Dunia Kita Di Hujung Jari..


Jumaat, 1 Jun 2012

8 FILEM TEMPATAN SEPANJANG JUN 2012

Skim Wajib Tayang yang diperkenalkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menyaksikan sebanyak dua (2) buah filem tempatan dalam tempoh seminggu memasuki pawagam seluruh Malaysia. Filem-filem tersebut bakal bersaing antara satu sama lain, disamping beraksi bersama puluhan filem antarabangsa di pawagam. 'Wajib Tayang' memperuntukkan 14 hari ( 2 minggu) sesebuah filem tempatan ditayangkan di pawagam. Selepas itu, terpulang kepada pihak pawagam ( TGV, GSC, CATHAY, MBO dan sebagainya) samada untuk menarik balik tayangan atau membiarkan filem tersebut ditayangkan, mengikut budi bicara dan sambutan sesebuah karya filem di pawagam.

'X Janda-Jandaku Gangster, Jalan Kembali Bohsia 2, Hantu Air, Jiwa Taiko, Mael Lambong, Hacks - Hanya Aku Cinta Kau Seorang, Baik Giler dan Aku, Kau & Dia', merupakan antara 8 buah filem tempatan akan memasuki pawagam tempatan sepanjang JUN 2012. Peminat filem pasti menantikan kesemua lapan buah filem tersebut. Ingat TONTON DI PAWAGAM bukan DI RUMAH ANDA. Yang menonton di pawagam layak digelar menonton FILEM, dan yang menonton di rumah, adalah penonton CEREKARAMA. Tak gitu?.

Oh ya, jom kita saksikan 8 buah trailer filem sepanjang JUN 2012.


X JANDA-JANDAKU GANGSTER by OLLYNN

JALAN KEMBALI BOHSIA 2 by SYAMSUL YUSOF

HANTU AIR by MURALI ABDULLAH

JIWA TAIKO by OSMAN ALI

MAEL LAMBONG by AHMAD IDHAM

HACKS - HANYA AKU CINTA KAU SEORANG by AHMAD RUSLI

BAIK GILER produced by DAVID TEO

AKU, KAU DAN DIA by PIERRE ANDRE

**Ulasan setiap filem akan diupdated dari semasa ke semasa**

JUN 2012 HANYA DIPAWAGAM.

0 comments: