Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Khamis, 10 Januari 2013

SATU PENGHINAAN! - UJI RASHID KECEWA NAMANYA DIGUGURKAN..

Fuziah Haroun Al-Rashid atau Uji Rashid, antara penyanyi popular pada tahun 1970-an, mempunyai 9 buah album studio iaitu 'Ku Ingin Selalu Di sampingmu (1975), Semakin Hari Semakin Sayang (1975), Ku Kekosongan (1976), Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu (1977), Mengapa Derita Yang Di cari (1980), Mengapa Berjauhan (1981), Merpati (1983), Bisikan Hati (1988), Bukan Terpaksa (1999)' serta 3 buah album duet bersama Hail Amir iaitu 'Antara Mata Mu dan Mata Ku bersama  (1976), Hujan bersama  (1977) dan Ku Kejar Bayanganmu  (1980)'. 

Selepas itu, Uji Rashid tidak lagi merakamkan album, namun pada tahun 2013, namanya kembali disebut apabila penyanyi Yuna mahukannya menyanyikan lagu 'Terukir Di Bintang' di Malam Anugerah Juara Lagu ke-27. Menurut Yuna, sekiranya Uji Rashid tidak mahu menyanyikan lagu itu, maka Yuna akan menarik diri di Malam AJL 27. Tetapi, apa yang berlaku sebaliknya adalah nama 'Uji Rashid' digugurkan serta-merta daripada membuat persembahan di Malam AJL 27 dengan alasan yang diberi pihak pengurusan adalah Uji tidak sihat. 

Membidas kenyataan ini, Uji Rashid menyangkal bahawa dirinya masih boleh menyanyi dan 'satu penghinaan' baginya apabila ada pihak membuat keputusan tanpa memberitahunya secara baik kenapa namanya digugurkan, malahan Aizat dipilih bagi menggantikan Uji Rashid yang kononnya tidak sihat. Ketika dihubungi, Uji Rashid menafikan dirinya cemburu dengan pemilihan Aizat, bahkan masih kecewa kenapa di saat-saat akhir namanya digugurkan tanpa alasan yang kukuh. 

Untuk mengetahui selanjutnya.. sila klik di sini.


p/s: mengharapkan tidak akan berlaku seperti ini lagi dalam industri hiburan, muzik dan filem  tempatan terutamanya terhadap golongan artis veteran. Kerana tanpa mereka, mana mungkin akan ada artis baru seperti sekarang. Wallahuallam.

0 comments :