Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


MICHELLE YEOH RANGKUL PELAKON WANITA TERBAIK DI OSCARS 95

Kemenangan Michelle Yeoh di Anugerah Akademi Oscar ke-95, membuktikan anak Malaysia mampu terbang jauh ke Hollywood.

VIU DAN ASTRO JALIN KERJASAMA STRATEGIK?

Alami pengalaman penontonan baharu melalui kerjasama strategik antara viu dan ASTRO yang mampu membuka lebih luas pasaran dalam bidang penyiaran dengan pelbagai rancangan terbaik seluruh Asia.

ASTRO RAIKAN RAMADAN DENGAN SAJIAN PELBAGAI RANCANGAN DAN PROGRAM MENARIK

Sempena bulan Ramadan penuh keberkatan, Astro tampil meraikan Ramadan dengan pelbagai karya tontonan khususnya buat pelanggan Astro.

ANTARA MITOS DAN FANTASI. HARUM MALAM SETARAF FILEM SERAM HOLLYWOOD?

Bukan sahaja sebagai sebuah karya seram tempatan yang berbeza, namun Harum Malam wajar diakui sebagai sebuah filem Malaysia bertaraf antarabangsa.

KONSERT 25 TAHUN LAH AHMAD HABIS TERJUAL

Walaupun baru diumumkan dan tidak sampai 24 jam, tiket bagi menyaksikan konsert 25 Tahun Lah Ahmad habis terjual.

Rabu, 3 Oktober 2012

'MENDERULAH SANG ANGIN - ANGIN MENDERU


'menderulah sang angin agar tahu betapa cinta dan rindunya kasih buat orang jauh.. Layar layar kata ke hujung kota.. Di situ kita menunggu'.. ANGIN MENDERU sebuah filem dokumentari  arahan Hasnul Rahmat.. Berlayar dari Batu Pahat ke kota Singa menuju terus ke Pulau Riau.. Tersengat kata hingga ke Padang'. 

'mungkinkah cinta kita kembali bersatu?. Apakah tuan hamba sudi menerima lamaran dari Putera Angin yang mahu berlayar ke Kota Lama Istana Padang?. Adakah kemudinya tetap sama atau bertukar arah menuju ke sana?. Andaikata Sang Angin melambai dingin .. menderu-deru memanggil-manggil nama adinda.. nescaya kekanda akan menyusul.. sepertimana janji kita untuk bertemu'.. 


'Gurindam Jiwa' pembuka kata
menyusul indah di singgah sana
Andai hati lara jiwanya
Angin Menderu nama bicara

'Angin Menderu' akan memulakan pelayaran keduanya ke Kota Padang
Moga kali ini pancutannya meninggi
tegak tidak layu
bukan seperti kisah lalu perosak jiwa


Kisah di Parit Jambi peneman jiwa..






apakah kisah cinta mereka kembali bertaut sampai ke Padang?.
Nantikan kehangatannya..


gambar ihsan : Faizal Zulkifli

Isnin, 1 Oktober 2012

INDUSTRI FILEM KITA.. APA DAH JADI?



Bayangkan sebuah filem yang kos penerbitannya menelan belanja sekitar RM 3.5 juta, RM 2 juta, RM 1.5 juta dan RM 900K mengutip pulangan agak merosot. Ada filem yang bagus naratifnya, hanya mampu mengutip RM 15,000 sahaja. Itu harga sebuah skrip filem cereka. Jikalau ini makin berlarutan, produser filem sebegini akan gulung tikar, tetapi bagi mereka yang tidak putus asa, mungkin menganggap ia satu cabaran dalam dunia sinema. 

Penghasilan filem memang banyak risikonya. Ada yang menceburkan diri dalam dunia ini, hanya sekadar mahu popular, cari makan dan cepat kaya. Tetapi mesti kena dengan caranya. Apabila kutipan sesebuah filem jatuh merudum bagaikan angin yang menghembus setiap nafas penghuni kota, banyak yang menyalahkan Skim Wajib Tayang yang dikendalikan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Tetapi, tidak terfikirkan anda bahawa 'kualiti' menjamin 'kuantiti' sesebuah filem diperdagangkan. Seandainya, jalan cerita sesebuah naskhah itu tetap sama dan tidak berubah konteks pemikiran dan jalur naratifnya, pasti penerimaan penonton terhadap sesebuah filem itu masih sama atau tidak berubah. 

Peranan media baru seperti twitter, facebook, instagram, youtube, blog, video blog dan sebagainya, juga merupakan pemangkin kepada perkembangan dalam penerimaan sesebuah filem. Andaikata filem itu teruk dan tidak masuk akal atau bukan citarasa dalam pembikinannya, pastinya berita tersebut akan tersebar secepat mungkin ke pelusuk dunia, hanya melalui satu 'klik', - alam maya. Ini harus diakui setiap manusia kerana 'peranan internet', adalah amat penting dalam mencuit hati dan jiwa sekaligus sesebuah filem diterima atau dihentam teruk. 


Kemasukan Astro First dalam dunia penyiaran digital adalah satu sebab kenapa sesebuah filem itu merosot kutipan tiketnya di pawagam. Ada penonton yang sibuk dengan tugas harian dan bekerjaya tinggi, hanya memilih untuk menonton sesebuah filem melalui saluran Astro First. Itu juga strategi dalam melariskan sesebuah filem. Tetapi, apa yang seringkali dipersoalkan sesetengah karyawan filem ialah 'nilai ekslusif' sesebuah filem apabila ditayangkan di pawagam dan dirumah dalam jangkamasa 2 minggu. Dalam perkara ini, kita tidak boleh menyalahkan penonton kerana 'nilai beli' terletak ditangan penonton, dan kita tidak boleh memaksa mereka menonton apa yang mereka tidak mahu tonton, melainkan mata dan hati mereka mahu terlibat sama.

2 minggu satu filem. Dalam sebulan ada 4 minggu. Maknanya 8 filem.  Katakanlah harga tiket sebuah filem RM15.00, jika 8 buah filem, maknanya seorang penonton perlu berbelanja RM 120.00 bagi 8 filem. Jikalau setiap seorang membawa ramai 'anak-anak' atau 'tetamunya' untuk menonton di pawagam, harga keseluruhan akan berganda dan nilai tambah kutipan akan menjadi tinggi dan meningkat ke paras positif. Tetapi, jika nilai beli merosot, maka kutipan akan jatuh seterusnya sesebuah filem yang gagal di pawagam tidak bermakna akan gagal di saluran Astro First. Apa yang menjadi persoalan di sini ialah 'sanggupkah' setiap penonton yang ada di Malaysia ini sanggup mengeluarkan RM 120.00 sebulan bagi menonton 8 buah filem, sekiranya ke semua filem itu 'biasa-biasa' atau boleh di anggap 'tidak menarik' ?. Bukankah satu kerugian namanya.

Justeru, apa yang ingin saya ajukan kepada anda pembaca yang saya hormati, 'Apa Dah Jadi.. pada Industri Filem Kita..? Adakah ia boleh dikira baik atau sedang-sedang atau jahanam!. Wallahuallam.

p/s: lama giler aku tak tengok movie malay.. hehhe