Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Jumaat, 22 Jun 2012

AERIL ZAFREL DAN HELMY MOIN PASANGAN GAY DALAM H.A.C.K.S?

H.AC.K.S - Hanya Aku Cinta Kau Seorang, filem kedua arahan Ahmad Rusli selepas X - Janda Jandaku Gangster. H.A.C.K.S yang membariskan Aeril Zafrel, Nuremy Ramli, Mon Ryanti, Shima Anuar, Helmy Moin, Kamal Faridz, Fezrul Khan dan ramai lagi, merupakan sebuah filem komedi romantis yang mengisahkan tentang persahabatan dan cinta antara Mukhlis (Aeril Zafrel), Murni (Nuremy Ramli) , Ayim (Helmy Moin) dan Iqwal (Fezrul Khan). Filem yang ditulis skripnya oleh Shariman Wahap ini merungkai sisi hidup antara watak Mukhlis, Murni dan Ayim.

Murni, seorang gadis cantik yang berkawan rapat dengan Mukhlis, akhirnya jatuh cinta sesama mereka, walaupun Murni sangat diminati oleh Iqwal sejak kali pertama mereka bertemu. Persahabatan sejak kecil antara watak Ayim dan Mukhlis juga menjadi intipati menarik dalam filem ini. Paparan visual antara Ayim dan Mukhlis ( disaat kemesraan mereka) menimbulkan syak wasangka dalam watak juga penonton, yang merasakan antara mereka mempunyai hubungan sejenis tanpa sempadan. Shariman Wahap selaku penulis skrip dan lakon layar filem ini, sememangnya seringkali bereksperimentasikan watak 'lelaki tanpa baju' seolah-olah menimbulkan keghairahan penonton, apatah lagi dalam H.A.C.K.S, Aeril Zafrel mempunyai susuk tubuh yang agak menarik. Namun, apakah watak Ayim dan Mukhlis hanyalah sekadar kawan tanpa mempunyai perasaan suka sama suka?. Tetapi, apakah Ayim boleh dilabelkan sebagai watak 'gay', dalam H.A.C.K.S?

Helmy Moin (gambar)

Pertemuan kali pertama antara watak Iqwal (Fezrul Khan ) dengan Murni ( Nuremy) disatukan Mukhlis dan Ayim di sebuah warung cafe, menimbulkan rasa 'suka sama suka ' di antara mereka. Walaupun mahukan Murni mempunyai 'Mr Right' dalam hidupnya, Mukhlis dalam diam menaruh hati pada Murni, sehinggalah Mukhlis terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dan meninggal dunia. Persahabatan mereka (Mukhlis-Murni) boleh di agak keserasiannya dan telah diberi 'hint' - mereka pasangan ideal pada permulaan cerita sehinggalah watak Iqwal diperkenalkan.

Watak Iqwal yang koma dalam tidur sehinggalah diberitahu adiknya bahawa Iqwal mempunyai sejenis penyakit agak kronik, tidak dikupas secara mendalam, bahkan beberapa babak dilihat agak 'jump', sehingga mengelirukan penonton. Elemen ini wajar dipaparkan walaupun secara 'flashback' atau pada permulaan isi cerita, barangkali penulis skrip mahu memberikan 'kejutan buat penonton' terhadap karektor Iqwal secara drastik. Kematian Mukhlis dirasakan satu 'pengorbanan cinta' buat Murni kerana Mukhlis mendermakan hatinya buat Iqwal untuk terus hidup. Paparan demi paparan cukup mengelirukan, tetapi pengarah filem ini bijak bermain dengan mood terutamanya dalam watak dan keserasian karektor masing-masing.

'Hanya Aku Cinta Kau Seorang' atau H.A.C.K.S yang diterbitkan Metrowealth Movies Production antara filem komedi romantis yang agak 'sweet' dan tidak mengecewakan penonton. Ditayangkan bermula semalam (21 Jun 2012), H.A.C.K.S sebuah naskhah yang begitu dekat buat remaja dan khususnya bagi mereka yang sedang 'angau' dilanda ribut cinta.

tonton dipawagam sebelum ekslusifnya hilang..
HANYA AKU CINTA KAU SEORANG AERIL..
memancut di pawagam bermula 21 JUN 2012.


amy's said: Aeril Zafrel dalam satu kenyataan akhbar kepada media baru-baru ini mengatakan beliau tidak lagi akan mendedahkan tubuh badannya dalam mana-mana filem lagi. Nampak gayanya, pada anda yang sememangnya meminati pelakon lelaki kacak ini, jom kita ke pawagam ye..

1 comments :

mcm2 la watak diorang ni bawak.jgn jd betul sudah