Ahad, 13 Januari 2013
MENGAPA DI RINDU.. UJI RASHID..
Salam..
Ruangan kali ini agak simple. Kami ingin berkongsi 5 lagu terbaik pilihan krew kami mengenai lagu-lagu nyanyian Uji Rashid. Pemilihan kami berdasarkan melodi dan lirik yang terkandung dalam setiap lagu yang disampaikannya. Walaupun pelbagai pihak membuat andaian mengatakan Uji Rashid 'tidak boleh menyanyi' lagi, tetapi apa yang pasti berilah peluang padanya untuk membuktikan sebaliknya.
Walaupun auranya mungkin tidak sehebat zaman dahulu, tetapi kita boleh mencuba dan terus mencuba. Tidak semestinya, ia gagal.. kita perlu support untuk dirinya kembali berada di atas.. kalau tidak.. mana mungkin penyanyi sehebat Yuna mahu dirinya kembali ke persada muzik tanah air. Sekiranya ada pihak yang berani mengambil risiko untuk dirinya kembali bertapak, syabas diucapkan kerana setiap insan seni memerlukan sokongan bukannya kata-kata yang bisa menjatuhkan semangat untuk dirinya terus mekar harum seindah bunga di taman.
Kak Uji.. harap terus tabah.. jangan menoleh ke belakang.. mungkin ini ujian dan satu hari nanti bisa boleh merobah segalanya. Amin..
Bersama ini kami susuli 5 lagu pilihan terbaik kami. Mungkin ada suka atau tidak terpulang.. citarasa kita berbeza. Sampaikan rasa rindu di angin lalu..
mengapa dirindu
namamu terukir dihatiku
kembalilah
ku ingin selalu disampingmu
semakin hari semakin sayang
Sabtu, 12 Januari 2013
MISE EN SCENE : SENI MENCIPTA ADEGAN (artikel terpillih)
APABILA menonton sesebuah filem atau drama televisyen khususnya adegan dalam ruang (in door), suatu yang paling cepat dikesan ialah susun letak prop, pencahayaan, gerak pelakon dalam ruang dan gerak kamera. Ada sesetengah filem mengambil remeh adegen begini. Pengarah seni tidak memberikan penataan seni yang teliti, penata cahaya tidak mampu menghidupkan suasana dan jurukamera gagal merakam daripada sudut dan gerak kamera yang menarik dan bermakna. Dalam perfileman semua ini disebut mise en scene iaitu seni mencipta adegan.
Mise en scene merupakan istilah Perancis yang bermaksud meletakkan satu subjek dalam adegan. Mise en scene merupakan segala yang kita lihat di dalam sebuah filem iaitu semua yang nampak di layar filem ataupun skrin televisyen. Mulai dari setting tempat, kostum, solekan, pencahayaan dan ekspresi pelakon dan gerak kamera. Mise en scene meliputi fungsi sebuah adegan dalam filem itu bagi menjelaskan sesuatu atau untuk memberi kesan dramatik - semua elemen itu bergantung dari kehebatan filem itu sendiri. Penyusunan elemen dalam mise en scene juga sangat penting kerana perkara ini akan menimbulkan pelbagai macam perkara lain seperti harapan pelakon dalam babak tersebut, permasaalahan watak dan lain-lain lagi. Mise en scene juga berperanan untuk menjadikan penonton tidak senang duduk dan akan melahirkan keinginan untuk terus mengetahui perkembangan tentang sebuah adegan, bahkan keseluruhan filem. Salah satu unsur mise en scene yang utama adalah set. Set merupakan tempat atau ruang sesuatu babak. Set dicipta berdasarkan pelbagai pertimbangan seperti isipadu dan kesinambungan grafik, misalnya kesinambungan dominasi warna. Konsisten dalam pemakaian warna tersebut berhubung kait dengan dimensi grafik dan perjalanan cerita tersebut. Set berperanan penting dalam sesebuah filem. Set boleh menyampaikan cerita meskipun tanpa pelakon.
Kostum dan solekan boleh dijadikan cara untuk memenuhi dimensi grafik yang kreatif. Sekali lagi konsisten pemakaian, trend ataupun warna kostum dan solekan sangat bergantung pada sudut pandang seseorang pengarah dalam menggarap ceritanya. Selain itu juga, kostum boleh menjadi satu simbol terhadap sebuah zaman, negara, mahupun ideologi tertentu. Kostum selalu dekat dengan set. Set menyediakan latar belakang yang natural dan sesuai dengan cerita sementara kostum membangunkan identiti karakter pelakon. Kostum boleh menonjolkan sifat sebenar pelakon. Penampilan pelakon yang telah disolek tentu akan berbeza, bergantung konteks dramatik yang diinginkan pengarah. Pencahayaan menjadi salah satu kunci untuk membangun kesan dan mood cerita. Cahaya pula dapat memanipulasi ruang dan boleh menjadi penguat dalam sesuatu babak.
Dalam filem bercorak detektif, seorang penjahat yang memiliki banyak rencana jahat tidak akan ditampilkan dengan cahaya yang terang benderang. Sama juga dengan filem seram, kebanyakan cahaya yang digunakan oleh pengarah adalah biru dan hijau. Permainan cahaya boleh menjadi sesuatu yang kreatif kerana secara tidak sedar, cahaya ternyata memberikan kesan yang berbeza bagi setiap benda yang terkena pantulannya. Ketika ini cahaya berperanan penting. Dalam sinema Hollywood, cahaya mempunyai peranannya sendiri dan selalu diterapkan, iaitu tiga penjuru cahaya. Sumber cahaya berada di tiga penjuru berbeza dan memiliki peranan yang juga berbeza.
Filem Back To The Future bahagian satu hingga tiga merupakan sebuah filem yang begitu teliti dalam pembikinannya. Filem yang berkisar tentang mesin perjalanan masa ini berjaya menunjukkan perbezaan masa yang ditonjolkan. Set yang dilakukan oleh pengarahnya, Robert Zemeckis membuktikan seting latar masa sesuatu filem amat penting. Dalam filem keluaran tahun 1985 ini, perbezaan tiga zaman yang dilawati oleh watak Marty McFly lakonan Michael J. Fox begitu ketara. Difahamkan latar tempat filem ini yang dikenali sebagai bandar Hill Valley hanya dilakukan di Courthouse Square yang terletak di bahagian belakang Universal Studios. Paling menarik lokasi tersebut diubah sebanyak tiga kali bagi menunjukkan perbezaan latar masa yang diingini oleh pengarahnya.
Artikel ini adalah artikel terpilih yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia dan menjadi hakcipta Utusan Melayu sepenuhnya. Pihak kami hanya sekadar berkongsi untuk tatapan peminat filem dan pembaca. Harap Maklum.
Jumaat, 11 Januari 2013
BUNOHAN DAIN SAID GAGAL TERCALON DI OSCAR 85 HOLLYWOOD!
Walaupun tidak berjaya tercalon dalam sebarang kategori di Anugerah Oscar ke-85 -2013 yang bakal berlangsung pada 24 Februari 2013 di Dolby Theater Hollywood, BUNOHAN karya agung Dain Said, tidak boleh dianggap sebagai sebuah filem yang gagal. BUNOHAN yang menerima kritikan positif dari ramai pengkritik filem tempatan itu turut menyertai Festival Filem Malaysia ke-25 yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia pada Mac 2013.
BUNOHAN yang diterbitkan Nandita Solomon dari Apparat Films itu tersenarai dua bulan yang lalu di Anugerah Oscar ke 85 bersama-sama 70 buah filem antarabangsa lain dari seluruh dunia. Ketika dihubungi, Dain Said menyifatkan 'ia satu cabaran dalam menghasilkan filem-filem seterusnya'.
Senarai terbaik bagi setiap kategori dalam Oscar telah diumumkan semalam, sebanyak 24 kategori filem itu akan berentap bagi merebut antara yang terbaik. Jom kita lihat, senarai penuh pencalonan Oscar:
FILEM TERBAIK
Amour
Argo
Beasts of the Southern Wild
Django Unchained
Les Miserables
Life of Pi
Lincoln
Silver Linings Playbook
Zero Dark Thirty
PELAKON LELAKI TERBAIK
Bradley Cooper, Silver Linings Playbook
Daniel Day-Lewis, Lincoln
Hugh Jackman, Les Miserables
Joaquin Phoenix, The Master
Denzel Washington, Flight
PELAKON WANITA TERBAIK
Jessica Chastain, Zero Dark Thirty
Jennifer Lawrence, Silver Linings Playbook
Emmanuelle Riva, Amour
Naomi Watts, The Impossible
Quvenzhané Wallis, Beasts of the Southern Wild
PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK
Alan Arkin, Argo
Robert DeNiro, Silver Linings Playbook
Philip Seymour Hoffman, The Master
Tommy Lee Jones, Lincoln
Christoph Waltz, Django Unchained
PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK
Amy Adams, The Master
Sally Field, Lincoln
Anne Hathaway, Les Miserables
Helen Hunt, The Sessions
Jacki Weaver, Silver Linings Playbook
PENGARAH TERBAIK
Michael Haneke, Amour
Ang Lee, Life of Pi
David O. Russell, Silver Linings Playbook
Steven Spielberg, Lincoln
Benh Zeitlin, Beasts of the Southern Wild
LAKON LAYAR ASAL TERBAIK
Wes Anderson and Roman Coppola, Moonrise Kingdom
Mark Boal, Zero Dark Thirty
John Gatins, Flight
Michael Haneke, Amour
Quentin Tarantino, Django Unchained
LAKON LAYAR ADAPTASI TERBAIK
Lucy Alibar and Benh Zeitlin, Beasts of the Southern Wild
Tony Kushner, Lincoln
David Magee, Life of Pi
David O. Russell, Silver Linings Playbook
Chris Terrio, Argo
FILEM ANIMASI TERBAIK
Brave
Frankenweenie
ParaNorman
The Pirates! Band of Misfits
Wreck-It Ralph
SINEMATOGRAFI TERBAIK
Anna Karenina, Seamus McGarvey
Django Unchained, Robert Richardson
Life of Pi, Claudio Miranda
Lincoln, Janusz Kaminski
Skyfall, Roger Deakins
REKAAN KOSTUM TERBAIK
Anna Karenina, Jacqueline Durran
Les Misérables, Paco Delgado
Lincoln, Joanna Johnston
Mirror Mirror, Eiko Ishioka
Snow White and the Huntsman, Colleen Atwood
DOKUMENTARI TERBAIK
5 Broken Cameras
The Gatekeepers
How to Survive a Plague
The Invisible War
Searching for Sugar Man
DOKUMENTARI PENDEK TERBAIK
Inocente, Sean Fine dan Andrea Nix Fine
Kings Point, Sari Gilman dan Jedd Wider
Mondays at Racine, Cynthia Wade dan Robin Honan
Open Heart, Kief Davidson dan Cori Shepherd Stern
Redemption, Jon Alpert dan Matthew O’Neill
SUNTINGAN FILEM TERBAIK
Argo, William Goldenberg
Life of Pi, Tim Squyres
Lincoln, Michael Kahn
Silver Linings Playbook, Jay Cassidy dan Crispin Struthers
Zero Dark Thirty, Dylan Tichenor dan William Goldenberg
FILEM ASING TERBAIK
Amour, Austria
Kon-Tiki, Norway
No, Chile
A Royal Affair, Denmark
War Witch, Canada
SOLEKAN DAN DANDANAN TERBAIK
Hitchcock, Howard Berger, Peter Montagna and Martin Samuel
The Hobbit: An Unexpected Journey, Peter Swords King, Rick Findlater and Tami Lane
Les Misérables, Lisa Westcott and Julie Dartnell
SKOR ASAL TERBAIK
Anna Karenina, Dario Marianelli
Argo, Alexandre Desplat
Life of Pi, Mychael Danna
Lincoln, John Williams
Skyfall, Thomas Newman
LAGU ASAL TERBAIK
"Before My Time” dari Chasing Ice, muzik dan lirik oleh J. Ralph
"Everybody Needs A Best Friend" dari Ted, muzik oleh Walter Murphy; lirik oleh Seth MacFarlane
"Pi’s Lullaby" dari Life of Pi, muzik oleh Mychael Danna; lirik oleh Bombay Jayashri
"Skyfall" dari Skyfall, muzik dan lirik by Adele Adkins dan Paul Epworth
"Suddenly" dari Les Misérables, muzik oleh Claude-Michel Schönberg; lirik oleh Herbert Kretzmer dan Alain Boublil
REKAAN PRODUKSI TERBAIK
Anna Karenina, Production Design: Sarah Greenwood; Set Decoration: Katie Spencer
The Hobbit: An Unexpected Journey, Production Design: Dan Hennah; Set Decoration: Ra Vincent and Simon Bright
Les Misérables, Production Design: Eve Stewart; Set Decoration: Anna Lynch-Robinson
Life of Pi, Production Design: David Gropman; Set Decoration: Anna Pinnock
Lincoln, Production Design: Rick Carter; Set Decoration: Jim Erickson
FILEM ANIMASI PENDEK TERBAIK
Adam and Dog, Minkyu Lee
Fresh Guacamole, PES
Head over Heels, Timothy Reckart and Fodhla Cronin O’Reilly
Maggie Simpson in The Longest Daycare, David Silverman
Paperman, John Kahrs
FILEM AKSI LANGSUNG TERBAIK
Asad, Bryan Buckley and Mino Jarjoura
Buzkashi Boys, Sam French and Ariel Nasr
Curfew, Shawn Christensen
Death of a Shadow (Dood van een Schaduw), Tom Van Avermaet and Ellen De Waele
Henry, Yan England
SUNTINGAN BUNYI TERBAIK
Argo-Erik Aadahl and Ethan Van der Ryn
Django Unchained-Wylie Stateman
Life of Pi-Eugene Gearty and Philip Stockton
Skyfall-Per Hallberg and Karen Baker Landers
Zero Dark Thirty-Paul N.J. Ottosson
ADUNAN BUNYI TERBAIK
Argo-John Reitz, Gregg Rudloff and Jose Antonio Garcia
Les Misérables- Andy Nelson, Mark Paterson and Simon Hayes
Life of Pi- Ron Bartlett, D.M. Hemphill and Drew Kunin
Lincoln- Andy Nelson, Gary Rydstrom and Ronald Judkins
Skyfall- Scott Millan, Greg P. Russell and Stuart Wilson
KESAN VISUAL TERBAIK
The Hobbit: An Unexpected Journey- Joe Letteri, Eric Saindon, David Clayton and R. Christopher White
Life of Pi-Bill Westenhofer, Guillaume Rocheron, Erik-Jan De Boer and Donald R. Elliott
Marvel’s The Avengers-Janek Sirrs, Jeff White, Guy Williams and Dan Sudick
Prometheus-Richard Stammers, Trevor Wood, Charley Henley and Martin Hill
Snow White and the Huntsman-Cedric Nicolas-Troyan, Philip Brennan, Neil Corbould and Michael Dawson
Khamis, 10 Januari 2013
SATU PENGHINAAN! - UJI RASHID KECEWA NAMANYA DIGUGURKAN..
Fuziah Haroun Al-Rashid atau Uji Rashid, antara penyanyi popular pada tahun 1970-an, mempunyai 9 buah album studio iaitu 'Ku Ingin Selalu Di sampingmu (1975), Semakin Hari Semakin Sayang (1975), Ku Kekosongan (1976), Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu (1977), Mengapa Derita Yang Di cari (1980), Mengapa Berjauhan (1981), Merpati (1983), Bisikan Hati (1988), Bukan Terpaksa (1999)' serta 3 buah album duet bersama Hail Amir iaitu 'Antara Mata Mu dan Mata Ku bersama (1976), Hujan bersama (1977) dan Ku Kejar Bayanganmu (1980)'.
Selepas itu, Uji Rashid tidak lagi merakamkan album, namun pada tahun 2013, namanya kembali disebut apabila penyanyi Yuna mahukannya menyanyikan lagu 'Terukir Di Bintang' di Malam Anugerah Juara Lagu ke-27. Menurut Yuna, sekiranya Uji Rashid tidak mahu menyanyikan lagu itu, maka Yuna akan menarik diri di Malam AJL 27. Tetapi, apa yang berlaku sebaliknya adalah nama 'Uji Rashid' digugurkan serta-merta daripada membuat persembahan di Malam AJL 27 dengan alasan yang diberi pihak pengurusan adalah Uji tidak sihat.
Membidas kenyataan ini, Uji Rashid menyangkal bahawa dirinya masih boleh menyanyi dan 'satu penghinaan' baginya apabila ada pihak membuat keputusan tanpa memberitahunya secara baik kenapa namanya digugurkan, malahan Aizat dipilih bagi menggantikan Uji Rashid yang kononnya tidak sihat. Ketika dihubungi, Uji Rashid menafikan dirinya cemburu dengan pemilihan Aizat, bahkan masih kecewa kenapa di saat-saat akhir namanya digugurkan tanpa alasan yang kukuh.
Untuk mengetahui selanjutnya.. sila klik di sini.
p/s: mengharapkan tidak akan berlaku seperti ini lagi dalam industri hiburan, muzik dan filem tempatan terutamanya terhadap golongan artis veteran. Kerana tanpa mereka, mana mungkin akan ada artis baru seperti sekarang. Wallahuallam.
Rabu, 9 Januari 2013
FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE 25, DIJADUALKAN MAC 2013

Selasa, 8 Januari 2013
JABATAN IMEGRESEN MALAYSIA PERLU WUJUDKAN KEMUDAHAN ONLINE
Beberapa bulan lepas, aku berurusan dengan Jabatan Imegresen Malaysia melalui Bahagian Visa, Pas dan Permit. Tujuan aku ke sana adalah untuk memohon pas professional bagi membawa masuk tenaga krew dari luar negara untuk bekerja dalam Industri Filem dan Hiburan Tempatan. Bahagian ini menyelenggara semua kemudahan berkaitan visa, permit dan pas berkaitan warga asing yang bekerja di Malaysia. Bagi artis, pelakon atau sesiapa yang bukan warganegara Malaysia yang mahu bekerja di Malaysia khususnya dalam industri filem tempatan haruslah memohon visa dari Puspal di Bahagian Perlesenan Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia) sekaligus berurusan dengan Jabatan Imegresen Malaysia. Dalam situasi ini aku memilih untuk ke Putrajaya, Malaysia.
Setibanya di Tingkat 3 Bangunan Imegresen Putrajaya sekitar jam 9.30 pagi, aku lihat begitu ramai orang tidak kira warna kulit, agama, bangsa dan negara berpusu-pusu untuk mendapat khidmat yang terbaik di Bahagian Visa, Pas dan Permit tersebut. Aku ke situ mewakili Finas bersama-sama salah seorang krew dari Singapura untuk memohon kelulusan permit untuk membuat penggambaran di Malaysia. Alhamdulillah.. sekitar jam 4.30 petang, barulah selesai kesemua proses di bahagian tersebut. Bayangkan dari jam 9.30 pagi hingga 4.30 ke 5.00 petang, hanya kerana 'sehelai kertas' aku menunggu dan terus menunggu, akhirnya berjaya jua memperolehi pas tersebut.
Bukan mempersoalkan kredibiliti sistem perkhidmatan awam di Malaysia, tetapi apa yang aku harapkan ialah selepas ini akan ada urusan memohon pas tersebut dalam bentuk online. Dengan online iaitu (hanya satu klik), kita boleh berurusan samada di rumah, pejabat atau di mana jua kita berada, bukankah itu lagi menjimatkan masa, tenaga, minyak petrol dan sebagainya tanpa perlu menunggu hanya kerana 'satu kelulusan'. Kita boleh memohon online, dan akan datang berurusan di kaunter apabila sudah diluluskan atau bersedia untuk diambil apa yang kita hajati. Sistem seperti ini sudah pun ada di Singapura. Kenapa kita tidak mahu menjadikan sistem ONLINE antara sistem yang mempercepatkan segala urusan penting. Saya faham, tidak semua perkara boleh dilakukan secara ONLINE, tetapi kita boleh jadikannya sekiranya kena dengan caranya. Bayangkan untuk dapatkan 'sehelai kertas', kita perlu menunggu lebih kurang 6 jam ke atas?. Masa itu emas..
Jika ia menjadi realiti, saya percaya segala urusan akan menjadi mudah, cepat dan berkesan. Bukan semua orang suka menunggu terlalu lama, sila lihat urusan di bahagian perlesenan Finas. Dalam masa beberapa minit sahaja, permohonan anda akan diketahui samada lulus atau tak. Jika kita biarkan masa itu pergi begitu sahaja, masa yang terbuang boleh kita isikan dengan pelbagai perkara yang lagi menarik, bukankah begitu?. Wallahuallam.
Isnin, 7 Januari 2013
ROKIAH WANDA vs YUNA
Bila sebut aja nama Rokiah Wanda, barangkali ada yang akan terpinga-pinga, buat-buat tido atau memang tak tau.. atau hanya mereka tahu lagu GangNam Style.. yang ku rasakan macam sebuah lagu tamil - yang di 'rapkan'.. hehhe.
Kalau dibilang nama Seniman Agung P.Ramlee, barulah mereka tahu. Tapi, untuk entry hari ini aku tak nak bercakap mengenai seniman agung tue, tapi mengenai lagu klasik yang dinyanyikan penyanyi popular era 40-an, iaitu Rokiah Wanda. Nama 'Rokiah Wanda' kini disebut kembali menerusi lagu 'Bulan Di Tutup Awan', yang kononnya menjadi inspirasi penyanyi YUNA dalam menghasilkan lagu 'Terukir Di Bintang', antara lagu terbaik di Malam Anugerah Juara Lagu (AJL27) yang dianjurkan Stesen TV3 Malaysia. Pelbagai kontroversi lagu tersebut, di mana Yuna pada mulanya memilih Uji Rashid menyanyikan lagu tersebut di Malam AJL27, sehingga diputuskan Aizat untuk menyanyikan lagu tersebut. Pasti!.
Siapapun yang menyanyikan lagu tersebut, apa yang penting ialah 'komitmen'. Tahniah buat pemenang.. moga untuk tahun 2014, hasilkan karya yang terbaik untuk generasi seterusnya. Kepada anda yang tak suka dengar lagu klasik.. ada aku kisah?. Tak suka pergi blog lain.. hahha. Oh ya, sebelum aku tutup noktah hari ini, apa kata jom kita bandingkan antara YUNA dan ROKIAH WANDA dalam menyanyikan lagu klasik 'Bulan Ditutup Awan'. Jika anda pernah menyanyikannya, dimohon kongsi disini..
'Bulan Ditutup Awan', by Rokiah Wanda
'Bulan Ditutup Awan' by Yuna
Sabtu, 5 Januari 2013
UJI RASHID atau AIZAT : PEGANTI YUNA DI MALAM AJL27?
Sabtu, Januari 05, 2013
Aizat
,
AJL27
,
Anugerah Juara Lagu
,
Bulan Ditutup Awan
,
Lagu Klasik
,
Rokiah Wanda
,
Terukir Di Bintang
,
Uji Rashid
,
Yuna
0 comments
Uji Rashid atau AIZAT?. Akhirnya terjawab sudah mengenai peganti Yuna ini. Pada mulanya, YUNA menginginkan Uji Rashid untuk membawakan 'Terukir di Bintang', di Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL 27) yang bakal berlangsung pada esok malam, Ahad 6 Januari 2013. Kami dimaklumkan Uji Rashid bakal membuat persembahan di malam AJL 27 nanti.
Terkini, berita sensasi lagi panas memaklumkan bahawa penyanyi Aizat pula dipilih bagi mengantikan Yuna di malam AJL 27. Memang benar lagi sahih berita ini. Walau siapapun yang terpilih bagi menyanyikan lagu ciptaan Yuna sepenuhnya 'Terukir di Bintang', tetapi diharapkan 'dia', bakal membawakan lagu tersebut dengan baik. Atau apakah gabungan UJI RASHID bersama AIZAT membawakan 'Terukir Di Bintang' pada esok malam?. Jika ya, mungkin satu kejutan atau sekadar tanggapan sensasi lagi mendebarkan.
'Terukir Di Bintang', ciptaan sepenuhnya oleh Yuna khabarnya merupakan sebuah lagu yang diinpirasikan dari 'Bulan Di Tutup Awan', sebuah lagu klasik nyanyian Rokiah Wanda. Apakah lagu ini bakal dinobatkan sebagai Juara Lagu ke-27 atau Lagu Terbaik?. Sama-sama kita nantikan ANUGERAH JUARA LAGU KE-27, pada 6 Januari 2013, Ahad.
'Bulan Ditutup Awan' by Rokiah Wanda
'Terukir di Bintang', by Yuna
p/s: mengharapkan gabungan yang baik antara Uji Rashid dan Aizat pada esok malam. atau Aizat seorang sahaja. Terpulanglah..
Jumaat, 4 Januari 2013
ADIK MANJA DHARMA TIDAK SEMANJA ADIK MANJA HAFSHAM?
Jumaat, Januari 04, 2013
Adik Manja
,
Adik Manja Returns
,
Dharma Harun
,
Filem
,
Kritikan
,
Ulasan
1 comment
Maaf, sekadar mahu berkongsi artikel mengenai filem Adik Manja Returns (2013) arahan Dharma yang direview oleh Syazwan Zakaria dari Gala TV, Astro Awani. Jom kita kongsikan, komen di sini ya..
**********
SELEPAS menonton Adik Manja Returns, saya cuba untuk mencari dan memahami alasan mengapa Dharma Harun Al Rashid membikinnya. Sama ada atas faktor populariti, keuntungan atau membangkit nostalgia, saya fikir Dharma seharusnya melihat penghasilan filem ini dalam perspektif yang lebih meluas.
Adik Manja Returns ialah filem sambungan Adik Manja (1980) arahan Othman Hafsham yang dianggap sebagai naskhah komedi klasik. Ia bukan saja memecahkan kutipan box-office ketika itu malah membawakan wajah bangsa Melayu yang moden, berkeyakinan serta berani menerima pembaharuan.
Saya tidak dapat mengelak untuk melakukan perbandingan di antara filem asal dan sekuelnya, baik dari segi jalan cerita mahupun pembikinan keseluruhan. Saya mengambil inisiatif untuk menonton semula Adik Manja agar pemerhatian saya lebih adil dan berasaskan fakta.
Secara ringkas, Adik Manja Returns mengisahkan sebuah institusi pengajian tinggi yang hanya mengambil pelajar-pelajar wanita. Ini adalah untuk mengekalkan tradisi kolej itu. Pengetuanya, Sofia (Rozita Che Wan) adalah anak kepada pengetua dalam filem Adik Manja yang lama.
Ibu Sofia memberi wasiat jika kolej itu mengalami masalah, cari Cikgu Azmi (lakonan Dharma) yang pernah memberikan nafas baru kepada cara pembelajaran. Tidak dinafikan, Cikgu Azmi memang hebat dan memahami jiwa anak muda kerana dia juga baru berusia 26 tahun dalam filem asal.
Yang menjadi persoalan, adakah kaedah yang digunakan dulu dan pemikirannya itu masih relevan? Bukan untuk menidakkan wasiat ibu Sofia namun selaku penerbit, penulis skrip serta pengarah, Dharma mesti lebih jelas dengan apa yang ingin dilakukan menerusi filem sekuel ini dan bukan sekadar syok sendiri.
Meneliti kembali Adik Manja arahan Hafsham, saya mengerti mengapa filem itu diangkat dan menjadi pilihan. Antara sebab yang jelas kerana menawarkan komedi yang segar dan urban, berbanding lawak jenaka lain yang kebanyakannya slapstik misalnya daripada A.R Badul, Yahya Sulong atau Param.
Hafsham juga menghasilkan sebuah skrip yang bijak. Dia bukan saja memasukkan elemen sains dan teknologi (watak Cikgu Azmi ketika itu ialah ahli kimia) malah memahami aspek psikologi dan sosiologi. Hafsham mempunyai sebab dan penjelasan mengapa setiap peristiwa atau kelakuan itu terjadi.
Pada awal 1980-an adalah sesuatu yang normal apabila remaja perempuan tidak dibenarkan bergaul bebas dengan lelaki. Kerana itu kehadiran Cikgu Azmi dalam kolej tersebut mencetuskan polemik baru. Para pelajar digambarkan sebagai nakal (barangkali kerana perkembangan hormon) tetapi tidak liar.
Justeru pada era milenium ini, saya tidak pasti mengapa kolej itu hanya dikhususkan untuk perempuan. Adakah semata-mata kerana tradisi yang tidak lagi sesuai? Ini bukan sekolah rendah, sekolah menengah atau madrasah sebaliknya kolej untuk pelajar pelbagai kaum berusia 18 tahun ke atas.
Ironinya, pergaulan sesama jantina itu hanya berlaku di dalam kolej. Mereka boleh saja bertemu dengan rakan-rakan lelaki di luar malah pada babak akhir iaitu pertandingan tarian, begitu ramai remaja lelaki diundang sebagai penari jemputan. Saya sebenarnya tidak faham apa yang Dharma cuba buat.
Pada hari pertama Cikgu Azmi muncul di kolej, semua pelajar seakan taksub seperti tidak pernah melihat lelaki. Adakah sebelum ini selain Cikgu Azmi, tiada pensyarah lelaki lain? Saya keliru. Jika Hafsham mahu melangkah ke depan menerusi Adik Manja, Dharma pula mundur ke belakang dengan sekuelnya.
Dharma sepatutnya mengkaji dan memahami persekitaran hari ini, bukan sekadar memperbaharui premis dengan meletakkan perlumbaan drift atau tarian shuffle. Dia tidak boleh bergantung kepada kenangan semata-mata untuk menyambung legasi Adik Manjasebaliknya pemikiran filem ini harus lebih maju.
Pada awal filem Adik Manja Returns, moral dan akhlak pelajar kolej digambarkan begitu menakutkan. Mereka bukan saja mempunyai masalah disiplin dan suka membuli pensyarah tetapi terlibat dalam kes pembuangan bayi, kes pukul dan berhutang dengan ah long.
Pengambilan semula Cikgu Azmi dilihat sebagai jalan terbaik untuk membantu mengubah sikap dan kelakuan pelajar-pelajar kolej. Malangnya, saya tidak melihat sebarang tindakan besar yang dilakukan Cikgu Azmi kecuali ingin mengadakan pertandingan tarian untuk menyatukan mereka.
Cikgu Azmi meletakkan syarat, sesiapa yang ingin menyertainya harus lulus dalam peperiksaan. Sangat ajaib apabila ke semua pelajar kolej itu meminati tarian lalu berusaha bersungguh-sungguh sehingga mereka mendapat keputusan cemerlang. Semudah itu? Masuk peraduan dan sikap terus berubah?
Jika ada pun perubahan hanya berlaku kepada dua kumpulan pelajar bermusuh yang diketuai Bib dan Su. Apa terjadi pada pelajar lain yang digambarkan sebagai pembuli dan pengamal ilmu hitam? Adakah masalah disiplin secara keseluruhannya selesai selepas pertandingan tarian berakhir?
Saya merasakan percaturan Adik Manja Returns sudah silap sejak awal lagi. Tidak salah untuk Dharma menghasilkan sambungan tetapi dia memerlukan idea yang bernas dan relevan untuk menyaingi atau setidak-tidaknya sama standard dengan versi Hafsham daripada aspek penceritaan.
Barangkali kisah bayi bernama Izwan - merujuk kepada adik manja dalam filem asal - yang patut dikembangkan dan menjadi subjek yang lebih menarik.
Ada baiknya saya tidak menyentuh secara terperinci tentang aspek lakonan dan teknikal kerana selepas 29 tahun Adik Manja diterbitkan, produk sambungannya tidak mencerminkan kualiti yang sewajarnya. Ia sepatutnya ‘manja’ dan menghiburkan bukan meresahkan dan mengecewakan penonton.
p/s: Nantikan ulasan saya mengenai filem ini akan datang...
Khamis, 3 Januari 2013
3 FILEM TEMPATAN HIASI SINEMA JANUARI 2013
Nampak gayanya, hanya 3 buah filem tempatan sahaja ditayangkan dalam slot 'di pawagam' pada Januari 2013. Peminat filem tempatan jangan lepaskan peluang anda untuk menonton ketiga-tiga filem tempatan ini, sebagai sokongan anda terhadap Sinema Januari 2013. Nak tahu filem apakah akan menghiasi pawagam tempatan seluruh negara bermula 3 Januari 2013 hingga 24 Januari 2013?. Jom kita saksikan trailer dan info menarik ketiga-tiga filem ini.
3 JANUARI 2013
MINYAK DAGU
Minyak Dagu mengisahkan tentang Azman yang berdendam dengan bekas tunangnya Emelda, disebabkan terlalu dendam dan mengikut desakan daripada kawannya, Azman telah berjumpa bomoh, Wak Minarjo seorang pawang hebat minyak dagu. Emelda yang memutuskan pertunangan dengan Azman demi mengikut cakap kedua-dua orang tuanya bahawa Johan adalah seorang calon suami yang baik dan boleh menjamin masa depan Emelda, nak dibandingkan Azman yang hanya seorang jurujual yang sering tak ada untungnya. Liza, ibu kepada Azman begitu kecewa dengan sikap Emelda kerana melukakan hati anaknya. Setelah bertemu dengan Wak Minarjo, Azman betul-betul nekad untuk membeli minyak dagu, dan dia haruslah megikut pantang-larang yang diberitahu Wak Minarjo, Minyak dagu tersebut haruslah dicalitkan pada siku Emelda dan botol minyak dagu tersebut hendaklah di tanam berdekatan dengan pokok pisang. Sekiranya botol tersebut pecah disambar petir, maka segala kuasa sihir hilang. Menunggu hari bahagia Emelda dan Johan dinikahkan. Emelda nekad ingin menjemput bekas tunangnya itu. Azman mula mengambil kesempatan tersebut untuk mencalitkan minyak dagu pada siku Emelda. Di hari pernikahan Emelda dan Johan, Emelda tiba-tiba histeria. Azman puas kerana dendamnya terbalas. Semenjak dari itu, keadaan Emelda berubah. Johan bertindak membawa bomoh untuk mengubati histeria Emelda yang semakin parah. Hal ini menyebabkan Ainon, mak Emelda cenderung menuduh Johanlah yang menjadi punca sakit Emelda. Akhirnya selepas bertengkar, Ainon diserang sakit jantung dan meninggal dunia. Azman merasa bersalah lalu melawat jenazah Ainon. Pantang larang terbesar Azman ialah tidak boleh melawat orang mati. Segala-galanya berubah...
Pengarah
Azhari Zain
Pelakon
Fezrul Khan, Yana Samsuddin, Fizo Omar
31 JANUARI 2013
WAWA SEMPUT
Konflik cinta BOBBY dan WAWA daripada filem Adnan Sempit tidak berakhir begitu sahaja. Kini, ianya disambung kembali dalam filem penuh komedi dan aksi memaparkan Bobby dan Wawa yang terpaksa menghadapi ujian terbesar dalam hubungan mereka apabila Bobby menuduh Wawa tidak setia. Nama Ismat menjadi penyebab segalanya. Wawa sudah naik muak dengan sikap Bobby yang suka merempit mengambil keputusan untuk berpisah dan pulang ke kampungnya. Bobby merayu berkali – kali dan meminta maaf namun tidak dilayan langsung oleh Wawa. ISMAT muncul dengan penuh bergaya dan menumpangkan Wawa pulang ke kampungnya. Bobby yang memang sudah tangkap cintan guling – guling dengan Wawa tekad untuk mendapatkan Wawa kembali. Ismat dan Wawa pulang ke kampung dan terkejut apabila melihat Bobby terlebih dahulu sudah sampai. Lama kelamaan, Wawa mulai naik semput dengan sikap Bobby dan Ismat yang tidak sudah bersaing untuk memikatnya. PAK KUDIN, ayah kepada Wawa lebih menyukai Ismat yang dirasakan mempunyai masa depan yang lebih cerah berbanding Bobby yang kaki rempit. Namun, Pak Kudin juga sedar yang Wawa masih sayangkan Bobby dan mengharapkan dia akan berubah. Kawan baik kepada Wawa, AYUNI jatuh cinta pandang pertama pada Ismat kerana wajah Ismat yang mirip dengan bekas kekasihnya cuba untuk merampas Ismat daripada Wawa namun Ismat tetap setia pada cintanya. Sesuatu harus dilakukan demi memisahkan Ismat dan Wawa. Ayuni dan Bobby berpakat! Apakah yang akan dilakukan oleh Ayuni dan Bobby? Masih adakah ruang untuk Bobby di hati Wawa? semuanya bakal terjawab dalam Wawa Semput yang 'menyemput' di pawagam anda akan datang...
Pengarah
Ismal Bob Hashim
Pelakon
Angah Raja Lawak
Yana Samsuddin
Along Cham
JUVANA
24 JANUARI 2013
Kesinambungan dari drama TV popular Juvana yang telah disiarkan di TV3 dan memenangi Anugerah Drama Rantaian TV Terbaik Anugerah Skrin 2011, filem Juvana memaparkan kisah Botak, Apek, Ayam, Kicap, Panjang dan Daim setelah Wira Bakti ditutup. Daim yang telah dibebaskan cuba memulakan kehidupan baru dan menyambung persekolahannya. Namun, sejarah hitam hidupnya tidak memberi laluan mudah untuk Daim membina hidup baru. Botak, Apek, Ayam, Kicap, Gaban dan Panjang telah dipindahkan ke sebuah sekolah juvana lain untuk meneruskan tempoh hukuman mereka. Di sekolah baru itu Botak mula akrab dengan Apek serta yang lain. Namun, mereka menjadi sasaran Lan Todak, ketua samseng sekolah itu hingga mencabar semangat setia-kawan di antara mereka.
Pengarah
Mohamad Faisal bin Ishak
Lakon Layar & Skrip
tonton di pawagam
bukan di rumah anda
Rabu, 2 Januari 2013
GARA GARA REBAT TELEFON BIMBIT.. PORTAL SKMM TAK BOLEH DIBUKA!
Sejak kerajaan melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia melalui kenyataan menterinya, Datuk Seri Utama Dr.Rais Yatim melalui amanat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Hj Abdul Razak untuk memberikan rebat berjumlah RM200 kepada rakyat Malaysia berumur 21 hingga 30 tahun yang berpendapatan RM3,000 ke bawah, portal atau laman sesawang SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) tidak boleh dibukak sejak semalam. Apakah portal itu agak sibuk atau tidak boleh diakses langsung?. Kami masih menunggu jawapan dari pihak yang bertanggung jawab. Jom kita baca apa berita terkini mengenai pemberian rebat ini.
- editor
**********
Jemaah Menteri telah bersetuju agar belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, berkata perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementerian tersebut hari ini.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, berkata perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementerian tersebut hari ini.
Menurut kenyataan itu, pelaksanaan skim tersebut ialah atas prinsip 'siapa cepat dia dapat'.
Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications.
SKMM memperjelaskan bahawa semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan PKB sama ada penjual atau peruncit dikenakan syarat harga patut.
Dalam kenyataan terdahulu, SKMM memaklumkan hampir 5,500 belia yang layak telah mendaftar untuk mendapatkan rebat itu selepas pendaftarannya dibuka semalam.
SKMM turut menasihati para belia yang telah berdaftar untuk membuat pilihan dengan bijak serta meninjau pasaran terlebih dahulu sebelum membeli peranti pilihan berdasarkan tahap kemampuan masing-masing.
Pendaftaran di bawah PKB boleh dilakukan secara online dari pukul 7 pagi hingga 11 malam di laman sesawang komunikasibelia.skmm.gov.my.
Orang ramai boleh menghubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum jika terdapat sebarang pertanyaan.
**********
p/s: gunakanlah ia dengan sebaik mungkin. bagi yang sudah ada phone, jangan membazir, duit tu boleh derma bagi mereka yang memerlukan. sabor jer lah.
Selasa, 1 Januari 2013
KUTIPAN FILEM 2012 : HANYA 5 SAHAJA FILEM YANG MEMUASKAN
ADNAN SEMPIT 2, JALAN KEMBALI, MAEL LAMBONG, HANTU GANGSTER, dan ISTANBUL AKU DATANG, antara 5 buah filem tempatan yang mengutip kutipan memberangsangkan pada tahun 2012. Sebanyak 77 buah filem yang dihasilkan pembikin dan penerbit filem tempatan, cuma 5 sahaja yang bernasib baik berbanding 72 buah filem lain agak teruk, suam-suam kuku mahupun sekadar balik modal sekaligus merancakkan industri hiburan dan filem tempatan, walaupun dilabelkan sebagai tahun terburuk dalam Industri Filem Malaysia.
Penundaan Festival Filem Malaysia oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) membuktikan industri filem Malaysia tidak bersedia untuk diiktitaf di negara sendiri, walaupun sistem wajib tayang yang memperuntukkan seminggu dua kali filem tempatan ditayangkan di semua panggung seluruh Malaysia. Penayangan filem dua kali seminggu itu dilihat dapat membantu penerbit filem menayangkan filem mereka dipawagam secepat mungkin kerana menurut rekod Finas, terlalu banyak filem tempatan menunggu giliran untuk ditayangkan di pawagam. Mungkin ini salah satu sebab kemerosotan kutipan filem dipawagam bahkan banyak filem seakan sama ataupun tidak layak digelar sebagai sebuah filem.
Kejayaan 5 buah filem itu yang mengutip kutipan agak hebat ; Adnan Sempit 2 (RM 6.82 juta) , Jalan Kembali (RM 4.98 juta) , Mael Lambong (RM 4.88 juta), Hantu Gangster (RM 3.45 juta), dan Istanbul, Aku Datang (RM 3.58 juta) ; itu tidak bermakna ia sebuah filem yang bagus. Tetapi, apa yang membuat filem itu berjaya mempengaruhi penonton ke pawagam adalah 'citarasa, hiburan dan menghiburkan'. Harus diingat bahawa, filem-filem ini tidak boleh disamakan seperti filem-filem seni atau filem yang mempunyai pemikiran yang tinggi dan hebat perilaku dan falsafahnya seperti 'Bunohan', karya Dain Said ; sebuah karya dalam dunia sinema yang layak dilabelkan sebagai 'sebuah filem'.
Ketika ditemui media semasa perlancaran ASEAN International Film Festival and Awards 2013 (AIFFA 2013) di Royal Hotel Chulan, Kuala Lumpur, Penerbit filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman menyifatkan kegagalan kutipan tiket filem di pawagam tempatan adalah 'kualiti cerita, storymaking dan kehendak penonton'. Tambahnya lagi, 'sekiranya filem-filem tempatan dihasilkan seperti membuat biskut atau mee segera tanpa ada kualiti dari segi jalan cerita dan contentnya, maka sampai bila pun filem-filem kita tetap akan sama dan tidak berubah ; Bayangkan dalam seminggu dua filem. Penonton akan memilih filem mana mereka ingin tonton, dan jika ia bersaing dengan filem luar itu satu cabaran yang perlu difikirkan', kata Raja Azmi sekaligus berharap akan ada perubahan besar dalam industri filem tempatan di bawah pimpinan Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah Ketua Pengarah Finas yang baru.
Walaupun 2012, tahun kemerosotan dari segi kutipan filem tempatan dipawagam, tetapi apa yang diharapkan sebagai warga filem adalah tahun 2013 akan menyaksikan kebangkitan era kejayaan filem-filem tempatan sepertimana tahun-tahun sebelumnya. Filem Malaysia boleh pergi lebih jauh seandainya kena dengan cara dan fikirannya. Wallahuallam.
Kutipan filem-filem tempatan sepanjang 2012 :-
TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2012
BIL | TARIKH MULA TYG. | JUDUL FILEM | PENGELUAR | BIL. PAW. TYG. | BIL. HARI. TYG. | JUALAN TIKET (RM) | STATUS TYG. |
1. | 05.01.12 | SESUATU YANG TERTINGGAL | GRAND BRILLIANCE | 65 | 21 | 0.69 | Selesai Tayang |
2. | 12.01.12 | KERAMAT | METROWEALTH PICTURES | 67 | 24 | 1.39 | Selesai Tayang |
3. | 19.01.12 | BUJANG TELAJAK | LINECLEAR MOTION PICTURES | 69 | 26 | 2.60 | Selesai Tayang |
4. | 26.01.12 | SUMPAHAN KUM KUM | METROWEALTH PICTURES | 70 | 24 | 2.06 | Selesai Tayang |
5. | 02.02.12 | AZURA | ACE MOTION PICTURES | 65 | 21 | 0.99 | Selesai Tayang |
6. | 09.02.12 | HANTU DALAM BOTOL KICAP | METROWEALTH PICTURES | 70 | 24 | 1.86 | Selesai Tayang |
7. | 16.02.12 | CHANTEK | EMPAT SEMUDRA PLANTATION | 54 | 12 | 0.10 | Selesai Tayang |
8. | 23.02.12 | ADNAN SEMPIT 2 | METROWEALTH PICTURES | 82 | 34 | 6.82 | Selesai Tayang |
9. | FIST OF DRAGON (MANDARIN) | EVO PICTURES | 67 | 42 | 1.26 | Selesai Tayang | |
10. | 01.03.12 | CINTA KURA-KURA | KRU STUDIOS | 75 | 26 | 1.17 | Selesai Tayang |
11. | 08.03.12 | BUNOHAN | APPARAT | 40 | 21 | 0.78 | Selesai Tayang |
12. | SEEFOOD (ENGLISH) | SILVER ANT | 68 | 87 | 2.36 | Selesai Tayang | |
13. | 15.03.12 | 7 PETALA CINTA | METROWEALTH PICTURES | 73 | 21 | 1.03 | Selesai Tayang |
14. | 22.03.12 | JIDIN SENGAL | OUTLOUD STUDIOS | 59 | 21 | 0.71 | Selesai Tayang |
15. | 29.03.12 | JANGAN PANDANG-PANDANG | EXCELLENT PICTURES | 75 | 26 | 2.51 | Selesai Tayang |
16. | 05.04.12 | 3 TEMUJANJI | METROWEALTH PICTURES | 64 | 21 | 0.70 | Selesai Tayang |
17. | 19.04.12 | UNCLE USIN | SKETCH SEVEN | 62 | 21 | 1.00 | Selesai Tayang |
18. | 26.04.12 | BERANI PUNYA BUDAK | VISION WORKS (M) | 64 | 28 | 1.13 | Selesai Tayang |
19. | 03.05.12 | CHOW KIT | GRAND BRILLIANCE | 71 | 25 | 0.45 | Selesai Tayang |
20. | 10.05.12 | NONGKRONG | METROWEALTH PICTURES | 74 | 28 | 2.12 | Selesai Tayang |
21. | GHOST BUDDIES (MANDARIN) | DOUBLE VISION | 46 | 28 | 1.08 | Selesai Tayang | |
22. | 17.05.12 | MANTERA | FLARE STUDIOS | 78 | 14 | 0.35 | Selesai Tayang |
23. | YOU BELIEVE IN GHOST? (MANDARIN) | GENIUS PARADE | 47 | 33 | 0.63 | Selesai Tayang | |
24. | 24.05.12 | AKU ADA, KAU ADA? | PENCIL PICTURES | 58 | 21 | 1.21 | Selesai Tayang |
25. | HOORE! HOORE! | ASTRO SHAW / INDEPENDENT PICTURES | 63 | 21 | 0.35 | Selesai Tayang | |
26. | 31.05.12 | MAN SEWEL DATANG KL | WORK MOVE PRODUCTIONS | 54 | 21 | 1.21 | Selesai Tayang |
27. | GERIMIS MENGUNDANG | E-RAMA CREATIVE | 72 | 19 | 0.22 | Selesai Tayang | |
28. | 07.06.12 | X | METROWEALTH PICTURES | 49 | 21 | 0.20 | Selesai Tayang |
29. | JALAN KEMBALI | SKOP DAN GRAND BRILLIANCE | 80 | 28 | 4.98 | Selesai Tayang | |
30. | 14.06.12 | JIWA TAIKO | NUANSA PRODUCTION | 64 | 21 | 0.62 | Selesai Tayang |
31. | AIR MATA IBU (MANDARIN) | SHINNING PRODUCTION | 50 | 21 | 0.07 | Selesai Tayang | |
32. | 21.06.12 | HANYA AKU CINTA KAU SEORANG | METROWEALTH PICTURES | 46 | 21 | 0.18 | Selesai Tayang |
33. | MAEL LAMBONG | EXCELLENT PICTURES | 77 | 33 | 4.88 | Selesai Tayang | |
34. | 28.06.12 | BAIK GILER | LAYAR DIMENSI | 54 | 21 | 0.38 | Selesai Tayang |
35. | AKU, KAU DAN DIA | TAYANGAN UNGGUL | 53 | 21 | 0.16 | Selesai Tayang | |
36. | 05.07.12 | 8 JAM | METROWEALTH PICTURES SDN BHD | 79 | 28 | 2.30 | Selesai Tayang |
37. | 12.07.12 | MOMOK - JANGAN CARI PASAL | GALAKSI SENI SDN BHD | 40 | 21 | 0.13 | Selesai Tayang |
38. | 26.07.12 | KARMA REBORN (KANTONIS) | GENIUS PARADE | 41 | 19 |
0.25
| Selesai Tayang |
39. | 09.08.12 | HANTU GANGSTER | PRODIGEE MEDIA SDN BHD | 99 | 35 |
3.45
| Selesai Tayang |
40. | 19.08.12 | SAM | SKOP PRODUCTION | 76 | 28 |
1.88
| Selesai Tayang |
41. | SERAM SEJUK | I-INSAN MULTIMEDIA | 56 | 28 |
0.92
| Selesai Tayang | |
42. | 30.08.12 | LEFTWINGS | BAGUS TIASA SDN BHD | 48 | 14 | 0.02 | Selesai Tayang |
43. | 29 FEBRUARI | KRU STUDIOS SDN BHD | 79 | 21 | 0.37 | Selesai Tayang | |
44. | 06.09.12 | SALAM CINTA | METROWEALTH PICTURES SDN. BHD | 50 | 27 | 0.26 | Selesai Tayang |
45. | HANTU AIR | MULTIMEDIA ENTERTAINMENT SDN. BHD | 50 | 21 | 0.68 | Selesai Tayang | |
46. | 13.09.12 | HALIM MUNAN | RR EMPIRE SDN. BHD | 60 | 19 | 0.49 | Selesai Tayang |
47. | KEPONG GANGSTER (KANTONIS) | MAHU PICTURES SDN BHD | 64 | 28 | 2.09 | Selesai Tayang | |
48. | 20.09.12 | UNTUK TIGA HARI | ASTRO SHAW SDN.BHD | 72 | 25 | 0.86 | Selesai Tayang |
49. | AJI NOH MOTOR | MIG PICTURES SDN. BHD | 49 | 19 | 0.22 | Selesai Tayang | |
50. | 27.09.12 | HANTU KAPCAI | KRU STUDIOS SDN. BHD | 71 | 35 | 3.19 | Selesai Tayang |
51. | SOFAZR THE MOVIE JIWA KACAU | NUSAN BAKTI CORPORATION SDN. BHD | 50 | 14 | 0.15 | Selesai Tayang | |
52. | 04.10.12 | TAI KUN | MIG PRODUCTION SDN. BHD | 62 | 26 | 0.78 | Selesai Tayang |
53. | NGORAT | GRAND BRILLIANCE | 58 | 19 | 0.37 | Selesai Tayang | |
54. | 11.10.12 | AKU TERIMA NIKAHNYA | METROWEALTH PICTURES SDN. BHD | 63 | 21 | 2.75 | Selesai Tayang |
55. | CINTA BERUANG | FANTASTIC VILLA SDN. BHD | 48 | 12 | 0.05 | Selesai Tayang | |
56. | 18.10.12 | PE3 | METROWEALTH PICTURES SDN. BHD | 48 | 19 | 1.18 | Selesai Tayang |
57. | VAJRAM (TAMIL) | GENIUS PARADE SDN. BHD | 41 | 12 | 0.009 | Selesai Tayang | |
58. | 25.10.12 | APA CELOP TOQQ | EXCELLENT PICTURES SDN. BHD | 66 | 26 | 1.07 | Selesai Tayang |
59. | |||||||
60. | 01.11.12 | BUDAK PAILANG | MIG PICTURES SDN. BHD | 62 | 21 | 0.96 | Selesai Tayang |
61. | ZAITON, CERITAKU | BRUANG FILM SDN. BHD | 56 | 14 | 0.059 | Selesai Tayang | |
62. | 08.11.12 | AJI BOY | MIG PICTURES SDN. BHD | 45 | 21 | 0.71 | Selesai Tayang |
63. | ISTANBUL, AKU DATANG | GRAND BRILLIANCE & RED FILMS | 70 | 35 | 3.58 | Sedang Tayang | |
64. | 15.11.12 | WAR OF THE WORLDS : GOLIATH | TRIPOD ENTERTAINMENT SDN. BHD | 52 | 12 | 0.28 | Selesai Tayang |
65. | |||||||
66. | 22.11.12 | PONTI VS OMI | VISION WORKS (M) SDN. BHD | 66 | 32 | 1.71 | Sedang Tayang |
67. | |||||||
68. | 29.11.12 | SEPAH THE MOVIE | PTV FILM PRODUCTION SDN. BHD | 67 | 25 | 1.90 | Sedang Tayang |
69. | LAGENDA BUDAK SETAN II | ASTRO SHAW SDN. BHD | 74 | 25 | 1.81 | Sedang Tayang | |
70. | 06.11.12 | STRAWBERI CINTA | MIG PICTURES SDN. BHD | 56 | 18 | 0.59 | Sedang Tayang |
71. | ADUTHA KHATTAM | NGP FILM SDN. BHD | 32 | 14 | 0.06 | Selesai Tayang | |
72. | 13.12.12 | ||||||
73. | THE GOLDEN COUPLE | GRAND BRILLIANCE | 59 | 11 | 1.05 | Sedang Tayang | |
74. | 20.12.12 | ADIK MANJA RETURN | ADIK MANJA SDN. BHD | 45 | 6 | 0.10 | Sedang Tayang |
75. | THE COLLECTOR | TAYANGAN UNGGUL SDN. BHD | 45 | 6 | 0.11 | Sedang Tayang | |
76. | 27.12.12 | KAHWIN 5 | KRU STUDIOS SDN. BHD | 65 | Tunggu Tayang | ||
77. | THE PRINCE OF THE CITY | AXIS LINE ENT. SDN. BHD. | 60 | Tunggu Tayang |
*Kutipan terkini sehingga 24 Disember 2012
SUMBER: FINAS
p/s: Festival Filem Malaysia ke 25 dan 26 akan menyusul tidak lama lagi. Nantikan info-info menarik akan datang. Benarkah FFM25 dan FFM26 diadakan serentak?. No komen...
2013 COPYRIGHT ARTICLE by AMY IKRAM