Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Jumaat, 6 Julai 2012

'8 JAM'.. FLASHBACK STORYTELLER!.


Filem ini merupakan filem terakhir arahan Ahmad Idham dengan produksi Metrowealth Movies Production. Ia dihasilkan sudah lama, dan baru ditayangkan di seluruh Malaysia bermula 5 Julai 2012. Mengisahkan tentang dunia gelap, hanyir dan jenayah sekitar lorong-lorong kecil di tengah bandaraya metropolitan Kuala Lumpur, '8 Jam', mengetengahkan elemen 'flashback' melatari keseluruhan cerita dan plot yang cuba digambarkan.

Mengisahkan tentang Alang lakonan Shaheizy Sam, seorang lelaki yang membesar ditengah-tengah lorong yang penuh dengan segala macam kes jenayah, sosial dan tidak berperikemanusiaan dalam struktur kehidupan. Alang yang kematian ibunya sejak kecil akibat dibunuh oleh penjahat - Ah Long, kini ditempatkan di rumah anak-anak yatim. Di rumah tersebut, Alang mendapat pendidikan yang cukup sempurna dan pertemuannya dengan Julia, lakonan Yana Shamsudin menimbulkan rasa cinta sesama mereka. Perkenalan sejak sekolah sehingga dewasa, merasakan hubungan mereka agak luar biasa, kesannya persahabatan antara mereka dipisahkan pihak sekolah dengan ibu angkat Julia. Pelbagai insiden dan konflik tercetus dalam '8 Jam',antara naskhah Ahmad Idham yang cukup 'sederhana' dari segi plot cerita dan kandungan isi terjemahannya.


Menggunakan pendekatan 'flashback' dalam storytelling concept di mana setiap babak bermula dengan cerita sekarang ( Alang dipenjarakan dan menunggu masa untuk digantung), kemudian babak bertukar pada masa yang telah berlaku ( zaman kecil, hidup di lorong, zaman sekolah hingga ke zaman penuh makna dalam kehidupan) , menjadikan keseluruhan '8 Jam', antara naskhah filem yang banyak memaparkan 'imbas kembali @ flashback' dalam isi ceritanya. Elemen ini seringkali diguna pakai terhadap karya-karya yang berunsur thriller, seram dan cinta. Namun, harus diingat, 'flashback', bukanlah cara terbaik untuk menterjemahkan cerita menjadi sebuah karya yang wajar diangkat sebagai naskhah terbaik dalam sesebuah sinema.

'8 Jam', banyak kekurangan dan kelemahannya. Ada part yang dikira agak membosankan ; kadang-kadang tidak perlu tetapi diletakkan. Perjalanan cerita dianggap agak sederhana, tetapi cuba mencapai kemuncaknya dan jatuh mendatar draf cerita sehingga akhir filem ini dikira klise dan mengecewakan. Pembunuhan kekasih hati sendiri (Julia) akibat Julia mahu meninggalkan Alang dikira tidak masuk akal dan lari dari draf cerita. Sekiranya Alang membunuh Julia tak mengapa ; tetapi kenapa kisah mereka berdua dimatikan antara kedua-duanya?. Bukankah filem ini boleh pergi jauh dari sudut storytellingnya kerana 'fokusnya ada', tetapi ia menjadi terumbang-ambing dan seolah-olah kekeringan idea dan garapannya.



Ahmad Idham antara pengarah filem paling aktif menghasilkan filem, namun untuk '8 Jam', maafkan saya, ia bukan filem wajib tonton, tetapi 'tidak bodoh', dan 'sedikit menghiburkan dan ada dramatiknya'. Walaupun ada di kalangan penonton dalam pawagam (setelah filem ini habis) - mereka menjerit 'tak bestlah filem ini ; Mael Lambong lagi best'.. Nyata membuktikan 8 Jam antara filem Ahmad Idham yang cukup sederhana draf strukturnya.

Jika dilihat dari sudut penataan cahaya dan sinematografinya, ia agak menarik kerana apa yang dipaparkan dalam filem ini menimbulkan mood kepada penonton. Tahniah buat pengarah sinematografinya - Raja Mukhriz. Elemen 'low dark' digunakan dalam filem ini ; ia menggambarkan 'kegelapan, kekotoran, kekecewaan dan kehitaman', antara watak-watak yang bermain dalam paksi penceritaannya. Namun, untuk '8 Jam', ia sekadar cerita biasa yang cuba menjadi filem yang baik, dekat dengan penonton dan diterima ramai ; tetapi apa yang boleh diperkatakan ialah 'Maafkan Saya.. ia bukan wajib tonton'.!


amy's said: saya lebih menyukai Gerimis Mengundang okay.. Oh ya, betul ke ada sumber yang memberitahu saya (ketika review ini ditulis), suntingan 8 Jam dibuat tanpa Ahmad Idham?. Sabor Jer lah.. Opss.

8 Jam trailer