Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Isnin, 25 Jun 2012

FILEM 'LEMAN' UNGGULI FILEM TERBAIK DI FESTIVAL FILEM DAN VIDEO PELAJAR MALAYSIA 9, 2012!

'Leman', yang diarahkan Ahmad Hafiz Rashid dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, dinobatkan sebagai Filem Pendek Terbaik di Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia (FFVPM9), 2012. Filem yang diterbitkan oleh Mohamad Syazwan Shuhaimi ini memenangi 4 kategori utama iaitu Skrip Terbaik, Pengarah Terbaik, Filem Terbaik Keseluruhan dan Filem Pendek Terbaik.

Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia kali ke-9 yang diadakan di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM Shah Alam pada 21 hingga 23 Jun 2012, ini merupakan festival filem yang dianjurkan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Bertemakan 'Anjakan Ke Arah Transformasi', FFVPM 9 dilihat sebagai satu pemangkin ke arah perubahan positif dalam penghasilan karya yang lebih kreatif dan inovatif.

Ditunjangi Prof. Madya Abdul Razak Mohaideen, FFVPM 9 menerima hampir 300 penyertaan dari pelbagai universiti tempatan dan swasta. Sebagai tuan rumah kepada penganjuran festival filem yang dikira cukup berprestij, FFVPM 9 dihadiri ramai selebriti dan penggiat filem tempatan. Dihoskan Farid Kamil dan Neelofa, FFVPM 9 antara festival filem yang akan melahirkan ramai penggiat dan pembikin filem muda yang mampu menggoncang industri filem tempatan satu hari nanti..


Antara pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan adalah:-

FILEM PENDEK TERBAIK
Leman - Universiti Teknologi Mara (UiTM)

FILEM DOKUMENTARI TERBAIK
Travelling Wheels - Universiti Tunku Abdul Rahman
(UTAR)

FILEM EKSPERIMENTAL TERBAIK
White head - Segi College

FILEM ANIMASI TERBAIK
Time - Universiti Teknologi Mara (UiTM)

FILEM IKLAN TERBAIK (TVC)
Takaful - Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka

FILEM HEBAHAN KHIDMAT AWAM (PSA)
Stay Fit - Kuala Lumpur Metropolitan University (KLMU)

VIDEO KLIP TERBAIK
Superman - Kuala Lumpur Metropolitan University (KLMU)

PENATAAN BUNYI TERBAIK
Orang Gaji Baru - Fakulti Filem, Teater & Animasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM)

GRAFIK TERBAIK
Tangled - Universiti Sains Malaysia (USM)

MUZIK TERBAIK
Paranoia - Fakulti Filem, Teater & Animasi , Universiti Teknologi Mara (UiTM)

SUNTINGAN TERBAIK
Kotak - Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (Aswara)

SINEMATOGRAFI TERBAIK
Paranoia - Universiti Teknologi Mara (UiTM)

PENATAAN SENI TERBAIK
Seri Panggung - Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (Aswara)

SKRIP TERBAIK
Filem Leman - Universiti Teknologi Mara (UiTM)

PENGARAH TERBAIK
Ahmad Hafiz Rashid - Filem Leman - Universiti Teknologi Mara (UiTM)

ANUGERAH KHAS JURI 1
Pari-Pari Ingin Terbang - Universiti Teknologi Mara (UiTM)

ANUGERAH KHAS JURI 2
Daughter Of A Gun - Segi Colloge ( mengangkat nilai noir )

FILEM PENDEK TERBAIK KESELURUHAN
Leman - Universiti Teknologi Mara (UiTM)

ANUGERAH KHAS FFVPM 9
Dato' M.Nasir

MALAYSIA BOOK OF RECORDS
Prof. Madya Abdul Razak Mohaideen
**mengarah paling banyak filem oleh seorang ahli akademik**

MALAYSIA BOOK OF RECORD
Abdul Rahman Hanafiah
**Orang pertama menyalin semula dialog 40 buah filem Seniman Agung P.Ramlee**

amy's said: Juri FFVPM 9 kali ini ialah Datin Paduka Shuhaimi Baba, Amir Muhammad, Saniboey, Ajami Hashim, Adam Salleh & Ahmad Ibrahim ( Mat London). Tahniah u all. nak DVD la..

5 comments :

owh filem student..ptot mcm tak penah dengar.hehehe

is Universiti Tun Abdul Rahman not Razak!!!!! please dun make such mistake on the name of the universty!

is Universiti Tunku Abdul Rahman not Razak!!!!! please dun make such mistake on the name of the universty!