Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Rabu, 27 Jun 2012

RAJA AZMI DAN JALANI SIDEK SAH BERCERAI TALAK SATU!


Setelah 28 tahun melayari bahtera perkahwinan sebagai suami isteri, penerbit filem kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman (53) dan Jalani Sidek (49) bekas Jaguh Badminton Negara, hari ini 27 Jun 2012 bukan lagi sebagai suami isteri. Pasangan sensasi yang sering kali mencetuskan polimek itu, bercerai talak satu dihadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin. Penceraian secara mengejut itu dibuat atas persefahaman masing-masing, mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor, No 2, 2003 kira-kira pukul 3.25 petang.

Ketika ditemui media sebentar tadi, Raja Azmi menyifatkan penceraiannya dengan Jalani Sidek dibuat dengan kata sepakat, dengan alasan mereka tidak serasi lagi, dan bukannya disebabkan orang ketiga. Penjelasan Raja Azmi itu menyangkal beberapa pandangan sebelum ini yang mengatakan ia berpunca dari seorang wanita bergelar Datin. Walaupun dilihat agak sedih dengan keputusannya yang dibuat, Raja Azmi berharap agar tidak timbul spekulasi negatif membabitkan Jalani Sidek lagi.


Sementara itu, menurut Jalani Sidek, 'beliau menceraikan Raja Azmi bukan sebab mereka tidak bahagia tetapi dia (Jalani) mahu bersikap adil terhadap Raja Azmi yang seringkali menjadi tohmahan masyarakat atas beberapa perkara yang tidak masuk akal. 'Biarlah saya berkorban untuk melepaskannya pergi demi kebaikan bersama. Walaupun kami bukan suami isteri lagi, tetapi kami tetap akan berkawan demi anak-anak', kata Jalani mengakhiri pertemuannya sebentar tadi.

Pasangan itu yang hadir ditemani anak perempuannya, Puteri Suaida (23) bersetuju menyelesaikan pembahagian harta sepencarian bersama di luar mahkamah. Raja Azmi dan Jalani Sidek yang bernikah pada 23 Disember 1984 dikurniakan 3 orang anak termasuk Puteri Suaida iaitu Puteri Suraya (27) dan Megat Deli (18), disamping dikurniakan seorang cucu iaitu Muhammad Akid Mohd Shadan, anak Puteri Suraya dengan Shadan Hashim, pengarah filem.

Raja Azmi yang sebelum ini menerbitkan 4 buah filem iaitu Black Widow Wajah Ayu (1994), Cinta 200 Ela (2002), Haru Biru (2007), dan ... Dalam Botol (2011), khabarnya akan menerbitkan sebuah filem lagi untuk tayangan 2013 iaitu filem Anak Ikan, yang dijangka pengambarannya hujung tahun ini. 'Anak Ikan' yang bakal diarahkan 3 orang pengarah, merupakan sebuah filem yang mempunyai 3 cerita berbeza dalam sebuah naskhah.

Raja Azmi yang bercerai pada hari ini, 27 Jun 2012 merupakan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-53. Amy mengucapkan semoga Raja Azmi panjang umur dan bahagia selalu.

Amin..
Paparan Ekslusif Raja Azmi dan Jalani Sidek

video


1 comments :

pulak dh..ish2 baru je kuar MASTERCHEF..skrg kuar mhakamah cerai lak