Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


MANIFESTASITI2020 PENGALAMAN MUZIK LUAR BIASA SITI NURHALIZA. PRE ORDER SEKARANG!

Album Solo Studio ke 18, penyanyi kesayangan ramai, Dato' Sri Siti Nurhaliza akan dilancarkan di seluruh platform muzik bermula 3 Julai 2020. Kepada anda yang tidak sabar untuk memiliki album tersebut dalam bentuk CD, boleh membuat tempahan segera sebelum kehabisan stok!.

LAYAR SINEMA:NORMA BAHARU TAYANGAN FILEM TEMPATAN

Astro senantiasa memberikan pelbagai cara terbaik untuk menonton filem kepada pelanggan apabila membawa filem-filem terus ke rumah melalui saluran Astro First. Langkah ini telah membuka ruang buat penerbit di luar sana untuk membawa filem mereka ditayangkan buat pertama kali terus ke pawagam rumah penonton.

DI SEBALIK CERITA KONTROVERSI COMOLOT

Penghasilkan 'comolot' adalah kerana saya cukup mengkagumi karya Osman Ali menerusi filem eksperimental 'Bukak Api'. - AMY IKRAM

DIINSPIRASIKAN DARIPADA KISAH BENAR, TOWN MALL FILEM SULUNG DATUK SERI EIZLAN YUSOF

TOWN MALL filem seram Eizlan Yusof yang bakal membuatkan penonton meremang di Astro First. Filem terbitan Enuja Production kerjasama Astro Shaw itu merupakah karya yang diinspirasikan daripada kisah benar.

NABIL AQIL BERAKSI 'PANAS'?

Nak tahu apa yang panas minggu ini?. Nah kami sajikan 5 video terhangat minggu ini.

Khamis, 30 Ogos 2012

TAYANGAN DAN DISKUSI EKSLUSIF 'BUNOHAN'..


'Bunohan' yang diterbitkan Apparat Films ; diarahkan sutradara profilik, Dain Said akan menemui penonton dan peminat filem tempatan secara eklusif pada 1 September 2012. Filem yang mencipta pelbagai respond positif dan negatif dikalangan pengkritik filem tempatan itu akan diadakan sesi tayangan khas dan diskusi eklusif bersama Dain Said serta beberapa panel jemputan.

Memilih Pawagam P.Ramlee, Finas, - 'Diskusi ( Apresiasi dan Tayangan Khas)' itu merupakan program yang dianjurkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). Kepada peminat filem, pengkritik tegar dan anda pembaca blog ini dijemput hadir. Masuk adalah percuma.


Judul Filem:BUNOHAN
Tarikh:01 September 2012 (Sabtu)
Masa:9.30 pagi
Tempat:Pawagam Mini P.Ramlee
Panel:Dr. Mahadi J. Murat (Moderator)
En. Dain Said
En. Faizal Hussein
En. A.Wahab Hamzah
p/s: jangan lupa u ollz.. Pelbagai program dan aktiviti menarik seperti sesi diskusi filem, beramah mesra bersama pelakon dan krew terlibat akan diadakan. Masuk adalah percuma.

Sabtu, 25 Ogos 2012

'KOMEDI GANGSTER YANG BERSAHAJA', - HANTU GANGSTER


Siapa yang tidak kenal dengan Namewee.. si mamat berbangsa cina yang mencetuskan pelbagai kontroversi melalui medium lagu khususnya yang berbentuk patriotik sehingga dikecam pelbagai pihak. Itu cerita lama. Selepas mencuit hati segelintir peminat filem tempatan melalui karya sulungnya sekitar penghujung 2011, Nasi Lemak 2.0 ; kini Namewee tidak serik menghasilkan genre yang sama menerusi 'Hantu Gangster'. Filem yang membariskan Farid Kamil, Diana Danielle, Namewee, Amber Chia, Dato' Jalaluddin Hassan, Datuk David Arumugam dan ramai lagi merupakan filem pembukaan bagi bulan Ogos 2011.

'Hantu Gangster', sebuah cerita komedi. Ia cukup simple dan tidak memeningkan kepala. Berlatarbelakangkan 3 bangsa di Malaysia - Melayu, Cina dan India ; diadunkan menjadi satu cerita dan membawa maksud tersirat disebalik setiap adegan dan babak yang ditampilkan. Namewee dilihat cuba memperkatakan sesuatu khususnya dalam dunia politik apabila sesetengah babak dilihat menggunakan beberapa dialog 'mengecam' sesuatu tetapi agak kabur (sengaja) supaya filem ini tidak dilihat terlalu mengutuk atau mempersendakan sesuatu - cukuplah sekadar elemen komedi menghiasi perjalanan cerita naskhah filem ini.



Memaparkan pergaduhan antara kumpulan gangster setelah kematian 3 ketua taiko yang masing-masing terdiri dikalangan bangsa melayu, cina dan india, 'Hantu Gangster', mempertaruhkan elemen gengsterisme ( disampaikan secara komedi) melalui watak lakonan Farid Kamil dan Taiyuddin Bakar. Pelbagai persengketaan berlaku sehingga mewujudkan pelbagai konflik melatari naskhah kedua arahan Namewee ini. Namun, apa yang pasti, Hantu Gangster memperlihatkan jalur ikatan sebuah keluarga antara bangsa melayu, india dan cina. Pemilihan para pelakon dalam menghayati watak yang digalas, memberikan satu persembahan dan momentum terbaik dalam naskhah dan jalur penceritaannya.

Ia sebuah cerita yang kemas tanpa elemen yang berat, Hantu Gangster antara filem komedi terbaik Namewee selepas Nasi Lemak 2.0. Peminat filem tempatan samada di Malaysia, Singapura dan Indonesia wajar menonton filem ini kerana ia sebuah naskhah dari seorang anak Malaysia yang berjiwa besar.
trailer HANTU GANGSTER

p/s: hanya dipawagam bukan dirumah anda..

Isnin, 20 Ogos 2012

'THE JOURNEY' IKLAN RAYA AIDILFITRI BERNAS 2012


Iklan Raya Aidilfitri terbitan Bernas untuk tahun 2012, antara iklan yang menyentuh perasaan. Rata-rata penonton, yang ditemui mengaku 'air mata' mereka mengalir ketika menonton secebis kisah kanak-kanak OKU ini. Dalam kita menikmati juadah hari raya, apa kata kita hayati sejenak 'the journey', antara sisipan menarik untuk dikongsi bersama hari ini..

Unrated Version Bernas TVC

Standard Version Bernas TVC

Salam Aidilfitri
2 Syawal 1433H

Ahad, 19 Ogos 2012

SALAM LEBARAN DI PAGI SYAWAL


pohon rendang hijau daunnya
kuning langsat berbaju melayu
indah syahdu irama raya
bergema takbir mendayu dayu

alam gemersik suara hati
di pagi syawal bermaaf-maafan
andai jiwa lara dihati
Salam Lebaran kita bermaafan.

Salam Lebaran di Pagi Syawal..
Aidilfitri Di Rai
Ikhlas menjunjung kata... dari Amy Ikram sekeluarga..

Warna Warni Aidilfitri
team Produksi Kreatif


Khamis, 16 Ogos 2012

DI PAWAGAM 15 NOVEMBER 2012.. TANDA PUTERA WAJIB TONTON

Alhamdulillah, filem TANDA PUTERA yang diterbitkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bersama Pesona Pictures, yang diarahkan Shuhaimi Baba akhirnya berjaya ditayangkan kepada umum. Memilih 15 November 2012 sebagai detik bersejarah, TANDA PUTERA antara naskhah wajib tonton 2012.

Walaupun dilabelkan sesetengah pihak bahawa TANDA PUTERA akan mencetuskan kontroversi, namun apa yang pasti filem ini wajar dilihat dari perspektif yang berbeza. Diluluskan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF), TANDA PUTERA mengisahkan perjuangan , persahabatan, cinta dan keazaman yang tinggi antara dua tokoh negara, Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail.

Kepada anda, tonton filem ini, usah bercakap belakang dan membuat andaian semacam rupa sekiranya anda belum menonton filem ini. Syabas Shumi kerana berjaya membuatkan air mata penonton mengalir menyaksikan filem ini semasa Tayangan Perdana untuk media baru-baru ini.
Wallahuallam.

Selasa, 14 Ogos 2012

CATATAN PERTAMA 2 NEGARA


Assalamuaikum..

Sudah 14 hari amy tak updated blog ini ye.. Rasanya macam setahun atau sebulan. Alhamdulillah, amy sudah berada di Kuala Lumpur, Malaysia setelah berada nun jauh di perantauan - Indonesia dan Singapura. Bukan bercuti, tetapi ke sana atas urusan kerja memandangkan amy dilantik sebagai Pengurus Produksi (Production Manager) merangkap Line Producer bagi penerbitan sebuah filem dokumentari tentang lagu-lagu klasik bertajuk 'Angin Menderu', arahan Hasnul Rahmat.

Insyaallah kami akan ke sana semula selepas Aidilfitri ini, sekitar pertengahan September 2012 bagi melancarkan penggambaran sebenar dokumentari ini. Berada di Singapura dan Indonesia waktu Ramadhan amat mencabar fizikal dan minda, memandangkan kami bergerak ke sana ke sini di tengah 'pancaran hebat matahari', membuatkan tekak berasa amat haus sekali. Namun, jangan salah tafsir, kami berpuasa penuh walaupun ada ketika salah seorang krew kami tidak sihat - keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.



Menyelusuri kawasan Arab Street, Kampung Glam Singapura, North Street dan kawasan-kawasan sekitar Singapura, membuatkan saya begitu menghargai negara saya sendiri - Malaysia. Di Singapura, taraf hidupnya amat tinggi bahkan kos wangnya amat mencengkam jiwa. Nasib baik kami ke sini dengan berbekalkan perbelanjaan produksi, jikalau sendiri 'mamposlah'.. Tapi kami tetap berbajet kerana kami datang dengan wang 'kerajaan'.. usah dibazirkan. Kami menetap di 81 Heritage dan kawasannya agak santai tetapi banyak sangat pusat hiburan di sekitarnya. Kalau kat KL kiranya Bukit Bintang la atau Jalan Sultan Ismail. Di sini, kami menjejaki penyanyi lagu-lagu klasik era filem Shaw Brothers, iaitu zaman kegemilangan filem-filem melayu Jalan Ampas. Kami menemui Nona Asiah, seniwati Momo Latiff, Kamaliah Latiff, Hashimah Yon, Wahid Satay dan sebagainya. Selebihnya akan bersambung selepas raya.. Dan kerana projek ini, saya sudah jatuh cinta dengan lagu-lagu dari filem melayu klasik.. sehingga saya menjadikan Klasik Nasional antara stesen kegemaran masa kini.

Selepas Singapura, kami menjejaki Indonesia melalui Tanah Merah, Singapura. Kami menyeberang laut sumatera melalui kemudahan Ferri. Setelah 2 jam berada di tengah laut, kami tiba dengan selamat di Kepulauan Riau, Indonesia dengan memilih Pulau Penyengat sebagai destinasi utama. Di Pulau Penyengat, kami mencari pemuzik ghazal dan ahli muzik klasik lama - kami temui dan merancang kembali untuk ke sini lagi selepas Aidilfitri. Insyaallah Jika Ada Jalan. Oh ya, di Riau, kami menetap di Bintan Permata Resort dan Hotel Laguna. Antara dua hotel tersebut, saya lebih menyukai Hotel Laguna kerana lokasinya strategik, berhampiran jeti feri dan yang penting hotelnya selesa, mewah dan ekslusif serta berbaloi dengan harga yang kami bayar agak murah.. korang mesti takkan percaya.



Selepas 13 hari menggembara, kami pulang ke Malaysia dengan selamat.. dan yang penting perjalanan kami ke sana akan meninggalkan banyak kenangan dan memori yang sukar mungkin dibeli dengan wang ringgit. Insya allah kami akan kembali lagi menunaikan kerja kami untuk menghasilkan yang terbaik dalam pembikinan sebuah dokumentari hebat, penuh makna, dan esklusif - ANGIN MENDERU.

Agar apa yang telah dilalui akan diingati dan diteruskan selagi hayat di kandung badan.

p/s: blog ini akan kembali aktif selepas catatan pertama ini.. Kepada pembaca setia blog ini, kami amat menghargai kesetiaan anda.. Assalamualaikum..

*gambar sekadar hiasan mengukuhkan cerita*