Malaysia - Singapore - Indonesia - Brunei
for film & entertainment industry


BELAGU BUKTI KEMAMPUAN SENI DAYANG

Persembahan Dayang diiringi Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) membuktikan kemampuan Dayang membawakan seleksi lagu klasik melayu tampak elegan dan mewah.

NABIL AHMAD, DOUGLAS LIM, DR J.RAM TAMPIL DALAM FAMILY FUED MALAYSIA BERMULA 27 MAC INI

Alami pengalaman penontonan baharu melalui Family Feud Malaysia di Astro yang diadaptasikan dari sebuah program tv terkenal luar negara.

ASTRO RAIKAN RAMADAN DENGAN SAJIAN PELBAGAI RANCANGAN DAN PROGRAM MENARIK

Sempena bulan Ramadan penuh keberkatan, Astro tampil meraikan Ramadan dengan pelbagai karya tontonan khususnya buat pelanggan Astro.

ANTARA MITOS DAN FANTASI. HARUM MALAM SETARAF FILEM SERAM HOLLYWOOD?

Bukan sahaja sebagai sebuah karya seram tempatan yang berbeza, namun Harum Malam wajar diakui sebagai sebuah filem Malaysia bertaraf antarabangsa.

VIU DAN ASTRO JALIN KERJASAMA STRATEGIK?

Alami pengalaman penontonan baharu melalui kerjasama strategik antara viu dan ASTRO yang mampu membuka lebih luas pasaran dalam bidang penyiaran dengan pelbagai rancangan terbaik seluruh Asia.

Sabtu, 31 Ogos 2013

MALAYSIA MERDEKA KE 56. MERDEKA KAH KITA?




'Walaupun kemerdekaan Malaysia mencecah usianya yang ke 56 tahun, adakah kita merasakan kita sudah merdeka?. Jangan cakap kita sudah merdeka, seandainya cara hidup kita belum merdeka'.
Sekiranya kita bersatu.. tanpa ada rasa prejudis antara kita walaupun berlainan bangsa dan parti politik, barulah 56 tahun kita merdeka itu akan diiktiraf.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia yang ke 56 tahun 2013.


Jumaat, 30 Ogos 2013

LANUN GANGSTER DI KUALA LUMPUR - KL GANGSTER 2


Persatuan Lanun Lanun Wilayah Persekutuan kini kembali bermaharalela.. Mereka mencari rezeki dengan mencuri hak orang lain demi sesuap nasi. Perjuangan mereka sebenarnya telah lama wujud dimuka bumi, dan sampai bila-bila pun ia takkan mati sehinggalah kiamat benar-benar berlaku. Mereka tidak akan berundur walaupun pelbagai tindakan dilakukan oleh pihak berkuasa, cuma kita sebagai manusia perlu mencari iniasitif dan jalan terbaik agar warga Lanun kembali bertaubat dan memohon keampunan kepada jutaan manusia yang telah ditindas mereka. Jika diajukan kepada pencinta Lanun dan Penggemar mereka, peminat ini akan terus melanggan lanun ini walaupun zaman telah berubah. Duduk dan bercumbu dengan lanun ini di hadapan komputer menyaksikan jutaan karya anak-anak tempatan walaupun belum beredar di panggung wayang adalah perkara biasa. Filem Hollywood pun begitu. Belum torjah wayang.. kita boleh tengok sambil makan garam belacan dan dapatkan perisian mereka dengan hanya satu klik. Dua hari lepas, dunia filem tempatan (Malaysia) dikejutkan dengan Karya Shamsul Yusof, KL Gangster 2 boleh dimuat turun oleh sesiapa sahaja walaupun filem ini akan beredar di pawagam tempatan seluruh Malaysia bermula 3 Oktober 2013. Di manakah silapnya?. Siapakah 'dalang' dalam perkara ini?. Tidak rasa bersalahkah 'mempertontonkan' hak orang lain tanpa keizinan mereka terlebih dahulu?. Cuba bayangkan sekiranya 'anak gadis anda' ditelanjangkan dan ditatap oleh seluruh pencinta Alam Maya sebelum majlis pernikahannya?. Ini akan disukai oleh penggemar dan peliwat Lanun, namun bagi mereka yang masih mempunyai 'harga diri' hanya akan menghormati maruah dan hak orang lain. 


Hari ini, ketika nota ini ditulis oleh saya, mungkin Ketua Lanun itu bertepuk tangan menyaksikan perisian download filem itu telah dimuat turun oleh ratusan atau ribuan warga alam maya yang mempunyai satu hobi 'menonton filem secara maya' tanpa mengeluarkan satu senpun.. mereka cuma mengeluarkan duit untuk bayar bil elektrik sahaja. Pada keluarga Skop Production, saya berdoa agar 'dalang' kepada perancangan jahat ini akan berjaya ditemui. Bagi saya, menonton di pawagam lebih puas, walaupun kita ada Astro First, Torrent dan sebagainya. 'Tonton di Pawagam, Bukan Di Rumah Anda'.. 

Salam Sinema Malaysia, Salam Kemerdekaan Yang ke-56.
Walaupun sudah hampir 56 tahun kita merdeka, tapi jiwa dan minda kita belum merdeka dengan masalah Cetak Rompak. Tepuk Dada Tanya Selera.

Trailer KL Gangster 2

Khamis, 1 Ogos 2013

8 FILEM TEMPATAN MENGHIASI SLOT OGOS 2013.



Ogos bulan kemerdekaan. Begitu juga dengan sambutan Aidilfitri yang akan jatuh pada 8 dan 9 Ogos 2013. Sempena kedua-dua perayaan besar ini, banyak program turut disajikan buat penonton dan peminat filem tempatan. Namun, antara 8 buah filem tempatan ini, ada dua filem yang diperkatakan agak 'kontroversi'. Satu daripadanya ialah 'Tanda Putera' dan 'The New Village'. 'Tanda Putera' yang banyak kali ditunda tayangannya, akhirnya berjaya menemui penonton tempatan mulai 29 Ogos 2013, manakala 'The New Village' pula pada 22 Ogos 2013. Tetapi, 'The New Village', terbitan Astro Shaw ini, sebenarnya filem yang telah diluluskan bersih tanpa potongan oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF). LPF ini adalah badan induk dibawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), bukannya di bawah bidang kuasa Finas. Perkara ini seringkali di salah ertikan fungsinya oleh banyak pihak, sehingga menuding jari pada Finas dikatakan telah membenarkan filem 'The New Village' ditayangkan kepada umum.

'The New Village', kini ditapis kembali oleh LPF kerana ada adegan agak kontroversi dipaparkan dalam trailer filem ini yang giat dipertontonkan di laman youtube. Apa adegan tersebut?. Korang carilah sendiri lah ye. No komen! kita tunggu dan lihat sajalah perkembangan filem ini dari pihak LPF. Saya percaya filem ini akan ditayangkan di pawagam tempatan sekiranya ia ditapis kembali dan adegan tersebut mestilah tidak menganggu keseluruhan cerita dalam filem ini.

'Kara King arahan Namewee ( 1 Ogos 2013), Lemak Kampung Santan dan Adnan Sempit 3 ( 8 Ogos 2013), Planes ( 15 Ogos 2013) , Paku Pontianak dan The New Village ( 22 Ogos 2013) manakala Tanda Putera pula pada 29 Ogos 2013 iaitu 2 hari sebelum Malaysia menjelang Hari Kemerdekaan yang ke-56.

Sempena bulan Ogos ( Bulan Lapan), maka 8 buah filem tempatan akan menemui anda. Ingat, Tonton Di Pawagam Bukan Di Rumah Anda.

Selamat Berpuasa, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Merdeka!!!.

Jom kita tonton trailer kelapan-lapan filem ini ye..

KARA KING ( 1 OGOS 2013) by Namewee

LEMAK KAMPUNG SANTAN ( 8 OGOS 2013 )by Hans Isaac

ADNAN SEMPIT 3 ( 8 OGOS 2013) by Ismail Bob Hashim

PLANES ( 15 OGOS 2013 ) by Klay Hall

PAKU PONTIANAK ( 22 OGOS 2013 ) by Ismail Bob Hashim

THE NEW VILLAGE ( 22 OGOS 2013 ) Ong Kew Lit
waiting LPF

TANDA PUTERA ( 29 OGOS 2013 ) by Shuhaimi Baba

Selamat menonton..