Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Rabu, 13 Jun 2012

'PENCINTA' BUKAN FILEM SENI TAPI KOMERSIAL - KHIR RAHMAN

Selepas mencipta nama sebagai sutradara profilik yang disegani, Khir Rahman yang mengarahkan filem kontroversi '... Dalam Botol', mengakui 'agak bimbang' dengan karya keduanya , 'Pencinta' disifatkan agak 'komersial' berbanding '...Dalam Botol' yang sarat dengan bahasa filem dan falsafahnya yang tersendiri.

Walaupun belum menemui penonton di pawagam, 'Pencinta' antara filem kedua arahan Khir Rahman yang pastinya akan dinanti-nantikan oleh semua warga filem termasuk pengkritik filem dan pemerhati industri. '...Dalam Botol' yang diterbitkan Raja Azmi antara filem tempatan yang mempunyai jalur pemikiran, gaya bahasa dan gerak kerja kamera yang mempunyai maksud tersirat disebalik perilaku watak dan perwatakkannya.

Namun, untuk 'Pencinta', Khir Rahman menyuntik elemen seni dan komersial dalam satu filem. Ia membawa makna 'bahasa filem' mungkin tidak akan kelihatan dalam karya keduanya ini. Tetapi, dari segi cerita, plot dan sinematografi memang dijaga rapi bahkan ia merupakan antara karya yang 'ditakutinya' selama ini.

'Pencinta' yang diterbitkan Grand Brilliance ini dibarisi beberapa nama besar dalam dunia lakonan, antaranya Johan As'ari, Faizal Hussein, Siti Saleha, Dian P.Ramlee , Sein Ruffedge, Mira Liyana dan sebagainya. Ia merupakan sebuah cerita romantik yang terlarang antara watak Johan As'ari dengan Siti Saleha.

Dalam satu kenyataan kepada media, Khir Rahman menyifatkan 'Pencinta', bakal dikritik oleh semua pengkritik filem termasuk Hassan Abd. Muthalib kerana filem ini bukan filem seni yang ada bahasa filem, bahkan ia merupakan karya komersial yang sememangnya menjadi makanan penting dalam industri filem tempatan. Tetapi, dari segi kualiti filem dan cerita, memang diutamakan.

Bakal menemui penonton pada tahun 2013, 'Pencinta', karya kedua Khir Rahman ini pastinya akan mendapat perhatian ramai kerana 'sentuhan pertamanya' menerusi '... Dalam Botol', dilihat telah mengubah lanskap sinema tempatan sebaris filem-filem arahan Yasmin Ahmad.

amy's said: Tidak salah menghasilkan filem komersial, tetapi kualiti cerita mesti diutamakan.. jadi 'pencinta', memang akan ditunggu-tunggu ramai penonton filem.. yeahh


0 comments :