Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


Isnin, 29 Julai 2013

SHABERY CHEEK MAHU FINAS KAJI SEMULA KANDUNGAN FILEM ' THE NEW VILLAGE'


Walaupun hanya ditayangkan trailer klip cuma 2:20 minit di laman youtube sebagai permulaan sebelum menjengah pawagam tempatan pada 22 Ogos 2013, 'The New Village' atau 'Kampung Baru', arahan Ong-Kew-Lit dikatakan bakal mencetuskan kontroversi apabila ditayangkan kelak. Fahaman  itu perlu dibuang terus kerana filem itu belum ditayangkan kepada umum, memandangkan dari treler hanya mungkin sebagai promosi kepada perjalanan naskhah sesebuah filem.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam satu kenyataan media menyebut, 'Pihak FINAS perlu meneliti kandungan filem 'The New Village' tersebut sebelum ia ditayangkan pada umum mulai Ogos 2013. Filem yang diterbitkan Astro Shaw itu boleh dikategorikan dalam segmen 'Sejarah', dikatakan memaparkan 'komunis' sebagai simbol hero dalam membebaskan Tanah Melayu. 


Langkah itu penting bagi memastikan tiada tayangan filem yang boleh memudaratkan atau mencetuskan pelbagai polimek di kalangan rakyat dan penonton Malaysia. Katanya, 'Bagi saya, kalau filem itu menggugat, memaparkan fahaman komunis serta perkauman, kita tidak ragu-ragu akan bertindak dan meminta pihak berkuasa untuk mengambil langkah sewajarnya supaya ia tidak ditayangkan.'

Sekiranya filem itu terbukti menimbulkan semangat perkauman, pihak FINAS boleh mengharamkannya, namun orang ramai diminta tidak cepat menghukum 'New Village', hanya berdasarkan treler klip yang dipaparkan di Youtube. Tambahnya lagi, jika ia cepat diharamkan tanpa menontonnya terlebih dahulu, saya bimbang ia akan membantu untuk terus mempromosikan filem atau tayangan secara online berbanding di pawagam'. 
Filem lakonan Lenna Lim, Kevin Soo, Teh Young, Kevin Soo dan Jeff Chin itu memaparkan kisah seorang komunis yang bercinta dengan seorang gadis Cina sehingga berlaku konflik dan menimbulkan persepsi bahawa pihak komunis adalah hero untuk membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman komunis.
Namun, apa yang pasti jangan cepat menghukum sebelum ia ditayangkan kepada umum.

0 comments :