Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Isnin, 23 Julai 2012

BLOG SINEMA MALAYSIA 'SEPI' ?


Dalam dunia sinema tempatan, blog antara kolum wajib yang seringkali menjadi medium utama khusus buat peminat filem, pengkritik filem dan pemerhati industri untuk sama-sama mencari maklumat terkini dalam sesebuah karya. Blog Sinema Malaysia antara pusat info yang dilayari ramai pembikin filem samada pengarah, produser, pelakon, pelajar filem, peminat filem dan banyak lagi. Sinema Malaysia antara blog kelolaan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Namun, blog tersebut seolah-olah 'sepi' tanpa penghuni kerana segala info terkini dunia sinema tempatan tidak dikemaskinikan seolah-olah industri filem tidak berkembang. Kebanyakkan di antara mereka terpaksa mencari altenatif lain untuk mendapatkan sumber maklumat dalam sesebuah filem, samada filem baru atau dalam proses penerbitan mahupun penggambaran. Sinema Malaysia antara blog khusus yang memberi peluang kepada pembikin filem dan produser filem mempromosikan karya mereka agar diketahui ramai dan disampaikan seluruhnya.

Sekiranya perkara ini tidak dipandang remeh oleh pihak yang berkenaan dalam memantapkan jalur pemikiran Sinema Malaysia ke satu tahap yang baik, industri filem tempatan kita tidak mampu diakses lebih jauh oleh mereka yang meminatinya atau membawanya sehingga ke satu tahap yang sepatutnya.

Tepuk dada tanya selera..

0 comments :