Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Jumaat, 15 Jun 2012

BILA DUA JELITAWAN MENGGANAS..

by: Admin
amyikram.blog@gmail.com

Siapa yang tidak kenal dengan dua pelakon jelita ini, Neelofa dan Anzalna. Kedua-dua mereka mempunyai ramai peminat dikalangan lelaki tidak mengira usia, pangkat dan keturunan. Senyuman masing-masing bisa mencairkan segenap hati dan jiwa insan bernama lelaki. Percaya atau tidak, kerana satu program yang dahulunya disertai bersama-sama, kini menjadi kontroversi dengan alasan 'masing-masing tidak puas hati'. Benarkah andaian ini?.

Neelofa ketika mengadakan sidang media baru-baru ini, menyifatkan Anzalna menabur fitnah ke atas dirinya, dan memohon pelakon seksi itu mengemukakan tuntutan maaf dan bukti selama 7 hari berkuatkuasa dari semalam. Sekiranya tidak, tindakan undang-undang akan di ambil bagi membersihkan nama Neelofa di atas kenyataan akhbar yang dibuat Anzalna sebelum ini.

Mengulas kenyataan Neelofa, pelakon seksi Anzalna Nasir ketika ditemubual rakan media mengandaikan beliau belum menerima apa-apa surat atau tuntutan dari Neelofa untuk dia berbuat demikian. Katanya lagi, 'walaupun dia mempunyai bukti yang mengatakan Neelofa bersalah atas isu yang sengaja ditimbulkan itu', bagi Anzalna ia cerita lama dan mahu aktress filem Azura itu berdamai dengannya.

'tak usah saman-menyaman, perkara kecil boleh disatukan', kata Anzalna mengakhiri perbualannya dalam satu pertemuan ekslusif bersama media baru-baru ini. Apa yang kami harapkan ialah, agar Anzalna dan Neelofa kembali berbaik semula dan usah bermasam muka kerana kita dalam satu industri tak baik bergaduh kerana apa yang kita perolehi itu adalah satu rezeki. Rezeki kita ada di mana-mana dan masing-masing akan menikmatinya.

Wallahuallam.

amy's said: Tak baik gaduh-gaduh.. korang kan cantik.. sama-sama cantik. Taste wokay kat Anzalna tue.. seksi dowh.. hehehe

0 comments :