Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Selasa, 12 Jun 2012

KHAZANAH FILEM KITA LETAK DI MANA?

Jika mahu mendapatkan filem-filem lakonan Allahyarham Tan Seri P.Ramlee dalam bentuk 35 mm filem, kita boleh mendapatkannya di Shaw Brothers yang masih terletak di Singapura. Mereka (Shaw Brothers) masih memegang hak cipta ke atas semua karya visual (filem) P.Ramlee. Bayangkan, betapa mahalnya setiap durasi dan minit dikira oleh Shaw Brothers sekiranya kita mahu mendapatkan sedikit petikan filem P.Ramlee atau keseluruhannya untuk dimasukkan ke dalam sesuatu projek. Ini pernah terjadi kepada produksi Pesona Pictures, ketika mahu menghasilkan Dokumentari P.Ramlee walaupun mendapat kerjasama dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia - FINAS- ( yang dahulunya dikenali Merdeka Film Production @ Studio Merdeka). Ini belum lagi filem-filem P.Ramlee yang disiarkan di stesen tv berbayar mahupun kerajaan di mana mereka (stesen tv) perlu berurusan dengan Shaw Brothers Singapura.

Program merakyatkan filem yang dianjurkan Finas mendapat kerjasama penuh dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK) antara program bulanan yang diadakan setiap bulan di Pawagam Collesium, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Program yang menayangkan filem-filem klasik bermula era P.Ramlee hinggalah ke zaman Tan Sri Jins Shamsuddin selalunya ditayangkan dalam format Digital Beta atau DVD. Cuma, ada sesuatu ketika ia ditayangkan dalam bentuk filem 35 mm itu pun sekiranya ada (filem lain) dan mendapat kelulusan dari Shaw Brothers ( bagi filem P.Ramlee). Tetapi ingat, ia bukan percuma kerana pihak Shaw Brothers mengenakan caj yang agak mahal kerana semua hak filem masih dipegang oleh mereka.

Namun begitu, sekiranya kita lihat pada filem-filem yang diterbitkan era 50-an hinggalah 90-an, Program Merakyatkan Filem akan mempunyai masalah untuk mendapatkan kualiti produk dalam bentuk reel filem 35mm. Bayangkan betapa banyaknya filem yang pernah diterbitkan Merdeka Film Production (Studio Merdeka), Cathay Keris, Jin Shamsuddin dan beberapa produksi lain (lihat content dalam Sinema Malaysia) tidak disimpan dalam bentuk reel filem 35 mm, itu pun hanya dimuatkan dalam bentuk DVD sahaja (jika ada). Percaya atau tidak, kita banyak kehilangan naskhah filem yang pernah diterbitkan oleh semua production filem sekitar tahun 1940 hinggalah 1990-an. Tetapi, untuk filem-filem sekarang, mahukah kita melihat situasi yang sama berlaku dan terus berlaku untuk tempoh 30 hingga 50 tahun akan datang?.

Industri Filem Malaysia kini dipelopori oleh beberapa produksi dan mereka yang mempunyai nama besar dalam dunia sinema tempatan. 'Tayangan Unggul, Grand Brilliance, Metrowealth Movies Producions (MiG), Skop Production, Excellent Pictures, Astro Shaw dan beberapa syarikat kecil lain membuktikan Sinema Malaysia sedang melonjak naik ke satu tahap yang amat memberangsangkan. Pelbagai genre filem menguasai industri sehingga kutipan tiket bagi filem-filem yang ditayangkan dipawagam mencecah puluhan juta ringgit sehingga karyawan filem boleh digelar Jutawan Filem. Namun, istilah 'jutawan' boleh dilupakan seandainya industri filem tempatan kita masih ditakuk lama dalam soal 'nilai harga dan khazanah filem'.


'Khazanah Filem' yang di maksudkan di sini ialah gudang menyimpan harta filem seperti filem-filem yang pernah diterbitkan oleh semua produser di Malaysia ; dalam satu arkib filem. Peranan ini perlu diambil perhatian oleh Arkib Negara Malaysia, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Filem Negara dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK). Apakah filem yang pernah diterbitkan sekitar tahun 1990-an, 2000-an, dan kini masih tersimpan rapi oleh semua penerbit filem kita?. Percaya atau tidak, hanya segelintir dari mereka masih menyimpan reel filem mereka, dan yang selebihnya 'hanya menyimpan sesuka hati ; kalau hilang, hilanglah dan kalau kena curi.. biarkan'. Wallahuallam.

Kesemua filem yang diterbitkan oleh pembikin filem kita mesti disimpan dalam bentuk reel filem. Saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan (KPKK) agar mewujudkan satu gedung filem yang menyimpan semua filem yang dihasilkan oleh semua produser filem. Dalam perkara ini, pihak penerbit filem harus bekerjasama menyerahkan reel filem mereka (35mm) kepada pihak yang bertanggung jawab (jika diwujudkan).Jikalau pihak penerbit lupa akan tanggung jawab mereka, pihak yang berkenaan yang telah wujud itu mesti mengambil respond atas perkara ini.
Oleh itu, sekiranya kita tidak ada rasa tanggung jawab dalam menyimpan khazanah filem kita untuk generasi akan datang ; mungkin 20 ke 30 tahun akan datang. Percayalah, semua filem yang pernah kita tonton sekarang akan lenyap dan hilang begitu sahaja. Mahukah perkara ini terjadi?.

Tepuk dada tanya selera..

amy's said: Semua filem yang dihasilkan oleh semua pembikin filem dan produser filem kita harus disimpan dalam bentuk reel filem .Bukan simpan dalam DVD atau Digital Beta Tape, Kerana Nilai sesebuah filem terletak pada 'reel filem itu'. Kalau tidak, khazanah filem kita akan menjadi seperti sekarang. Habuk pun tak de.

**pihak KPKK perlu wujudkan satu Arkib Filem dalam soal ini supaya arkib ini dapat menyimpan semua filem yang ada di Malaysia (diterbitkan oleh setiap produser) agar adapat digunakan generasi akan datang..**

2 comments :

applicable untuk filem yang di proses sepenuhnya dalam bentuk analog sahaja. Untuk filem yang di rakamkan dalam bentuk data, lebih baik jika ia disimpan dalam bentuk asalnya. Dan pada pendapat saya filem analog sepenuhnya juga boleh di scan dan di simpan dalam bentuk data juga. Teknologi mesin telekine sudah amat matang sekarang. Tapi jika salinan masih diperlukan, untuk nilai nostalgia atau sebagainya, kita ada ruang arkib filem yang agak moden di Filem Negara Malaysia. Rujuk laman FNM.

assalamualaikum wr, wb.AKI saya:IBU RAHMA dan SEKELUARGA mengucapkan banyak2
terimakasih kepada AKI SUBALA JATI atas angka togel yang di
berikan “4D” alhamdulillah ternyata itu benar2 jebol dan berkat
bantuan AKI SUBALA JATI saya bisa melunasi semua hutang2 orang tua saya yang
ada di BANK dan bukan hanya itu AKI alhamdulillah sekarang saya
sudah bisa bermodal sedikit untuk mencukupi kebutuhan keluarga saya
sehari2. itu semua berkat bantuan AKI SUBALA JATI sekali lagi makasih banyak
yah AKI… yang ingin merubah nasib seperti saya hubungi AKI SUBALA JATI di
nomor: (((—082—318—816—444_)))
dijamin 100% jebol saya sudah buktikan…sendiri….

Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!

1?Dikejar-kejar hutang

2?Selaluh kalah dalam bermain togel

3?Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel

4?Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat

5?Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..

Solusi yang tepat jangan anda putus asah….AKI SUBALA JATI akan membantu
anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
butuh angka togel 2D_3D_4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin 100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI SUBALA JATI DI NO: (((_082—318—816—444_)))
atau klik DISINI

angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/

angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/

angka GHOIB; malaysia

angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/

angka GHOIB; laos