Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


BELAGU BUKTI KEMAMPUAN SENI DAYANG

Persembahan Dayang diiringi Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) membuktikan kemampuan Dayang membawakan seleksi lagu klasik melayu tampak elegan dan mewah.

NABIL AHMAD, DOUGLAS LIM, DR J.RAM TAMPIL DALAM FAMILY FUED MALAYSIA BERMULA 27 MAC INI

Alami pengalaman penontonan baharu melalui Family Feud Malaysia di Astro yang diadaptasikan dari sebuah program tv terkenal luar negara.

ASTRO RAIKAN RAMADAN DENGAN SAJIAN PELBAGAI RANCANGAN DAN PROGRAM MENARIK

Sempena bulan Ramadan penuh keberkatan, Astro tampil meraikan Ramadan dengan pelbagai karya tontonan khususnya buat pelanggan Astro.

ANTARA MITOS DAN FANTASI. HARUM MALAM SETARAF FILEM SERAM HOLLYWOOD?

Bukan sahaja sebagai sebuah karya seram tempatan yang berbeza, namun Harum Malam wajar diakui sebagai sebuah filem Malaysia bertaraf antarabangsa.

VIU DAN ASTRO JALIN KERJASAMA STRATEGIK?

Alami pengalaman penontonan baharu melalui kerjasama strategik antara viu dan ASTRO yang mampu membuka lebih luas pasaran dalam bidang penyiaran dengan pelbagai rancangan terbaik seluruh Asia.

Isnin, 30 Julai 2012

TARIKH TAYANGAN 'TANDA PUTERA' JADI TANDA TANYA

FILEM terbaru, Tanda Putra yang ditunjangi oleh Rusdi Ramli membawa watak Tun Abdul Razak dan Zizan Nin sebagai Tun Dr. Ismail adalah naskhah filem yang cukup hebat berbanding filem-filem kenegaraan lain.

Filem arahan Shuhaimi Baba itu mengenai dua tokoh, Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan Timbalannya, Tun Dr. Ismail mendepani detik getir rusuhan kaum. Malah masing-masing berahsia dan mengenepikan masalah kesihatan bagi memulihkan keadaan negara selepas terjadinya peristiwa hitam 13 Mei 1969.

Namun filem yang sebelum ini dijadual ditayangkan 13 September nampak gayanya tidak menjadi kenyataan. Semua ini gara-gara ditunda kepada satu tarikh yang sehingga kini masih menjadi tanda tanya.

Menurut laporan, filem ini telah diluluskan oleh LPF (Lembaga Penapisan Filem) dan jawatankuasa Syarat Wajib Tayang telah menetapkan tarikh tayangan. Pada amalan biasa, ia sudah tidak ada masalah.

Namun ada campur tangan dari pihak ketiga yang menunda tarikh tayangan. Ini membuatkan Tanda Putera tergantung dan tidak tahu bila akan ditayangkan atau terus tidak ditayangkan.

Ini menimbulkan pelbagai persepsi, apa lagi setelah pihak FINAS menganggap tarikh 13 September tidak sesuai untuk tayangan filem ini. Sebabnya pada tarikh tersebut banyak perayaan yang sedang disambut dan orang tidak pergi ke pawagam.

Alasannya, apabila penonton sibuk dengan majlis perayaan, fokus mereka untuk menonton filem hebat ini akan terganggu dan mungkin akan merencatkan jumlah penonton ke panggung.

Dalam pada itu, ada juga yang menganggap penundaan itu kerana kemungkinan Pilihan raya Umum ke 13 akan diadakan pada bulan September nanti. Tetapi apa kena mengena pilihan raya dengan tayangan filem? Orang bukan hendak berkampung di tempat mengundi berminggu-minggu dan mereka tidak boleh menonton filem. Alasan ini sangat kelakar.

Walaupun tarikh tayangan ditunda, sepatutnya tarikh tayangan yang terbaru perlu diberitahu secara lebih spesifik, contohnya ditunda selama setahun bahkan dua tahun sekalipun tarikh tersebut perlu diumumkan bukan dibiar penuh tanya tanya seperti ini.

Malangnya pihak ketiga tidak memunculklan diri supaya kita boleh bertanya kewajaran menunda filem ini. Belum pernah lagi dalam sejarah filem negara ini ada pihak begitu "prihatin" hingga tarikh tayangan jadi kucar kacir begini. Adakah ini satu keprihatinan atau mengacau tayangan filem ini kerana sebab-sebab lain yang tidak tertulis?

Adakah peristiwa 13 Mei yang diselitkan dalam filem ini menjadi punca ia ditunda? Kalau benar ini puncanya, cakaplah supaya kita boleh berhujah. Memang tidak logik tunda untuk mencari tarikh sesuai. Formula tarikh yang sesuai itu apa?

Peristiwa 13 Mei sebenarnya sudah dibuang hampir 30 peratus selepas ditonton oleh pelbagai pihak dalam sesi kumpulan tumpuan (focus group) yang diadakan oleh pihak produksi.

Adegan-adegan yang menyentuh sensitiviti kaum dalam peristiwa bersejarah terpaksa disunting setelah menerima pandangan pelbagai pihak yang telah menonton filem ini.

Laporan juga mengatakan mereka yang terlibat dalam kumpulan tumpuan tersebut terdiri daripada pelbagai pihak termasuk pelbagai bangsa dan latar belakang untuk memberikan pandangan mereka sama ada adegan-adegan tersebut sesuai ditayangkan atau pun tidak.

Jadi kenapa perlu ditunda tarikh tayangan filem ini? Kurang cerdiklah sekiranya filem menelan belanja RM4.8 juta ini tidak ditayangkan kerana ada pihak takut dengan bayang-bayang. Sedangkan pengarahnya melakukan kajian yang lama dan teliti.

Filem yang berlatarkan akhir tahun 1960-an dan awal 1970-an ini turut dibintangi Faezah Elai (Toh Puan Rahah), Linda Hashim (Toh Puan Norasyikin), Kamarulzaman Taib (Tunku Abdul Rahman), Hasnul Rahmat (Tun Hussein Onn), Norman Hakim (Ketua Polis Negara, Hanif Omar), Sahee Shamsuddin (Najib Razak), Razif Hashim (Johari Razak), Nazril Idrus (Mahathir Mohamad) dan ramai lagi. - UTUSAN MALAYSIA

p/s: tunggu ajelah tayangannya ye..

Ahad, 29 Julai 2012

RECCEE LOKASI PENGAMBARAN 'ANGIN MENDERU' PART 1


Assalamualaikum.. Rasanya macam dah lama tak updated blog. Untuk makluman pembaca, amy sekarang berada di Batu Pahat, Johor Bharu. Amy kat sini sejak dari 27hb Julai hingga 31 Julai 2012, tujuannya mencari lokasi bagi penggambaran filem dokumentari bertajuk 'Angin Menderu'.

Dokumentari ini diarahkan pelakon filem berkaliber, Hasnul Rahmat. Kami berada di sekitar Johor, merangkumi Parit Sulong, Pagoh, Peserai, Parit Simen, Minyak Beku dan banyak lagi lokasi-lokasi menarik yang bakal dimuatkan dalam beberapa scene bagi penerbitan filem dokumentari tersebut.

Apa yang menariknya tentang 'Angin Menderu', ini ialah treatment jalan ceritanya. Ia berkisarkan tentang Lagu-Lagu Klasik era filem melayu zaman Shaw Brothers dan Cathay Keris. Ia menampilkan kembali Primadona Filem Melayu Klasik - Neng Yatimah, Hashimah Yon, Datuk Maria Menado, Zaiton, serta pemilik suara emas, Momo Latiff.

Untuk makluman anda, kebanyakkan suara yang digunakan bagi setiap pelakon wanita zaman Cathay Keris dan Shaw Brothers menggunakan suara Biduanita Momo Latiff. Momo Latiff masih hidup dan sihat, begitu juga dengan pelakon air mata, Neng Yatimah, Bintang Hashimah Yon dan banyak lagi.

Berbalik kepada perjalanan selama 5 hari di Johor Bharu, amy sempat merakamkan gambar-gambar rumah lama dan beberapa lokasi yang mungkin dijadikan sebahagian latar cerita bagi 'Angin Menderu'. Kepada pembaca yang dihormati, mulai hari ini (29hb Julai 2012 hingga 9 August 2012), blog ini akan memaparkan secara eklusif tentang catatan terkini perjalanan Angin Menderu yang dijangka akan menjelajah masuk ke Singapore dan Indonesia, selepas proses di Johor Bharu selesai dengan baik.

Wallahuallam.

GAMBAR MENARIK RECCEE LOKASI 'ANGIN MENDERU'
(ia sekadar cadangan ; belum dipastikan - sekadar berkongsi)









p/s: Aktiviti 'Angin Menderu' secara live dipaparkan di laman twitter.. . Jadilah sebahagian dari followers kami. Selain itu, kami juga ada facebook page. klik sini


**kami akan menyusuri masuk ke Singapura dan Indonesia dalam bulan August 2012. Nantikan info dan berita menarik akan diupdated dari semasa ke semasa.**

Khamis, 26 Julai 2012

QUBE DIGITAL CINEMA SYSTEM IN MALAYSIA


Cinema technology has been developing from time to time in accordance with the high demand for a better cinematic experience. The latest addition to the recent developments now sees D' Cinema introducing a new filming technology called the Qube Digital 2D & 3D.

Qube Digital Cinema System is a digital cinema technology that will aid filmmakers in producing higher quality films that are up to international standards.

The system provides 2D and 3D cinematic experience with 5.1 surround sound.

Currently, there are 2,500 cinemas utilizing the Qube Digital Cinema System in countries like America, Europe, Middle East, Africa, Australia, India and Korea.

The digital system benefits the maintenance of the film picture quality as it helps to sustain some portion of the film reel well even when they are used in extreme conditions. Qube also provides audiences a sharper, louder and better sound experience in the cinema.

Looking at the financial aspects, the Qube system is expected to cut down the cost of pre-production mastering work by up to 60 per cent by utilising its technology. It's also capable to cut down film piracy as its anti-piracy technology used by the system fits the global standards in encryption and water marking.

Mr. Maraz, the owner of D' Cinema Sdn Bhd who is credited for his years of contribution to the Malaysian film industry, will be the distributor who provides the digital system to all cinemas in Malaysia. - CINEMA ONLINE

Rabu, 25 Julai 2012

YASMIN AHMAD MEMORY ( 7 JANUARY 1958 - 25 JULY 2009)


Hari ini 25 Julai 2012, genap 3 tahun pemergian Pengarah Filem tersohor negara, Allahyarham Yasmin Ahmad ke rahmatullah. Banyak cerita dan kenangan manis yang masih terpahat di sanubari dan minda segenap peminat filem dan warga Malaysia amnya.

Beliau antara 'Satu Dalam Sejuta' yang tiada tandingannya. Moga rohnya abadi di sana dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Walaupun beliau sudah lama meninggalkan kita, namun karyanya masih segar diingatan aku..



Tangisan Kerinduan

p/s: thanks to Adibah Noor (Beautiful Voice), Primeworks and all my supporter..
AL FATIHAH

Selasa, 24 Julai 2012

AKTIVITI TERKINI JKKN SEMPENA RAMADHAN

BERTERASKAN tema tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) menganjurkan aktiviti seni budaya yang berasaskan tradisi bagi menyambut bulan Ramadan.

Festival ini bertujuan untuk meningkatkan aspirasi rakyat Malaysia terhadap bulan Ramadan selain bertujuan menyemarak kegiatan kerohanian di kalangan generasi muda semasa bulan mulia.

"Sebagai sebahagian daripada keluarga Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), JKKN telah berusaha untuk mengekal dan mengembangkan kebudayaan dan kesenian ke segenap lapisan masyarakat.

"Lantaran itu, JKKN tidak bersendiri melaksana Festival yang julung kali diadakan di Malaysia ini.

"Rakan kerjasama utama kami iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MAIWP), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

"Malahan media penyiar (radio) Klasik Nasional dan Ikim.fm, Muzium Kesenian Islam, NAZA World (penaja kenderaan rasmi Festival Kuala Lumpur 2012), Sungei Wang Plaza dengan kerjasama RTM dan kariah-kariah masjid sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya turut sama berganding bahu menjayakan festival yang pertama seumpamanya di Malaysia ini," kata Ketua Pengarah JKKN, Datuk Norliza Rofli.

Festival itu juga merupakan sebahagian daripada kehangatan Festival Kuala Lumpur yang giat dilaksanakan sepanjang Julai dan terus disemarakkan dengan sambutan Ramadan.

Menurut Norliza, festival berkenaan bersesuaian dengan tradisi masyarakat Islam di Malaysia yang menyambut Ramadan dengan aktiviti tadarus al-Quran, berzanji, marhaban dan sebagainya.

Program-program baru itu menjurus kepada suasana baru dalam seni budaya dan bukan sekadar penjenamaan semata-mata.

Misalnya aktiviti seperti berzanji, marhaban, nasyid bahkan program meramaikan masjid sempena bulan Ramadan sudah lama menjadi tradisi dan budaya masyarakat beragama Islam di negara kita namun tidak pernah menjadi sebagai sebahagian acara mega.

Festival Ramadhan akan merangkumi program-program kerohanian, persaudaraan dan komuniti seperti berzanji, tadarus Al-Quran dan Pertandingan Cipta Lagu Nasyid.

Turut dianjurkan Pertandingan Cipta Lagu Raya, Pertandingan Nasyid, Pertandingan Marhaban, Konsert Ruhani, Pameran Kaligrafi, Peragaan Busana Islam, Pertandingan Busana Islam serta program Jom Berbuka Puasa selain Solat Terawih Perdana.

Antara aktiviti utama ialah Pameran Kaligrafi Islam, Pertandingan Tulisan Khat, Bengkel Kaligrafi dan Bengkel Kraf untuk Kanak-kanak bermula 21 Julai hingga 17 Ogos 2012.

Pertandingan Cipta Lagu Raya dan Lagu Nasyid pula akan dikendalikan oleh Klasik Nasional (Bagi Lagu Raya) dan Ikim.fm.

Sementara itu, Konsert Ruhani diadakan pada 11 Ogos 2012 dari pukul 3 hingga 6 petang, berteraskan bacaan ayat suci Al-Quran, gambus solo dan berkumpulan, Lagu-lagu Puisi Keruhanian dan Nyanyian Nasyid serta Dikir Barat di Pentas Bergerak, Panggung Bandaraya DBKL, Kuala Lumpur.

Orang ramai boleh ke www.klfestival.org untuk mengetahui tentang aktiviti tersebut secara lebih lanjut.

Isnin, 23 Julai 2012

BLOG SINEMA MALAYSIA 'SEPI' ?


Dalam dunia sinema tempatan, blog antara kolum wajib yang seringkali menjadi medium utama khusus buat peminat filem, pengkritik filem dan pemerhati industri untuk sama-sama mencari maklumat terkini dalam sesebuah karya. Blog Sinema Malaysia antara pusat info yang dilayari ramai pembikin filem samada pengarah, produser, pelakon, pelajar filem, peminat filem dan banyak lagi. Sinema Malaysia antara blog kelolaan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Namun, blog tersebut seolah-olah 'sepi' tanpa penghuni kerana segala info terkini dunia sinema tempatan tidak dikemaskinikan seolah-olah industri filem tidak berkembang. Kebanyakkan di antara mereka terpaksa mencari altenatif lain untuk mendapatkan sumber maklumat dalam sesebuah filem, samada filem baru atau dalam proses penerbitan mahupun penggambaran. Sinema Malaysia antara blog khusus yang memberi peluang kepada pembikin filem dan produser filem mempromosikan karya mereka agar diketahui ramai dan disampaikan seluruhnya.

Sekiranya perkara ini tidak dipandang remeh oleh pihak yang berkenaan dalam memantapkan jalur pemikiran Sinema Malaysia ke satu tahap yang baik, industri filem tempatan kita tidak mampu diakses lebih jauh oleh mereka yang meminatinya atau membawanya sehingga ke satu tahap yang sepatutnya.

Tepuk dada tanya selera..

Ahad, 22 Julai 2012

INDUSTRI FILEM TEMPATAN: KUALITI DAN KUANTITI PERLU SEIRING

INDUSTRI filem tempatan dikatakan semakin berkembang apabila jumlah filem bertambah dari tahun ke tahun sekaligus melepasi fasa "kering" sepuluh tahun lalu. Tahun ini misalnya, sebanyak 37 filem telah ditayangkan sehingga Jun lalu dan dijangka 60 filem ditayangkan hingga akhir tahun ini.

Berbanding tahun lalu hanya 42 buah filem ditayangkan dan perkembangan ini jika dilihat sudut kuantiti adalah suatu yang membanggakan. Tetapi filem bukanlah barangan dagangan kerana ia sebuah karya yang bersangkut paut tamadun dan budaya sesuatu bangsa.

Maka mahu tidak mahu filem juga ditanya pencapaian kualitinya. Daripada filem yang ditayangkan tahun ini misalnya, berapa filem yang boleh dikelaskan mempunyai kualiti yang selayaknya? Ini kerana kutipan box office dan belanja pembikinan bukanlah penanda aras kualiti sesebuah filem.

Kecenderungan sesetengah penerbit filem memilih kuantiti dan mengabaikan kualiti asalkan filemnya mendapat pulangan besar. Inilah yang membimbangkan sesetengah pihak yang masih percaya bahawa filem mesti mencerminkan sosiobudaya bangsa.

Inilah yang dibahaskan dalam Dialog Sri Pentas anjuran Media Prima Berhad di Sri Pentas, Bandar Utama Jumaat lalu. Dialog ini mengingatkan kita kepada siri Dialog Cerdik di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tahun 1985 dulu. Idea Dialog Sri Pentas dicetuskan oleh Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaaffar yang juga penggerak Dialog Cerdik dulu.

Ahli panel terdiri daripada Rektor ASWARA Profesor Dr. Hatta Azad Khan, Penolong Pengarang Mingguan Malaysia Ku Seman Ku Hussain dan pengarah filem Puteri Gunung Ledang, Saw Teong Hin. Moderator ialah Zainuri Misfar dari Berita Harian.

Menurut Dr. Hatta, perkembangan dalam industri perfileman ketika ini adalah positif kerana wujud persaingan sihat antara pembikin-pembikin filem.

Situasi ini berlaku disebabkan teknologi terkini dalam pembuatan filem yang membolehkan pembikin menghasilkan filem dengan lebih mudah dan cepat.

"Dengan adanya teknologi terkini, proses penyuntingan misalnya cukup cepat berbanding sebelum ini yang mengambil masa berbulan lamanya untuk disiapkan. Perkara ini membuatkan penghasilan filem menjadi mudah dan kuantitinya semakin bertambah," tegas Dr. Hatta yang pernah menghasilkan filem Mat Som dan Wayang.

Tetapi beliau juga melihat peri pentingnya pembikin filem memberikan sesuatu yang berguna kepada penonton dalam karya mereka. Beliau sama sekali tidak menentang filem yang mengambil pendekatan popular tetapi perlu ada sesuatu di dalamnya.

Bagaimanapun daripada pengamatan beliau, sesetengah penerbit ketika ini bukan setakat mendapat untung tetapi mahu keuntungan berganda sekalipun sedar filem mereka tidak memberi ada-apa kepada penonton.

"Ketika ini filem bercorak gengster dan mat rempit menjadi pilihan penerbit kerana ini menjadi kegemaran penonton tempatan. Tetapi gambaran yang diberikan di luar realiti sosial. Saya tidak percaya gengster begitu berleluasa seperti yang digambarkan," ujar beliau lagi.

Menjawab persoalan adakah belanja besar menjadi faktor melahirkan filem berkualiti, tegasnya, belanja besar bukan penentu kualiti sesebuah filem.

"Filem Iran, Children of Heaven yang dihasilkan pada tahun 1998 misalnya hanya menelan belanja RM570 ribu sahaja, namun filem tersebut telah memenangi Anugerah Filem Luar Negara Terbaik di Festival Filem Cannes. Ini membuktikan belanja tinggi bukan faktor filem yang berkualiti," jelasnya.

Ku Seman pula menekankan filem bukanlah produk hiburan semata-mata dan memberi contoh di mana Yahudi yang menguasai Hollywood menggunakan filem untuk meniup propaganda kononnya Yahudi bangsa yang dizalimi.

Holocaust"Selepas Perang Dunia Kedua, Yahudi bangkit dan menghasilkan filem-filem yang bertema Holocaust. Dianggarkan tidak kurang 160 filem yang dipanggil Holocaust cinema dihasilkan hingga kini. Kesan daripada filem bertema Holocaust ini, kita bersimpati dengan Yahudi dan propaganda mereka berjaya," tegas Ku Seman. Ini menunjukkan filem mempunyai peranan yang jauh lebih besar daripada salah satu produk hiburan untuk diperniagakan.

Menurutnya, filem-filem bertema Holocaust ini memperlihatkan pembikinan yang berkualiti, pengarahnya hebat dan ceritanya sentiasa memikat. Di sebaliknya tanpa disedari disuntik propaganda bahawa Yahudi dianiaya dan mereka patut disimpati.

Filem-filem ini tidak akan memikat penonton, mempersonakan juri untuk diberi anugerah kalau tidak berkualiti sebagai sebuah karya seni. Maknanya kualiti tetap diperlukan untuk menyampaikan propaganda.

"Saya mahu tegaskan di sini bahawa filem berkualiti tidak semestinya filem berat atau tidak ada elemen popular. Genre komedi atau seram juga boleh jadi filem berkualiti asalkan ada wacana dalamnya," katanya yang menegaskan bahawa pembikin filem adalah pemikir yang bukan sahaja mengikut selera penonton tetapi mencorakkan pemikiran penonton.

Bagi Saw Teong Hin pula, beliau realistik bahawa di mana-mana negara sekalipun filem tidak dapat dipisahkan dengan perniagaan. Ini kerana filem adalah karya yang menuntut belanja besar. Tetapi pada masa sama pencapaian kuantiti dan kualiti perlu diseimbangkan sebagai kelangsungan industri ini.

"Bagi saya ukuran kualiti sebenarnya bukanlah teknik pergerakan kamera dan syot sahaja, tetapi juga pengisian serta pengolahan. Filem-filem cinta dahulu sehingga sekarang sebenarnya mempunyai jalan cerita yang sama tetapi cara pengolahan. Bagi saya perkara utama yang menentukan sesebuah filem itu berkualiti atau tidak adalah cara penceritaannya," jelasnya.

Beliau tidak menafikan bahawa pengarah filem ada kalanya tersepit antara kehendak penerbit yang hanya mahu keuntungan dan pengarah yang mahukan kualiti. Dalam keadaan ini, pengarah yang menumpukan sepenuh masa dalam pengarah terpaksa mengalah walaupun itu bukan kehendak pengarah.

Menurutnya, antara aspek yang perlu diberi penekanan dalam industri filem tempatan adalah strategi pemasaran yang agresif. Inilah yang dilakukan oleh Hollywood untuk memastikan filem-filem mereka mendapat sambutan.

"Kekuatan strategi pemasaran mereka hingga membuatkan seolah-olah kalau kita tidak menonton kita akan ketinggalan zaman. Begitulah hebatnya strategi pemasaran Hollywood," tegas Saw Teong Hin lagi.

Sementara itu Johan ketika ditemui selepas dialog itu berkata, ia bertujuan membincangkan segala permasalahan serta perkembangan terkini mengenai industri seni serta media tempatan dan dirancang diadakan setiap bulan.

Menurutnya, forum seperti ini mampu memberikan ilmu berguna serta bertukar-tukar pendapat antara penggiat seni tempatan.

"Dialog ini akan diteruskan pada hari Jumaat minggu ketiga setiap bulan bagi memastikan industri seni kita dapat dibincangkan secara terbuka dan dengan cara ini juga kemungkinan masalah yang ada dalam industri kita dapat diselesaikan," jelasnya. Turut hadir pada forum itu ialah pengarah filem Shuhaimi Baba, penerbit filem Panshah serta pegawai-pegawai kanan kumpulan Media Prima Berhad. - UTUSAN MALAYSIA

p/s: sekadar berkongsi artikel dari Utusan Malaysia buat semua..

Sabtu, 21 Julai 2012

'BONUS RAYA AIDILFITRI PENJAWAT AWAM IKUT KEMAMPUAN' - DATUK SERI NAJIB RAZAK

Pemberian imbuhan sempena Aidilfitri kepada penjawat awam adalah bergantung kepada kemampuan kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dengan wajah yang ceria, Najib berkata beliau akan melihat 'buku kira-kira' kerajaan terlebih dahulu berhubung perkara itu.

"Nantilah kita semak-semak dahulu, belek-belek dahulu, kena tengok-tengok buku kira-kira dahulu...kalau apa-apa pun kita semak dahulu, apa-apa keputusan mesti berdasarkan kepada kemampuan kerajaan," katanya kepada pemberita di Pekan, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengenai pemberian imbuhan itu baru-baru ini.

Pada 16 Julai, Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata pihaknya sedang mencari pendekatan terbaik bagi memastikan 1.4 juta penjawat awam mendapat imbuhan itu dan tidak menyebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan seperti menaikkan harga barangan.

Najib ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan cek Durian Runtuh Felda Fasa 2 dan pakaian kepada Pegawai-pegawai Masjid serta sumbangan Apron kepada peniaga dan bantuan cermin mata kepada penduduk Pekan di Dewan Umno Pekan, di Pekan.

Dalam ucapannya beliau menegaskan agar pihak yang tidak berpuas hati dengan kerajaan tidak menghalang usaha kerajaan dalam memajukan negara.

Mengambil contoh penyenaraian saham Felda Global Ventures Holding Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia, beliau berkata, pihak yang cuba menghalang disifatkan sebagai busuk hati kerana tidak suka melihat kerajaan membantu meningkatkan kehidupan rakyat.

"Jangan halang usaha kerajaan untuk majukan negara dan rakyat, tidak sokong tidak apa...dalam hal ini (penyenaraian FGVH) kita tak boleh halang sebab ini adalah hal yang baik dan untuk kebaikan rakyat," katanya.

Bercakap kepada pemberita kemudian Najib berkata jika peneroka ingin membeli tambahan saham, mereka perlu membelinya di pasaran saham terbuka.

"Pihak Felda perlu membantu peneroka untuk membelinya di pasaran terbuka dengan harga semasa. Walaupun peneroka telah ditawarkan dengan 800 unit saham ketika saham tersebut dilancarkan mereka juga tetap dapat keuntungan kerana 20 peratus saham FGVH telah dimasukkan ke dalam tabung amanah yang akan membayar dividen setiap tahun kepada mereka," katanya.

Ditanya mengenai laporan akhbar berhubung senarai awal calon BN yang ditolak 50 peratus daripadanya, Najib berkata:

"Kita belum memuktamadkan calon-calonnya dan kita akan memutuskannya apabila tiba masanya,
jadi semuanya hanya spekulasi. Umno pun belum, kita tengah semak-semak dan
belek-belek lagi," katanya.

- Bernama

Jumaat, 20 Julai 2012

SALAM RAMADHAN 1433H


21 Julai 2012 (esok) bersamaan 1 Ramadhan 1433H, umat islam di seluruh dunia akan menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Di samping menyambutnya dengan berpuasa di siang hari ; menjaga tingkah laku merangkumi perbuatan, pandangan mata, percakapan dan sebagainya. Ramadhan tahun ini diharapkan dapat memberikan banyak keberkatan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Dalam menunaikan tanggungjawab kita sebagai manusia yang hidup di muka bumi - bekerja mencari rezeki, jangan lupa menunaikan solat lima waktu di samping ibadah terawih di malam hari yang tentunya menjanjikan banyak faedah dan fadilatnya..

Selamat berpuasa, selamat bersahur dan selamat menyambut Ramadhan 1433H.

FADILAT TERAWIH..

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Khamis, 19 Julai 2012

FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-25 (FFM25) MILIK SIAPA?

FESTIVAL Filem Malaysia (FFM) adalah anugerah paling penting buat para karyawan perfileman tempatan dalam mengiktiraf para penggiatnya sejak pertama kali dianjurkan oleh Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia (EJA) pada 1980.

Selepas dua kali dianjur EJA, festival itu diteruskan penganjurannya oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). Tugas itu juga pernah dilaksanakan oleh Gabungan Persatuan Karyawan Perfileman Malaysia (Gafim) dan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM).

Selepas itu, Finas sekali lagi mengambil alih tanggungjawab tersebut. Bagaimanapun pada FFM yang ke-24 tahun lalu, Gafim diberi kepercayaan menganjurkannya.

Tahun ini penganjuran FFM sekali lagi menjadi isu hangat kerana sehingga kini, belum ada berita tentang penganjuran FFM edisi yang ke-25. Tahun lalu FFM24 yang berlangsung pada 20 November di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) memang meriah.

Tiga bulan sebelum penganjuran FFM24 sudah ada banyak perancangan tentang penganjurannya. Ia termasuklah simposium, tayangan filem, seminar dan forum berkaitan bidang dan acara tersebut. Sayangnya, sehingga kini sebarang berita tentang penganjuran FFM25 belum juga muncul-muncul.

Menurut sumber, difahamkan Finas akan menganjurkan sendirian FFM25 yang dijangka sekitar November atau Disember ini. Khabarnya juga tiada lagi pembabitan Gafim dalam penganjuran festival kali ini. Kenapa begitu?

Ia mungkin ada kaitan dengan kontroversi yang tercetus pada tahun lalu menerusi kategori Pengarah Harapan yang dimenangi oleh Jurey Latif Rosli yang juga Presiden Gafim. Filem berjudul Libas yang diarahkannya itu turut mengungguli kategori Cerita Asal Terbaik.

Kontroversi itu mungkin dijadikan alasan oleh sesetengah pihak mengapa FFM25 kali ini harus diteruskan semula oleh Finas yang tidak mewakili kepentingan mana-mana pihak.

Namun, bagi memantapkan lagi penganjuran terutamanya penjurian dalam FFM25, Finas harus juga mewujudkan satu badan yang menilai dan mengkaji setiap calon yang dipertandingkan. Modul dan kriteria itu adalah yang banyak diguna pakai dalam festival-festival filem seperti di Amerika Syarikat.

Pada masa sama Gafim mendakwa hak penganjuran FFM adalah hak mereka. Dakwa orang kuat gabungan persatuan itu lagi, FFM telah didaftarkan di bawah Gafim. Dan mereka juga mendakwa Finas boleh dikenakan tindakan undang-undang jika menganjurkan FFM tanpa kebenaran Gafim.

Persoalannya, ramai yang tidak tahu sama adakah hak penganjuran FFM adalah milik mutlak Gafim ataupun sebaliknya? Dalam isu ini, pihak Gafim harus tampil ke depan bagi menjelaskan perkara tersebut.

Apa pun yang pasti, penganjuran FFM menelan kos yang tinggi iaitu melebih RM1 juta. Mungkin Gafim tiada bajet untuk menganjurkan FFM tanpa bantuan Finas. Banyak perkara yang boleh dilakukan bagi menyelesaikan kemelut itu. Ia antara lain memerlukan kerjasama antara Finas, Gafim mahumpun PFM.

Malah, tidak salah diwujudkan satu badan khas yang betul-betul berkecuali dalam soal penjurian FFM25 kelak. Gabungan semua pihak itu mampu menghasilkan penganjuran FFM25 yang lebih mantap. Segala persiapan termasuklah bajet penganjuran festival kali ini sepatutnya diagihkan secara sama rata. Selain itu, ia juga boleh mengurangkan spekulasi dan prajudis membabitkan pihak-pihak yang bertanding dalam festival itu kelak.

Seharusnya dalam meniti era suku abad penganjuran FFM, isu-isu yang membabitkan kredibiliti penganjuran festival itu tidak harus timbul lagi. Paling penting, diharap tidak timbul lagi pertikaian ke atas para pemenang selepas FFM25 diadakan nanti.

p/s: 'Artikel ini merupakan artikel asal yang diterbitkan Utusan Malaysia pada 18 Julai 2012. Pihak kami menggunakan artikel ini dalam blog ini bertujuan sebagai perkongsian maklumat buat warga filem amnya', - Admin


Rabu, 18 Julai 2012

'TANDA PUTERA' DITUNDA TAYANGANNYA..

'Tanda Putera', sebuah biografi Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail yang diterbitkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Multimedia Development Corporation (MDec) dan Pesona Pictures ditunda tayangannya ke satu tarikh yang belum diputuskan lagi. Filem yang diarahkan Shuhaimi Baba itu merupakan kisah perjuangan, persahabatan, negara dan perkauman semasa zaman pemerintahan Tun Abdul Razak.

Ketika ditemui media semasa Tayangan Khas 'Tanda Putera' di Cathay Damansara hari ini (18 Julai 2012), Ketua Pengarah Finas, Mohd Naguib Razak berkata 'penangguhan tayangan Tanda Putera yang dijadualkan 13 September ini kepada satu tarikh lain yang belum dipastikan lagi merupakan keputusan bersama yang tiada kena-mengena dengan Pilihan Raya Umum ke-13. Tambahnya lagi, 'dengan penangguhan tersebut, pihak kami (finas) dapat merangka strategi pemasaran yang lebih baik bagi mempromosikan filem hebat arahan Shuhaimi Baba ini'.


Manakala Datin Paduka Shuhaimi Baba berpendapat, 'walaupun agak kecewa dengan penangguhan ini, namun beliau pasti ada kesan positif disebalik keputusan yang dibuat'. Justeru, apa yang pasti, Tanda Putera merupakan sisipan terbaik Shuhaimi Baba dalam merakam peristiwa bersejarah yang pernah berlaku antara dua pemimpin tertinggi negara itu.

Peminat dan penonton filem tempatan diharapkan bersabar dan menunggu bilakah filem Tanda Putera ini akan ditayangkan. - ia bergantung keputusan Finas dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.


p/s: sedih filem ini. wajib tonton 2012.

Selasa, 17 Julai 2012

FENOMENA FILEM GANGSTER

FILEM berunsurkan kumpulan samseng atau gengster sebelum ini begitu sinonim dengan filem-filem dari Hong Kong dan Jepun pada era 80-an dan 90-an.

Gengster pada fahamannya adalah penjenayah yang bergerak dalam suatu kumpulan, kelompok atau geng. Gengster biasanya terbabit dalam pelbagai jenis jenayah terancang dari jenayah ringan seperti peras ugut sehinggalah ke jenayah bersenjata yang melibatkan jutaan ringgit.

Kegiatan ini sebenarnya telah dipopularkan oleh kumpulan-kumpulan samseng di Amerika Syarikat yang memainkan peranan utama dalam ekonomi negara mereka pada tahun 1920-an hingga 1960-an.

Kumpulan ini juga turut terlibat dalam aktiviti jenayah atau sosial yang membawa kepada penyelewengan tingkah laku dan kerosakan akhlak.

Seperti apa yang dipaparkan dalam filem-filem gengster Melayu kebelakangan ini, aktiviti sosial dan jenayah yang dilakukan oleh kumpulan samseng ini adalah seperti realiti sebenar yang berlaku di luar sana.

Sejak bermulanya filem Gangster yang diarahkan oleh Bade Azmi pada tahun 2005, filem bergenre gengster Melayu telah mula menjadi pilihan pengarah-pengarah kita.

Penghasilan filem KL Gangster oleh Syamsul Yusof yang dianggap sebagai filem gengster Melayu paling berjaya ketika ini apabila mencatat kutipan berjumlah RM 11.74 juta.

Ia juga merubah selera filem Melayu yang lebih kepada filem seram kepada filem bergenre gangsterisme penuh aksi kerana filem ini memaparkan begitu banyak aksi pergaduhan seperti yang selalu kita lihat di dalam filem Hong Kong.

Filem ini juga telah membuka fenomena baru filem Melayu apabila kebelakangan ini genre filem gengster menjadi pilihan para penerbit tanah air.

Seperti yang kita tahu sebelum ini, filem bergenre seram dan lawak bodoh telah berjaya bertakhta di hati pengarah kita, ketika ini filem gengster pula menjadi gantinya.

Kenapa perlu adanya fenomena seperti ini dalam industri perfileman kita? Ia seakan-akan filem Melayu sudah tiada nilai tersendiri kerana asyik mengulangi perkara yang sama.

Seperti sudah dijangka, jika filem bergenre seram naik, maka berduyunlah penerbit dan pengarah menghasilkan filem seram dan jika filem gengster pula menjadi pilihan penonton, maka pengarah yang kebanyakan tiada modal ini turut ikut mengarahkan filem gengster.

Penerbit filem seolah-olah telah membeli mentaliti penonton kita, apa sahaja filem yang dikeluarkan walaupun dianggap bodoh, namun penerimaan penonton diluar jangkaan.

Tetapi peliknya, apabila filem berunsur seni dan estetika dihasilkan, hanya segelintir sahaja yang suka dan menontonnya.

Dikhabarkan penghujung tahun ini sahaja, sepuluh buah filem berunsurkan gengster akan ditayangkan di pawagam tempatan.

Kebanyakan filem kita ketika ini semakin terbelakang berbanding dengan filem-filem negara jiran yang terus berada di hadapan dengan idea-idea baru yang dijana oleh pengkarya mereka.

Kita perlu mengubah gaya pembikinan filem kita, jangan hanya terlalu agungkan keuntungan sehinggakan kualitinya langsung tidak boleh dipakai. - UTUSAN MALAYSIA

Isnin, 16 Julai 2012

FINAS LANCAR OPERASI KESAN PUSAT KARAOKE TANPA LESEN

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) kini menjalankan operasi bersepadu di seluruh negara bagi mengesan pusat karaoke yang tidak mempunyai lesen daripada agensi itu.

Ketua Penguat Kuasa dari ibu pejabat Finas, Hairudin Tumiran berkata pusat karaoke yang beroperasi tanpa lesen Finas akan berdepan tindakan undang-undang dan sita.

Pada masa yang sama Finas juga akan menjalankan operasi ke atas premis yang melakukan aktiviti berkaitan cetak rompak, katanya kepada pemberita selepas menjalankan operasi ke atas sebuah premis karaoke, di sini malam tadi.

Mengenai operasi itu, Hairudin berkata premis terbabit sudah diberi amaran sebanyak dua kali dalam tempoh dua bulan lepas agar memohon lesen daripada Finas untuk menjalankan aktiviti karaoke.

Hasil serbuan pukul 11.30 malam itu, Finas merampas pelbagai barangan audio visual serta pemain cakera padat bernilai RM150,000.

Sementara itu, dalam kes berasingan Finas menyerbu sebuah premis perniagaan di Sungai Petani, Kedah yang menjalankan aktiviti menyalin cakera padat video (VCD) dan cakera video digital (DVD) cetak rompak.

"Serbuan itu dilakukan pada pukul 6 petang semalam dan ketika itu terdapat seorang lelaki berusia 40-an dan wanita,26, yang sedang bekerja di premis berkenaan," katanya.

Katanya siasatan awal mendapati pemilik premis itu menjalankan aktiviti menyalin filem dan lagu karaoke di situ sejak dua tahun lepas.

"Kita merampas lebih 500 VCD dan DVD filem serta karaoke dan pelbagai barangan yang digunakan untuk aktiviti itu bernilai RM30,000 dan siasatan mendapati sindiket itu mengedarkannya di sekitar Sungai Petani dan Baling, Kedah," katanya.

Beliau berkata kedua-dua kes itu disiasat menurut Seksyen 22 (1) Akta Finas dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya. - Bernama

Ahad, 15 Julai 2012

5 GADIS JEJAKA PALING HOT


Jom kita lihat antara 5 gadis paling seksi dan 5 jejaka paling hot untuk minggu ini. Manakah satu pilihan anda yang dirasakan paling 'terbaik dan cukup pakej'?. Kolum 'Seksi Ahad' hari ini menampilkan beberapa foto yang agak panas, sensasi dan mendebarkan. Sambil bersantai dihujung minggu, apakata kita 'cuci mata' sejenak ye..

5 JEJAKA PALING HOT




5 GADIS HOT





Sabtu, 14 Julai 2012

'LANGGAR' AKAN DATANG..

Kolum Sabtu hari ini menampilkan trailer filem 'Langgar', sebuah filem arahan Syed Hussein Syed Mustafa. Filem yang diterbitkan Tayangan Unggul ini merupakan sebuah filem yang menampilkan Adi Putra, Namron, Natasha Hudson, Bell Ngasri, dan ramai lagi.

Nantikan info dan berita menarik akan datang


p/s: Apa komen anda?

Jumaat, 13 Julai 2012

INTERNET TV IKIM

DUA puluh tahun dahulu, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dalam menyampaikan kefahaman Islam tertumpu kepada penganjuran program-program berbentuk ilmiah seperti seminar, persidangan, bengkel, forum, muzakarah pakar selain menggunakan medium penerbitan buku-buku berbentuk ilmiah.

Setelah IKIM beroperasi selama sembilan tahun, ia maju selangkah dengan penubuhan radio IKIMfm yang bermula pada 6 Julai 2001.

Sejak itu, lingkungan pendengar radio Islami yang satu-satunya beroperasi selama 24 jam, tujuh hari seminggu ini bertambah dari semasa ke semasa.

Mutakhir, jika ditanya orang ramai tentang IKIM, tidak ada siapa yang tidak kenal. Apatah lagi peranannya dalam mendidik, menghibur dan menyampaikan maklumat berkaitan Islam.

Selain peranannya sebagai institusi penyelidikan yang diwujudkan oleh kerajaan 20 tahun lalu untuk meningkatkan kefahaman Islam agar dapat difahami, sekali gus menyusun kehidupan individu dan masyarakat sehingga terbinanya sebuah tamadun manusia yang mulia.

Sempena ulang tahun ke-20 tahun ini, IKIM mengambil inisiatif memperkenalkan siaran televisyennya ke seluruh dunia melalui saluran Internet yang diberi nama TV IKIM.

Kewujudan Internet TV IKIM ini turut dilihat sebagai satu lagi usaha terkini IKIM dalam mengisi seberapa banyak ruang yang ada untuk misi dakwahnya.

Menurut Ketua Pengarah IKIM, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan, pihaknya tidak mahu ketinggalan dalam memanfaatkan media baru ini.

Katanya, Internet TV IKIM akan memudah dan menyampaikan lagi ilmu kefahaman Islam dengan lebih meluas kepada orang ramai, malahan kepada yang bukan beragama Islam.

"Sejak penubuhannya, segala bentuk perbincangan, seminar, ceramah dirakamkan dalam bahan audio visual hanya diketahui dan dinikmati oleh mereka yang mengunjungi IKIM dan perpustakaan IKIM.

"Kini, IKIM mahu memudahkan capaian bahan-bahan audio visual melalui Internet TV IKIM yang akan dapat dicapai dalam bentuk program televisyen di seluruh negara," katanya dalam wawancara khas dengan Mega, baru-baru ini.

Menurut Mustapha lagi, IKIM memiliki arkib video sebanyak hampir 400 tajuk seminar sejak tahun 1992.

Mengenai pengisian program Internet TV IKIM itu kelak, kata beliau, pada peringkat permulaan ini, dua saluran utama akan diperkenalkan iaitu; siaran rakaman rancangan ilmiah yang ke udara di IKIMfm seperti Dunia Ekonomi, Islam Itu Indah, Islam Agamaku dan lain-lain lagi.

Kedua, saluran Perspektif iaitu program seminar, forum, bengkel ilmiah anjuran IKIM.

Perbincangan ilmiah yang merangkumi isu Islam semasa, ekonomi, politik, syariah, undang-undang, alam sekitar, keluarga, remaja sains dan teknologi.

"Selain itu, Internet TV IKIM juga akan mempunyai saluran tambahan untuk Siaran Langsung (live streaming). Antaranya siaran slot Warna Pagi IKIMfm juga dapat ditonton oleh orang ramai.

"Begitu juga dengan seminar ataupun majlis perbincangan akademik yang berlangsung di IKIM akan disiarkan secara langsung.

"Bagi saluran Eksklusif di mana ia akan mengetengahkan rancangan yang berbentuk eksklusif dengan tayangan berbayar dan terhad. Saluran ini hanya dapat ditonton setelah penonton melanggan tiket ataupun kata laluan," jelasnya.

IKIM mensasarkan semua lapisan masyarakat daripada pemimpin kepada orang ramai, ibu bapa remaja, orang Islam dan bukan Islam sama ada di Malaysia mahupun dari seluruh dunia menjadi sasaran Internet TV IKIM.

Tambah Nik Mustapha, untuk menonton Internet TV IKIM amat mudah kerana orang ramai hanya perlu melayari www.tvikim.my.

Uniknya, Internet TV IKIM ini dapat ditonton melalui pelbagai peranti pintar (smart devices) seperti komputer riba malah turut dapat ditonton melalui tablet dan Telefon pintar (smartphone) iphone dan android.

Di samping itu dengan tag line 'Rangkaian Kefahaman Islam' menjadikan Internet TV IKIM taruhan kekuatannya yang berasaskan pengisian ilmiah.

"Yang saya nampak dan jangka kekuatan yang ada pada Internet TV IKIM ini adalah taglinenya dan kekuatan kita juga adalah pada pengisian program yang bersifat keilmuan.

"Kita di IKIM ini mempunyai tiga pusat akademik dan satu pusat perundingan dan latihan. Iaitu; Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan (EMAS), Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik (Syarak), Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar (KIAS) dan Pusat Perundingan dan Latihan (PPLI).

"Boleh dikatakan keempat-empat pusat ini menumpukan program-program berbentuk ilmu dan dalam pelbagai disiplin ilmu. Pegawai akademik dari pusat-pusat kajian ini telah merangka topik dan isu Islam yang akan disampaikan melalui penganjuran seminar, bengkel, forum, muzakarah pakar dan sebagainya," katanya.

Artikel diatas adalah merupakan artikel terpilih dari Utusan Malaysia.