Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Isnin, 9 Julai 2012

ANGIN MENDERU - SATU PENGHARGAAN BUAT SENIMAN DAN SENIWATI MELAYU KLASIK!


Peminat lagu-lagu klasik era 30-an hinggalah 60-an, mungkin akan tersenyum bangga apabila produk ini siap kelak. Bakal diarahkan Hasnul Rahmat, 'Angin Menderu', antara projek terbesar FINAS yang akan memulakan penggambarannya tidak lama lagi. Bakal menggabungkan kembali beberapa nama besar dalam dunia muzik klasik seperti Nona Asiah, Momo Latiff, Neng Yatimah, Datuk Maria Menado dan ramai lagi (antara mereka yang masih hidup) , 'Angin Menderu', satu penghargaan ekslusif buat seniman dan seniwati filem klasik yang masih hidup.

'angin menderu' bakal dirakam kembali

Menariknya, lagu-lagu klasik yang pernah dirakamkan sekitar tahun 1930-an hingga 1960-an, akan dirakam kembali dengan sentuhan baru. S.Atan selaku pengarah muzik dan komposer akan dipertanggung jawabkan menggalas peranan ini. Nona Asiah, Momo Latiff, dan beberapa nama masih dirahsiakan akan masuk studio merakamkan kembali lagu-lagu yang pernah mereka nyanyikan suatu ketika dulu - demi dokumentari ekslusif ini..

Nantikan info-info menarik mengenai penerbitan dokumentari ini akan datang..

amy's said: saya peminat lagu-lagu klasik.. 'Kartina Dahari' masih hidup dan beliau tidak boleh menyanyi lagi.. bestkan kalau dia dapat merakamkan balik lagu ini..

0 comments :