Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Khamis, 28 Jun 2012

'PENULIS SKRIP TEMPATAN TIDAK KREATIF,' - TUAN HJ BURHANUDDIN

Baru-baru ini Amy menghadiri satu seminar berkenaan 'Dokumentari dan Animasi', yang dianjurkan Asia Pacific Broadcasting Union (ABU) di Dewan Cendekiawan IPPTAR. Program yang dihadiri ramai penerbit televisyen dan dokumentari tempatan itu merupakan seminar yang mendapat kerjasama penuh dari Radio Televisyen Malaysia (RTM) melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK).

Program yang dikendalikan ABU itu mengundang beberapa pakar dalam dunia penerbitan dokumentari dari Jepun dan Korea bertujuan berkongsi pemikiran, idea dan ilmu khususnya buat pembikin dokumentari dan program tempatan. Selain dokumentari, Animasi juga menjadi taruhan ABU, yang cukup menarik untuk diterjemahkan.

Workhop ABU diteruskan lagi dengan penerangan eksklusif dari Tuan Hj. Burhanuddin Md Radzi, Managing Director of Les'Copaque Production Sdn Bhd. Kemunculannya amat dinanti-nantikan peserta worksop bagi mendengar 'pengalaman berharganya', dalam dunia penerbitan program animasi melalui 'Upin dan Ipin', sehingga mendapat perhatian masyarakat luar ; sekaligus menjadi antara animasi tempatan yang cukup popular di Malaysia, Indonesia dan Singapura.


Apa yang tidak sedap didengar ialah kandungan ceramahnya sedikit sebanyak menyentuh elemen 'negatif' terhadap industri filem dan hiburan tempatan. Menurutnya lagi, 'semua filem dan drama tempatan yang dihasilkan oleh mana-mana produser di Malaysia dilabelkan sebagai 'sampah'. Beliau juga menuding jari kepada semua penulis skrip di Malaysia yang dianggap tidak 'kreatif' dalam menterjemahkan isi cerita dan plot kandungannya.

Dengan merujuk kepada karya terbitannya sendiri, 'Upin dan Ipin' sebagai yang terbaik, Tuan Hj Burhanuddin berharap agar industri animasi tempatan dapat pergi jauh dan dikenali di negara luar, memandangkan kita kekurangan karya yang mantap untuk dibawa ke peringkat antarabangsa. Selain Upin dan Ipin, animasi Puteri terbitan syarikatnya, Les'Copaque Production Sdn Bhd dalam rangka jadual untuk dipasarkan.

p/s: Tuan Hj Burhanuddin juga merangka pelan untuk membina Taman Tema Upin dan Ipin agar ia setanding dengan Universal Studio dan Walt Disney. Moga berjaya wokay!

1 comments :

mmg byk giler dh keuntungan upin ipin ni..kaya2