SITI NURHALIZA DALAM KONSERT SAMI YUSUF - 14 JULAI 2012

Mulai 14 Julai 2012, bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam, Offshore Entertainment Prodution Sdn Bhd dengan kerjasama Unic Dot My Pro Sdn Bhd akan menganjurkan KONSERT SALAAM. Konsert yang menampilkan Sami Yusuf itu turut dijayakan penyanyi no 1 Malaysia, Dato' Siti Nurhaliza.

Mengenakan caj tiket sebanyak RM 55, RM 155, RM 195, RM 255 dan RM 295, Konsert Salaam Sami Yusuf itu juga bakal menampilkan pemuzik akustik terkenal, Mohram. Dalam satu kenyataan kepada media baru-baru ini, penganjur Konsert Salaam, Offshore Entertainment akan memberikan diskaun 15% kepada golongan pelajar yang ingin menyaksikan konsert tersebut. Kepada anda yang berminat, bolelah mendapatkan tiket tersebut sebelum 30 Jun 2012, dengan klik di sini.


Konsert Salaam Sami Yusuf itu merupakan konsert yang di adakan di Malaysia bertujuan mempromosikan album terbarunya Salaam yang akan berada di pasaran tidak lama lagi. Khabarnya, pelancaran album tersebut akan di adakan pada malam konsert tersebut. Jika anda tidak mempunyai sebarang perancangan pada 14 Julai 2012 pukul 9.00 malam.. Jom kita penuhkan seat di Stadium Malawati, Shah Alam..

amy's said: Tak sabar nak pergi konsert ini.. yeahh

Jumaat, 22 Jun 2012

AERIL ZAFREL DAN HELMY MOIN PASANGAN GAY DALAM H.A.C.K.S?

H.AC.K.S - Hanya Aku Cinta Kau Seorang, filem kedua arahan Ahmad Rusli selepas X - Janda Jandaku Gangster. H.A.C.K.S yang membariskan Aeril Zafrel, Nuremy Ramli, Mon Ryanti, Shima Anuar, Helmy Moin, Kamal Faridz, Fezrul Khan dan ramai lagi, merupakan sebuah filem komedi romantis yang mengisahkan tentang persahabatan dan cinta antara Mukhlis (Aeril Zafrel), Murni (Nuremy Ramli) , Ayim (Helmy Moin) dan Iqwal (Fezrul Khan). Filem yang ditulis skripnya oleh Shariman Wahap ini merungkai sisi hidup antara watak Mukhlis, Murni dan Ayim.

Murni, seorang gadis cantik yang berkawan rapat dengan Mukhlis, akhirnya jatuh cinta sesama mereka, walaupun Murni sangat diminati oleh Iqwal sejak kali pertama mereka bertemu. Persahabatan sejak kecil antara watak Ayim dan Mukhlis juga menjadi intipati menarik dalam filem ini. Paparan visual antara Ayim dan Mukhlis ( disaat kemesraan mereka) menimbulkan syak wasangka dalam watak juga penonton, yang merasakan antara mereka mempunyai hubungan sejenis tanpa sempadan. Shariman Wahap selaku penulis skrip dan lakon layar filem ini, sememangnya seringkali bereksperimentasikan watak 'lelaki tanpa baju' seolah-olah menimbulkan keghairahan penonton, apatah lagi dalam H.A.C.K.S, Aeril Zafrel mempunyai susuk tubuh yang agak menarik. Namun, apakah watak Ayim dan Mukhlis hanyalah sekadar kawan tanpa mempunyai perasaan suka sama suka?. Tetapi, apakah Ayim boleh dilabelkan sebagai watak 'gay', dalam H.A.C.K.S?

Helmy Moin (gambar)

Pertemuan kali pertama antara watak Iqwal (Fezrul Khan ) dengan Murni ( Nuremy) disatukan Mukhlis dan Ayim di sebuah warung cafe, menimbulkan rasa 'suka sama suka ' di antara mereka. Walaupun mahukan Murni mempunyai 'Mr Right' dalam hidupnya, Mukhlis dalam diam menaruh hati pada Murni, sehinggalah Mukhlis terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dan meninggal dunia. Persahabatan mereka (Mukhlis-Murni) boleh di agak keserasiannya dan telah diberi 'hint' - mereka pasangan ideal pada permulaan cerita sehinggalah watak Iqwal diperkenalkan.

Watak Iqwal yang koma dalam tidur sehinggalah diberitahu adiknya bahawa Iqwal mempunyai sejenis penyakit agak kronik, tidak dikupas secara mendalam, bahkan beberapa babak dilihat agak 'jump', sehingga mengelirukan penonton. Elemen ini wajar dipaparkan walaupun secara 'flashback' atau pada permulaan isi cerita, barangkali penulis skrip mahu memberikan 'kejutan buat penonton' terhadap karektor Iqwal secara drastik. Kematian Mukhlis dirasakan satu 'pengorbanan cinta' buat Murni kerana Mukhlis mendermakan hatinya buat Iqwal untuk terus hidup. Paparan demi paparan cukup mengelirukan, tetapi pengarah filem ini bijak bermain dengan mood terutamanya dalam watak dan keserasian karektor masing-masing.

'Hanya Aku Cinta Kau Seorang' atau H.A.C.K.S yang diterbitkan Metrowealth Movies Production antara filem komedi romantis yang agak 'sweet' dan tidak mengecewakan penonton. Ditayangkan bermula semalam (21 Jun 2012), H.A.C.K.S sebuah naskhah yang begitu dekat buat remaja dan khususnya bagi mereka yang sedang 'angau' dilanda ribut cinta.

tonton dipawagam sebelum ekslusifnya hilang..
HANYA AKU CINTA KAU SEORANG AERIL..
memancut di pawagam bermula 21 JUN 2012.


amy's said: Aeril Zafrel dalam satu kenyataan akhbar kepada media baru-baru ini mengatakan beliau tidak lagi akan mendedahkan tubuh badannya dalam mana-mana filem lagi. Nampak gayanya, pada anda yang sememangnya meminati pelakon lelaki kacak ini, jom kita ke pawagam ye..

Khamis, 21 Jun 2012

'MAEL LAMBONG' KOMEDI TERBAIK AHMAD IDHAM

Diinspirasikan menerusi watak di dalam program realiti Maharaja Lawak, 'Mael Lambong', garapan sutradara kreatif, Ahmad Idham nyata tidak mengecewakan khalayak. Menemui penonton tempatan seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, bermula 21 Jun 2012 (hari ini), 'Mael Lambong', yang dijayakan Zizan Razak, Juliana Evans, Sallehuddin Abu Bakar, Shenthy Feliziana, Azwan Annuar, Dian P.Ramlee dan ramai lagi, merupakan sebuah filem yang berkisarkan tentang 'Mael Lambong', seorang penarik kereta professional.

Mael Lambong (Zizan Razak) seorang penarik kereta professional. Pertemuan secara tidak sengaja dengan Maria (Juliana Evans) seorang perisik wanita, di sebuah tempat letak kereta, berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan 'mikrocip' yang dikendalikan oleh sekumpulan penjahat. Mael Lambong dibawa ke sebuah kampung di Terengganu, di mana Mael dilahirkan dan jatuh cinta dengan Rozie (Shenty Feliziana). Pertemuan kembali antara Rozie dan Mael menimbulkan rasa tidak senang hati Tiger (Sallehuddin Abu Bakar) yang merupakan tunang kepada Rozie. Pelbagai episod suka dan duka terkandung dalam 'Mael Lambong' yang merupakan antara naskhah terbaik 'Ahmad Idham' dari segi cerita dan terjemahannya.

Elemen komedi jelas kelihatan dalam 'Mael Lambong'. Paparan sebegini begitu banyak dalam pembikinan sinema di Malaysia. Namun, apa yang membezakan 'Mael Lambong' dengan filem-filem komedi lain ialah dari sudut 'garapan' dan 'teknik penceritaannya'. Ahmad Idham selaku pengarah filem ini berjaya menembusi tembok pemikiran penonton tempatan apabila elemen realiti hidup dan sindiran sinis diterjemahkan dalam 'Mael Lambong'. Penggunaan twitter dan blog dijadikan isu seharian yang cuba dikaitkan dalam filem ini. Setiap tingkah laku manusia pada masa kini menjadi bahan menarik dan sensasi untuk dipaparkan di alam maya. Begitu juga dengan filem ini, Ahmad Idham meletakkan kritikan 'twitter dan blog' sebagai satu agenda dalam menjatuhkan reputasi seseorang khususnya dalam dunia kerjaya. Ia disampaikan menerusi dialog Zizan dalam beberapa babak, nyata berjaya meletakkan Zizan sebagai penglipurlara yang amat baik.

Jika dilihat dalam kebanyakkan filem-filem komedi yang pernah dihasilkan mana-mana pengarah filem tempatan, kecuali Hantu Kak Limah Balik Rumah (juga komedi terbaik), 'Mael Lambong', nyata berbeza dan tidak klise komedinya. Zizan Razak berjaya melakonkan watak Mael Lambong dengan sebaiknya, malahan setiap dialog yang dituturkannya (malahan perbuatannya) berjaya mencuit hati sehingga mengundang riuh rendah penonton dalam pawagam. Namun, jika dilihat dari sudut ceritanya, ia agak simple dan tidak memeningkan kepala. Sebuah filem harus mempunyai 3 elemen yang meletakkan sebuah naskhah itu terbaik dalam rangkumannya iaitu 'filem itu mesti menghiburkan, memperkatakan sesuatu dan mempunyai maksudnya'. Namun dalam 'Mael Lambong' ia boleh dikira sebuah karya yang cukup rencah, menghiburkan dan bukan karya bodoh yang sememangnya banyak menghantui sinema Malaysia ketika ini.
Menonton filem mestilah mengosongkan pemikiran sebelum karya itu menyelinap masuk ke pemikiran anda. Penonton filem yang datang untuk 'menghentam' sesebuah filem selalunya diselubungi rasa iri hati, cemburu dan mencari kesalahan setiap segi dalam sesebuah karya. Oleh sebab itulah, anda tidak 'enjoy' untuk menonton sesebuah filem. Filem komersial dan filem seni dua jurang yang sangat berbeza. Menonton 'Mael Lambong', saya terpaksa kosongkan fikiran saya sejenak dan nyata filem ini berjaya membuatkan saya tersenyum berulang kali, walaupun filem itu melabuhkan tirainya di saat ending kredit dimainkan.

Bemula hari ini, 21 Jun 2012, 'Mael Lambong' yang diterbitkan Excellent Pictures antara karya komedi terbaik Ahmad Idham yang wajib ditonton oleh semua peminat filem komedi di Malaysia. Saya percaya anda tidak akan kecewa apabila menonton filem ini. Duit yang anda laburkan untuk membeli tiket filem ini dirasakan berbaloi..


trailer

amy's said: MAEL LAMBONG hanya melambung pawagam tempatan. Filem ini tidak akan ditayangkan di ASTRO FIRST. Jadi jom kita penuhkan seat dalam panggung okay!..

Rabu, 20 Jun 2012

5 FILEM MERIAHKAN 21 & 22 JUN 2012!


Esok, 21 Jun 2012 (Khamis) dan 22 Jun 2012 (Jumaat), sebanyak 5 buah filem akan ditayangkan di pawagam tempatan seluruh Malaysia. Antara 5 buah filem itu, terkandung 2 buah filem tempatan iaitu MAEL LAMBONG arahan Ahmad Idham, dan HANYA AKU CINTA KAU SEORANG (Hacks) arahan Ahmad Rusli.

Selain itu, 2 buah filem antarabangsa juga akan berentap di pawagam iaitu ABRAHAM LINCOLN : VAMPIRE HUNTER (2D/3D) arahan Timur Bekmambetov dan BRAVE (3D) arahan Mark Andrew & Brenda Chapman. Manakala sebuah filem tamil turut ditayangkan iaitu SAGUNI arahan Shankar Dayal.

Bagi anda peminat filem, jangan lepaskan peluang menonton kesemua filem ini dipawagam. Okay?. Oh ya, jom tonton trailer yang kami sediakan untuk anda.

ABRAHAM LINCOLN : VAMPIRE HUNTER
juga tayang dalam 3D

BRAVE (3D)

MAEL LAMBONG ******
mesti tonton

HANYA AKU CINTA KAU SEORANG (HACKS)

SAGUNI

amy's said: Jom tonton semua filem ini okay!

Selasa, 19 Jun 2012

SEMINAR & FILM WORKSHOP AT STUDENT FILM FESTIVAL (FFVPM 9) UiTM SHAH ALAM ( 21 - 23 JUNE 2012)



Sempena Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia, kali ke-9 (FFVPM 9), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akan mengadakan bengkel dan seminar khas bermula 21 hingga 23 Jun 2012. Semua pelajar filem, karyawan seni dan peminat filem dijemput hadir. Masuk adalah Percuma.

Antara intipati menarik:-

Seminar Series 1 : FILM NARRATIVE : SPEAKING IN FRAMES

Date: 21 June 2012
Time: 9.30 am - 12.30 pm
Venue : Dewan Sri Budiman

Presenter : NAIEM GHALILI
Moderator: HASSAN MUTHALIB

Naeim Ghalili explores the types of stories that appeal to an international audience and also the jury of film festivals. The talk serves as a platform for an audience of students and young filmmakers to explore local stories and see the importance of structuring narratives so that the films can cross borders and engage an international audience. Naeim draws upon his international involvement and uses some of the films that he has worked on to give examples of what will work with a local audience and whether it will do the same with an international audience, as well as appeal to an international film festival jury. The insights gained from this talk will enable the audience to construct and structure their film narratives that will take them beyond borders, and at the same time, enable them to express their feelings and aspirations for their country.


Workshop 1 : DAZZLING SPECTACLES: VISUAL EFFECTS AND ANIMATION IN FILM

Date: 21 June 2012
Time: 2.00 pm- 5.00 pm
Venue : Dewan Annexe

Moderator : MUHAMAD AZHAR ABDULLAH

No film today, be it live or animated, is complete without any manner of visual effects or animation. The advances in technology has enabled whatever the mind can imagine to be brought forth onto the screen. Rhythm & Hues Malaysia has contributed to the soaring of the imagination through many Hollywood spectacles such as
Alvin and the Chipmunks (2007) and Yogi Bear (2010) where some of the work was done in Malaysia. Through clips from completed films, this seminar reveals the intricate planning and processes required to bring animated realism and visual effects to the big screen as well as touch on the production design processes necessary for visual storytelling.

RHYTHM & HUES is a multiple Academy Award-winning film production specializing in visual effects and computer animation for features and television series. Founded in 1987, Rhythm & Hues continues to push the boundaries of the digital frontier. Rhythm & Hues’ new facility in Malaysia has been operational since April 2009. This facility is an extension of the studio’s global production infrastructure and works on all the same projects – to the same high-quality standards.

**********

Seminar Series II : TRANSLATING WORDS INTO IMAGES – THE CRAFT OF THE FILM DIRECTOR

Date: 22 June 2012
Time: 9.30 am - 12.30 pm
Venue : Dewan Sri Budiman

Presenter : KHABIR BHATIA
Moderator : MAMAT KHALID

Screenplay is an important tool in filmmaking. It is the task of the film director to

translate the screenplay or words into cinematic images. Translating words into image is

not easy because it demands a grasp of story and uses style and technique to bring it to

the screen. This seminar is to expose the audience to the methods used in transferring

a story into film.


**********

Workshop II : GOING WITH THE 3-D STEREOSCOPIC CAMERA

Date: 22 June 2012
Time: 9.30 am - 12.30 pm
Venue : Dewan Annexe

Presenter : FRANCES TAN
Moderator : AHMAD FAIZUL

Stereoscopy (also called stereoscopics or 3-D imaging) refers to a technique for creating or enhancing the illusion of depth in an image by presenting two offset images separately to the left and right eye of the viewer. These two-dimensional images are then combined in the brain to give the perception of 3-D depth. This workshop is to give exposure to the participants (students/filmmakers alike) about the features and characteristics of the 3-D stereoscopic camera.


**********

Workshop III : KICK AND PUNCH: WORKSHOP ON FIGHT CHOREOGRAPHY FOR FILM

Date: 22 June 2012

Time: 3.00 - 5.00 ptg
Venue : Dewan Sri Budiman

Presenter : MARZUKI ISMAIL
Moderator : SAM HUSNY HASSAN

This workshop will be conducted by Marzuki Ismail who has an excellent track record in executing action and stunt segments for feature films. His handiwork can be seen in the recent feature, Bunohan (2011) which had scenes of muay thai fighting. Marzuki will explain the important elements in fights and stunts for film so that it will appear realistic on screen. Marzuki will also expound on the importance of physical and mental preparations necessary for actors involved in fight and stunt scenes. This workshop will also be useful for film directors and cameramen to understand camera positioning so as to make the fight and stunt scenes more credible on screen.


**********

Seminar Series III : INDEPENDENT FILMMAKING: THEMES, STYLES AND APPROACHES


Date: 22 June 2012
Time: 3.00 - 5.00 pm
Venue : Dewan Annexe

Presenter : PEPE DIOKNO
AZHARR RUDIN
Moderator : FIKRI JERMADI

The session brings a young filmmaker from the Philippines to share his thoughts about writing and directing films that are local but still able to reach out to an international audience He will share his experiences in first making an award-winning short film and then graduating to making an award-winning feature film. Students and young filmmakers will benefit from his methods, insights, feelings and aspirations for filmmaking in a challenging and competitive environment.

**********

TALK : WORLD-CLASS CINEMA: VISIONS, ASPIRATIONS AND TRANSFORMATION FOR THE NATIONAL FILM INDUSTRY

Date: 23 June 2012
Time: 9.30 am - 12.30 pm
Venue : Dewan Sri Budiman

Presenter : DATUK MOHD MAHYIDIN MUSTAKIM
DATIN PADUKA SHUHAIMI BABA
DR. MAHYUDDIN ABD RAHMAN
KAMIL OTHMAN
KHAIRIL M.BAHAR
PRITHIVIRAJ

Moderator : OTHMAN HAFSHAM

This session brings together veterans in the industry and the new generation of tech

savvy and internationally-recognized filmmakers and film festival veterans. They will give

their individual points-of-view about Malaysian cinema, ranging from ‘how it was in the

old days’ and the necessity for moving forward in a world of fast-changing filmscapes,

taking into account the advances in technology that is determining how films are made,

distributed, promoted and marketed worldwide.

amy's said: let's go babe! Free entrance