Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Khamis, 14 Jun 2012

'AKU, KAU & DIA', KARYA TERBAIK PIERRE ANDRE

Semalam (13 Jun 2012), telah berlangsungya Malam Gala bagi Filem 'Aku, Kau & Dia'. Filem terbitan Tayangan Unggul ini merupakan sebuah karya bertemakan cinta romantik arahan Pierre Andre. Ia adalah filem ke-7 arahannya yang boleh dilabelkan sebagai naskah cerita yang agak berbeza dengan filem-filem cinta yang pernah dihasilkannya sebelum ini.

Peminat filem khususnya genre ini, pasti akan menyukai buah tangan terbaru Pierre ini. Ia mengisahkan tentang Mia (Zarina Jamalullail) , seorang wanita cantik yang mengalami koma akibat daripada kemalangan ngeri yang meragut nyawa kekasih hatinya, Ilhan, lakonan Pekin Ibrahim. Di satu sudut tepi jalan, Mia berselisih bahu dengan Izlan (Remy Ishak), seorang penyanyi jalanan. Pertemuan mereka menimbulkan bibit-bibit cinta, walaupun pada hakikatnya, Mia masih dihantui bayangan Ilhan. Izlan yang dipandang selekeh pada permulaannya oleh Mia, telah berjaya mencuri hatinya, sehingga Mia jatuh cinta buat kali kedua. Namun, satu tragedi telah berlaku menyebabkan mereka tepisah kerana sesuatu. Apakah 'sesuatu' yang terkandung dalam filem ini?. Semuanya akan terjawab dalam 'Aku, Kau & Dia', akan menghantui pawagam mulai 28 Jun 2012.

'Aku, Kau & Dia', antara karya sentuhan Pierre Andre yang tidak mengecewakan. Setiap plot disusun rapi bahkan ada satu ketika dalam babak filem ini, mengingatkan saya pada filem Talentime arahan Yasmin Ahmad. Cuba perhatikan scene di mana Izlan (Remy Ishak) dan Mia (Zarina) di padang. Di situ anda boleh melihat beberapa orang kanak-kanak memakai pakaian putih berlari-lari mengelilingi mereka ( Izlan dan Mia). Apakah yang cuba ingin disampaikan Pierre Andre menerusi babak ini?. Jika apa yang dapat saya rumuskan barangkali Pierre mahu menterjemahkan babak ini kepada satu rasa bahawa Izlan mahu menjadikan Mia suri hatinya. Hijau alam disatukan dalam warna putih membuktikan betapa tulusnya cinta mereka walaupun pada hakikinya ia satu halusinasi Mia secara keseluruhannya. Ini konflik yang mewujudkan satu 'twist' yang menjadi dan tidak terfikir dek akal yang waras, sekaligus meletakkan naskah filem ini sebagai karya terbaik sentuhan Pierre untuk tahun 2012. Apakah akan ada karya terbaru Pierre yang boleh menandingi kehebatan 'Aku, Kau & Dia?'.

Kemunculan Pekin Ibrahim dalam filem ini meletakkan harapan yang cukup tinggi dalam watak yang digalasnya. Ia satu penghormatan yang cukup hebat yang boleh diberikan buat Pekin. 'Gaya percakapan yang romantik dengan nada yang barangkali menyentuh dan memukau khalayak', menjadikan Ilhan adalah genggaman Pekin yang cukup berbaloi. Tanpa banyak watak, cuma menggunakan imbasan kembali yang bermain dengan gaya suara yang agak romantis, Pekin Ibrahim antara watak yang bagi saya 'lelaki idaman semua wanita'. Penampilan sulung Zarina Jamalullail dalam watak Mia agak menjadi, dan beliau banyak menggunakan mimik muka dalam menyampaikan rasa dan keinginannya. Remy Ishak menerusi Izlan agak bersahaja dan tiada yang menarik untuk diperkatakan, cuma apa yang boleh dipersoalkan ialah gandingan pelakon Marisa Yasmin dengan Harun Salim Bachik (memegang watak kedua ibu bapa Mia) dirasakan agak janggal walaupun mereka cuba menyesuaikan karektor masing-masing. Menariknya, filem ini menampilkan penyanyi Nash dan Bintang Cilik Tv9, Hariss Shidee yang memegang watak Aryan ( adik Mia).


'Aku, Kau & Dia', menampilkan runut bunyi ciptaan Sharon Paul yang begitu sinonim dengan filem-filem cinta. 'Aku Kau Dia, Dejavu, dan Namanya Cinta' antara lagu tema ciptaannya yang sedap didengar bahkan instrumen yang menghiasi filem ini berjaya menyuntik mood dan rasa sedih terutama pada beberapa babak dalam filem ini. Akan menemui penonton tempatan seluruh Malaysia bermula 28 Jun 2012, 'Aku, Kau & Dia', antara naskah wajib tonton 2012 dan jadikan ia sebagai satu rasa cinta yang sangat indah dan mengasyikkan.

Trailer

'Dejavu'
OST Aku, Kau & Dia

'Aku, Kau & Dia'
OST Aku, Kau & Dia

'Pendam'
OST Aku, Kau & Dia

**lagu lain seperti Namanya Cinta (Harris) dan Please Forgive Me (Elly Mazlien) yang menjadi runut bunyi dalam filem ini, akan disertakan kemudian. Harap maklum**.


MENGHANTUI PAWAGAM
28 JUN 2012
AKU, KAU DAN ANAK IKAN.. ops.. DIA la.. hehhe


amy's said: 'Aku, Kau & Dia', filem arahan Pierre Andre wajib tonton mulai 28 Jun 2012..

0 comments :