Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


adcash

Pre-Order Now! Click Here!

Pre-Order Now! Click Here!
Tempahan untuk album terbaharu Dato' Sri Siti Nurhaliza #ManifestaSiti2020 sudah dibuka!. Klik untuk tempahan!

Selasa, 3 Julai 2012

BALADA ZOMBI PART 2 - MALAY FILM


by: Hassan Abd. Muthalib


Pi mai, pi mai, tersesat dua ekok zombi dari Penang. Nasib baik Chombi tak ikut. Tak ka bala ghana nanti! Tak tau macamana dua ekok ni boleh sampai kat Kay El. Oi, zombi yang mai dari Penang ni cerdik pulak. Tapi jangan depa buat boria sudah! Yang tu, bagi depa yang dok demonstrasi kat Penang tu saja buat. Depa tu terror betui. Macam Ku Klux Klan! Ha, hampa dengak cerita depa.


ZOMBI 1: Daripada zombi dalam industri filem yang dah jadi sufi, mai kita pi kat Berok Hairan, akhbar yang ‘sarat dengan mesej’.

ZOMBI 2: Dah sarat – bila nak beranak? Betul ke filem ada mesej?

ZOMBI 1: Tulah. Kalau tak ada ilmu filem, macamlah tu depa. Macam-macam istilah depa reka – filem seni, filem artistik, filem estetik, filem komersil, filem patriotik – tak ada ka filem beef steak?

ZOMBI 2: Tak lama lagil adalah tu. Macam-macam ada. Malaysia Boleh!

ZOMBI 1: Bercakap pasai tu, aku betui-betui ghasa lega.

ZOMBI 2: Awat? Mai habak mai.

ZOMBI 1: Malaysia tak jadi bankrap. Dahlah tu, banyak duit pulak. Sampai boleh sedekah sana sini.

ZOMBI 2: Sedekah tu baguih. Banyak pahala. Nabi memang sughuh.

ZOMBI 1: Aku pun dapat! Hee, hee. Termasuk anugerah – Tokoh Zombi 2012. PM bagi.

ZOMBI 2 : (Kagum). Perdana Menteri ?

ZOMBI 1 : Bukan. Production Manager. Hee hee.

ZOMBI 2: Siang siang buta hang pekena aku ! Aikk, aku macamana pulak? Habuk anugerah pun tarak! Ni pilih kasih ni! Aku protes! Aku nak kumpoi zombi-zombi 1Malaysia. Buat Larian Zombi 5.3 Suku!

ZOMBI 1: Tak boleh! Mana boleh zombi laghi? Zombi jalan tekangkang, tangan ke depan, muka macam Mamat Khalid tengah taghik hooka kat gerai Wangsa Maju.

ZOMBI 2: Betui jugak hang kata tu. Habih, macamana?

ZOMBI 1: Lupa saja niat hang tu. Tak patriotik. Zombi apa hang ni? Ramai lagi tak dapat apa-apa anugerah pun. Patutnya Mat Liverpool dah dapat. Mamot Kholdi patut dapat. Maha Adi Mengurat patut dah lama dapat. Poraaah, hang!

ZOMBI 2: Kalau lagu tu, tak apa la. Mai kita cakap pasai filim kita -

ZOMBI 1: Filim, filim! Oi, samdol, filem la!

ZOMBI 2: Hang tau la lidah aku. Kes makan kari nasi kandak banyak sangat. Amboi, betui betui Malaysia Boleh, no? Seminggu kita dapat tengok dua filim Melayu. Ni sejarah ni!

ZOMBI 1: Hang dah tengok Naik Giler!!

ZOMBI 2: Aku pun dah dekat tiga suku dah. Tengok filim tu, teruih aku jadi empat suku!

ZOMBI 1: Mail Tempang?

ZOMBI 2: Aku tengok Me’ e Tempang belakang rumah aku, dah la. Tak kena duit pun.

ZOMBI 1: Sakit Jiwa Taiko?

ZOMBI 2: Nanti aku pulak sakit jiwa!

ZOMBI 1: Gerimis Mengandung?

ZOMBI 2: Lagi baik aku tengok Mak Zombi mengandung. Cun pulak tu!

ZOMBI 1: Berani Punya Botak?

ZOMBI 2: Memang la aku berani! Mai, sapa nak celen aku? Aku lipat macam capati!

ZOMBI 1: Choke Kit?

ZOMBI 2: Ha, tempat tu aku tak beghani! Nak kena ghimbuk dengan Mat Indon?!

ZOMBI 1: Mentega?

ZOMBI 2: Oi, aku oghang Malaysia la. Aku makan roti arab!

ZOMBI 1: Tongkrong?

ZOMBI 2: Filim Siam aku tak main, ha!

ZOMBI 1: Tujuh Petai Cinta?

ZOMBI 2: Ha, tu member aku buat!

ZOMBI 1: Dah tengok?

ZOMBI 2: Heh, heh. Tak sempat. Tapi petai favourite aku. Mai sepapan.

ZOMBI 1: Uncle Upin?

ZOMBI 2: Tu filim ka?! Mak oi! Nak kata apa? Depa ada duit, depa buat la filim apa pun. Aku terpaksa telan Panadol dengan botoi-botoi sekali lepaih tengok!

ZOMBI 1: Hantu Dalam Botoi Minyak Angin?

ZOMBI 2: Aku pun heghan. Macamana depa bagi masuk dalam botoi kecik tu, ha?

ZOMBI 1: Ha, yang dok main kat panggung la ni – Hanya Aku Benci Kau Seorang?

ZOMBI 2: Aku ni zombi baik. Mana nak benci-benci oghang.

ZOMBI 1: Hang ni betui lok lak. Patut la filem Melayu dah tak berapa laku. Kalau ada dua lagi oghang macam hang, habih industri kita.

ZOMBI 2: Aku ghasa, aku pun nak jadi pengarah filim la. Hang ingat macamana, bro?

ZOMBI 1: Oraaiit! Kalau tauke ikan dengan prop man boleh jadi pengarah, pasai apa zombi tak boleh? Malaysia Boleh, bro! Er – zombi. Aku jadi pelakon utama hang. Mai, aku belanja hang makan otak-otak.

ZOMBI 2: Oi, nak rasuah aku ka?! No way, bro! Aku BERSIH, tarak seleweng punya.

ZOMBI 1: Poraaaahh! Bila soru dah miss, nanti hang tau la langit tinggi rendah.

ZOMBI 2: (Dalam hati). Betui jugak. Hmmm, macamana aku boleh songlap masuk nak dapat satu set tayar teksi, ha?


(Bersambung)


amy's said: sabor jer lah..

2 comments :

khkahkah hancur habis semua nama filem.lawak gak bace balik

sinis!

...tuan pengarang kat mana saya boleh dapat/baca 'Balada Zombi Part 1???..

TQ