Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Ahad, 1 Julai 2012

SATU SENI SATU BUDAYA - FESTIVAL KUALA LUMPUR 2012.

Teks: Amy Ikram
Foto : Kredit Qarl Haiqal

Semalam, telah berlangsungnya Malam Perasmian Festival Kuala Lumpur 2012 (FKL 2012). Festival yang dianjurkan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) melalui Kementerian Penerangan, Komukasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK) memilih Istana Budaya sebagai lokasi utama FKL 2012 dilancarkan. Dirasmikan Dato' Sri Kamaruddin Siaraf, Ketua Setiausaha KPKK bersama-sama YBhg Datuk Hj Salleh Yusup, Ketua Pengarah DBKL dan En. Kudratullah Fatimy Afandi, Setiausaha Bahagian Perlesenan Perlancongan, Kementerian Pelancongan Malaysia.

Majlis yang dihadiri ramai tetamu VIP iaitu YBhg Datuk Hj.Ab. Ghaffar A.Tambi (TKSU KPKK), YBhg Dato' Norliza Rofli (KP JKKN), dan YBhg Dato' Mohammed Juhari Shaarani ( KP Istana Budaya) turut memeriahkan program yang dijangka akan berlangsung mulai 1 hingga 31 Julai 2012. Festival KL mengetengahkan aktiviti-aktiviti kesenian dan kebudayaan merangkumi bidang seperti seni persembahan, seni tampak, warisan, permainan tradisonal, bahasa dan persuratan, rekreasi, pelancongan, makanan tradisi dan sebagainya.


Festival yang dijangka akan menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara ini merupakan program tahunan yang diadakan setiap bulan Julai. Peminat seni di Malaysia, jangan lepaskan peluang keemasan untuk sama-sama menghadiri program yang diaturkan. Menariknya, Festival Kuala Lumpur 2012 tahun ini menampilkan barisan artis dan penghibur dari pelbagai lapisan masyarakat.

Ziana Zain, Noraniza Idris, Roy Kapilla, Fendi Kenali, Halim Yazid, Jean Endoro, Yeao Hock Seng, Daniel Lee, Kumpulan Dikir Barat Arjunasukma, Kumpulan Kesenian JKKN, Poe, Ito Blues Gang, Shruti dan ramai lagi antara barisan penghibur yang akan memeriahkan Festival Kuala Lumpur 2012. Diadakan diseluruh lokasi seni sekitar Kuala Lumpur, Festival Kuala Lumpur 2012, antara program kerajaan yang mempunyai agenda iaitu mendekatkan seni dan budaya dalam satu rumpun iaitu kehidupan dan alam sekitarnya.


Sekiranya anda mempunyai sebarang makluman atau pertanyaan berhubung Festival KL 2012 ini, sila klik di sini.

amy's said: Jom.. memeriahkan KL Fest 2012.