Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Khamis, 1 November 2012

PENANGGUHAN TANDA PUTERA - TIADA KAITAN DENGAN KPKK!!


Ketika ramai bercakap soal tarikh tayangan 'Tanda Putera', yang ditukar 3 kali ke tahun hadapan, ketika itulah banyak mata dan mulut berbicara soal politik serta permasalahan dalaman yang menjurus ke arah perkauman yang merungsingkan. Namun, itu tiada kena mengena dengan sistem politik kerajaan mahupun pilihanraya yang bakal diadakan. 

Menjawab persoalan yang ditimbulkan beberapa pihak yang sengaja mewujudkan provokasi tertentu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, YB Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim berpendapat, 'Penangguhan Filem Kenegaraan 'Tanda Putera', yang diterbitkan Pesona Pictures bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) itu langsung tiada kena mengena dengan arus politik atau pilihanraya ke-13 akan datang. Pendapat itu menyangkal dakwaan tertentu bahawa penangguhan filem arahan Shuhaimi Baba itu ada kaitan dengan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK). 

Dalam perkara ini, ia langsung tidak berlaku, malahan penangguhan Tanda Putera bukan bidang kuasa mana-mana menteri dalam kerajaan, tetapi ia dibuat secara positif melalui keputusan badan penapisan filem negara (LPF) di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN). Tayangan Tanda Putera yang dijadual menemui penonton pada 13 September 2012 yang lalu ditukar kepada bulan ini iaitu 15 November 2012 dan terkini - Penundaan tayangannya beralih ke tahun hadapan 2013. Pengarah filem berkenaan, Datin Paduka Shuhaimi Baba ketika dihubungi media, enggan mengulas lanjut kenapa penangguhan filem tersebut berlaku. 

Tanda Putera yang berkisar tentang dua sahabat karib, Tun Razak dan Tun Dr Ismail merupakan antara filem air mata yang bakal mengusik jiwa, dan bukan sebuah filem kontroversi yang diuar-uarkan pihak pembangkang. Dalam soal ini mereka (pembangkang), perlu menonton filem ini terlebih dahulu, barulah mengemukakan pandangan secara logik dan berhemah atas perjalanan naskhah filem yang khabarnya menelan sekitar RM 4.8 juta pembikinannya. 

Apa yang pasti, 'menilai filem bukan mendengar pendapat orang lain, tetapi dengan menonton, menghayati dan mengkaji keseluruhannya', agar apa yang disaksikan di layar dapat dikongsi bersama. Barulah apa yang dihasilkan dapat diterima mahupun tidak. Wallahuallam.


Kenyataan Shuhaimi Baba sebelum Tanda Putera ditukar tayangannya ke tahun hadapan

2 comments :

bg la alasan ape pon...nampak sgt la tngguh sbb politik...

Belum tengok citer Tanda Putera nih.

Citer Jebon Skyfall dah la. Ini rebiunya:

http://www.sinema.my/movie-review-skyfall-penuh-dengan-plot-buduh/

Sudilah kiranya bagi komen sebaris dua. Terima kasih.