Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Rabu, 18 Julai 2012

'TANDA PUTERA' DITUNDA TAYANGANNYA..

'Tanda Putera', sebuah biografi Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail yang diterbitkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Multimedia Development Corporation (MDec) dan Pesona Pictures ditunda tayangannya ke satu tarikh yang belum diputuskan lagi. Filem yang diarahkan Shuhaimi Baba itu merupakan kisah perjuangan, persahabatan, negara dan perkauman semasa zaman pemerintahan Tun Abdul Razak.

Ketika ditemui media semasa Tayangan Khas 'Tanda Putera' di Cathay Damansara hari ini (18 Julai 2012), Ketua Pengarah Finas, Mohd Naguib Razak berkata 'penangguhan tayangan Tanda Putera yang dijadualkan 13 September ini kepada satu tarikh lain yang belum dipastikan lagi merupakan keputusan bersama yang tiada kena-mengena dengan Pilihan Raya Umum ke-13. Tambahnya lagi, 'dengan penangguhan tersebut, pihak kami (finas) dapat merangka strategi pemasaran yang lebih baik bagi mempromosikan filem hebat arahan Shuhaimi Baba ini'.


Manakala Datin Paduka Shuhaimi Baba berpendapat, 'walaupun agak kecewa dengan penangguhan ini, namun beliau pasti ada kesan positif disebalik keputusan yang dibuat'. Justeru, apa yang pasti, Tanda Putera merupakan sisipan terbaik Shuhaimi Baba dalam merakam peristiwa bersejarah yang pernah berlaku antara dua pemimpin tertinggi negara itu.

Peminat dan penonton filem tempatan diharapkan bersabar dan menunggu bilakah filem Tanda Putera ini akan ditayangkan. - ia bergantung keputusan Finas dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.


p/s: sedih filem ini. wajib tonton 2012.

1 comments :

boleh lah tengok filem Apa Khabar Orang Kampung dulu sementara tunggu filem epik Datuk Paduka tu keluar ;)
http://www.silverfishbooks.com/buybooks/index.php?main_page=product_book_info&products_id=1054